Rahsia kegagalan adalah cuba menyukakan hati semua.
Tidak salah, tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Jesteru, siapa yang cuba menyukakan hati semua orang, akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.
Apa kaitan ikhlas dengan rahsia kegagalan?
Orang ikhlas akan berjaya, orang yang tidak ikhlas akan gagal.
Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai 'tuhan-tuhan' kecil untuk dijaga.
Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah, insyaAllah Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan.
Tetapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semuanya akan benci. Dan itulah punca kegagalan.
Orang ikhlas itu bebas!
Apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walau orang tidak suka, yang haram kita tinggalkan walau manusia pula suka. Yang penting bukan kesukaan manusia tetapi kesukaan Allah.
Kalau semua mereka tak suka macam mana?
InsyaAllah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai Allah.
Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia.
Apa gunanya disukai oleh orang yang di benci Allah. Sukanya tidak memberi manfaat, bencinya tidak memberi mudhorat.
Kita tidak mampu menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha menyukakan Allah. InsyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai Allah jua. Dan itulah rahsia kejayaan kita.
Petikan : Blog Rahsia Kegagalan
5 Komen:
saya puteri arriaana dp email princesszaty07@yahoo.com.....assalammualaikum semua..keikhalasan adalah amat penting disisi ALLAH,jika kita iklas dalam segala hal ALLAH akan mencintai dan menyayangi umatnya.Allah akan memberi kejayaan kepada hambanya yang memohon kejayaan dan sentiasa mengingatinya setiapa masa,waktu,detik dan saat...untuk mecapai kejayaan bukan satu yang mudah sebenarnya ia memerlukan kekuatan dan usaha yang tinggi dan sentiasa sujud serta hajat kepada maha pencipta...kejaan akan sentiasa disisi kita jika kita sentiasa mengigatinya .tugas kita adalah sebagai umat manusia adalah berjaya didunia dan akhirat.kedua2nya adalah perlu seimbang sekali.tetapi kejayaan yang paling utama diakhirat...kita sentiasa menuntut ilmu sehingga ke liang lahad .menuntut ilmu jua adalah wajib.dengan ilmu manusia dapat membezakan yang baik dan mana buruk..setiap orang mengimpikan sebuah kejayaan..carilah kejayaan itu sementara kita punyai waktu didunia ini sebelum meninggalkan dunia ini..gunalah kesempatan yang ada
Biasalah didunia ini dan diri kita sendiri selalu lupa kepada-Nya. Kita hanya mengingat-Nya ketika kita dalam kesusahan dan melupakan-Nya ketika kita dalam nikmat-Nya.
Kadangkala juga kita membenci dengan perkara yang terjadi kepada kita sedangkan perkara tersebut baik untuk kita di sisi Allah dan melupai betapa buruknya di sisi Allah atas perkara yang kita banggakan sesama manusia.
Sesungguhnya ikhlas dan ihsan itulah yang sebaik-baik amalan setiap ibadah kita.
Subhanaallah..
kadang2 kegagalan itu sgt menyakitkan....
tp bile difikirkan balik..
setiap kegagalan yg dicipta untuk kita..pasti ade terselit kejayaan buat kita kelak...
kita hanya perlu tabah dan terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan...
tp bagaimana kt harus menghadapi masyarakat disekeliling kt?
kadang2 pdgn sekeliling menjadikan kt lemah semangat untuk mencapai ape yg kita mahukan...
entah lah...
kegagalan???????????
mmg pahit bunyi andai kte ggl..
tapi percaya @ x...
stiap kggln pasti ad kmnangan
allah sntiasa mmbntu org yg sntiasa ingt padanya
ggl skali bkn bererti ggl slamanye...
bangkit dari kggln...
bljr dari kslpn...
slmt menyambut thn baru
kegagalan memg sering berlaku pada setiap orang,tapi dari kegagalan jua kita banyak belajar erti kehidupan,....