5 Petanda Kamu Perlu Menamatkan Status Solo


Share on Tumblr 5 Petanda Kamu Perlu Menamatkan Status Solo

Menjadi individu solo (tanpa pasangan) memang sangat seronok. Kamu bebas melakukan apa sahaja, dan pergi ke mana pun tanpa sekatan. Senang cerita kamu boleh buat sesuka hati kamu kerana tiada orang yang mahu melarang. Tapi kalau
sudah terlalu lama hidup bersendirian pasti membosankan! Si solo yang hidup bersendirian terlalu lama akan melalui satu tahap kitaran menurun. Dan ini akan menjadikan si solo itu berasa sedih, keseorangan dan kesepian. Oleh itu, di sini dibawakan kepada kamu lima tanda-tanda seorang lelaki itu sudah terlalu lama hidup SOLO.

Tanda-tanda si jejaka sudah terlalu lama single

1 Perasan: Bila ada gadis cun berjalan di sebelah dan tersenyum pada kamu mulalah kamu perasan yang diri tu handsome dan ego pun membuak-buaklah. Konon-kononnya mereka terpikat dengan gaya dan keterampilanmu. Tapi cuba
kamu perhatikan betul-betul, manalah tahu mereka bukannya senyum sebab kamu memang handsome tapi mungkin mereka gelakkan gaya selekeh kamu atau terlihat cebisan cili di celah gigi kamu masa makan tengah hari tadi.

2 Tabiat makan yang tidak elok: Jika dapur kamu penuh dengan pelbagai jenis perisa mee segera atau lain-lain makanan segera, sahlah yang kamu sememangnya telah lama hidup single. Jadi, apa kata kamu periksa dapur kamu sekarang!

3. Gila game: Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? Semua ini pastinya masuk dalam senarai hobi orang-orang bujang. Mengisi masa lapang dengan bermain game adalah pilihan terbaik bagi kamu yang tiada kekasih untuk diajak keluar dating. Tapi kalau bermain game berjam-jam lamanya sampai tiada masa untuk aktiviti riadah yang lain pastinya akan merosakkan peluang kamu untuk mendekati gadis di luar sana. Silap-silap hari bulan, kamu akan membujang sehingga ke tua.

4. Meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang kamu telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kamu seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kamu mula stalk awek lama kamu – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kamu sedang menaip nama ex-girlfriend’s kamu di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kamu nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Sumber: Oh Bulan! 5 Petanda Kamu Perlu Menamatkan Status Solo

3 Komen:

miz RIEN berkata...

Assalamualaikum! blog ni best larr..sbb ley tmbah pngetahuan sye tntg cinta. Tq kpd tuan pnye blog sbb rajin menulis..wasSalam

Tanpa Nama berkata...

tanda2 org nak kawen ade x?

Nurmayanti berkata...

assalamualaikum..
i like thise.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.