Berikut sedikit panduan untuk wanita yang ingin melupakan saat memilukan bersama bekas kekasih selama-lamanya.
* Kesedaran amat penting. Sedarlah anda dan si dia bukan lagi teman yang pernah berkongsi perasaan. Bukan bermakna anda harus melupakannya terus, tetapi berfikir dengan wajar supaya ia tidak mengganggu perhubungan dengan kekasih atau suami anda kini.
* Jaga sikap. Jika anda berhadapan dengannya, pamerkan sikap sewajarnya.
Jika anda tersalah tingkah mungkin si dia salah mengerti. Jika bekas kekasih mengajak ke sesuatu tempat, jangan terima ajakannya dan itu harus sampai ke pengetahuan kekasih baru atau suami anda demi kebaikan kedua-dua pihak. Elakkan ke tempat yang pernah menjadi kenangan anda bersamanya.
* Perkenalkan suami atau kekasih anda. Jika berkesempatan berbicara dengan si dia, jangan menyentuh perkara atau masalah lalu, tetapi berbual mengenai keadaan dan kehidupan sekarang.
Sesekali pamerkan pasangan anda, tetapi bukan bermaksud untuk membandingkan dengan si dia melainkan untuk menunjukkan bagaimana kehidupan anda kini.
* Tunjukkan kebahagiaan anda. Ketika ini anda bahagia dengan suami atau kekasih baru, ceritakan apa yang dialami atau pernah dikongsi bersamanya.
Jangan biarkan bekas kekasih berfikir anda lemah setelah ditinggalkannya. Dalam pada itu, jangan menganggap bekas kekasih itu sebagai musuh, tetapi mungkin dia boleh jadi sahabat terbaik dan hadkan hubungan dengannya.
Secara tidak langsung, hormati kekasih atau suami kerana anda layak memperoleh, merasakan dan memiliki cinta yang baru.
- Hapus kenangan bersamanya. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan, gambar berdua mahupun hadiah pemberiannya.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya termasuk pesanan ringkas (SMS) atau pesanan suara di telefon daripadanya.
* Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.
* Berhenti membandingkan. Sikap anda yang suka membandingkan si dia dengan teman lain sepatutnya disingkirkan.
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama sehingga sanggup menggunakan pelbagai macam alasan.
* Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan (jika belum dimiliki).
Bagaimana harus menjalani hari mendatang tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas itu akan hilang dengan sendirinya. Malah anda harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
* Rakan pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah sudah dilakukan untuk melupakannya, ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah itu kepada rakan yang boleh dipercayai dan jangan menyimpannya di dalam hati. Takut anda pula yang merana. Sedikit sebanyak, ia mungkin dapat menghilangkan kehadiran si dia daripada kotak fikiran. Pujuk hati bina hidup baru
16 Komen:
bugus nsihat nie. sy akn ikot.
thnxx..sgt b'mnfaat bg owg yg bru pts cnte n x mmpu nk lpekan ex
aku brp hrap tiada x lgi cinta yg main", aku uga brharap cinta sjati ku akan dtang dngan cpat..........
Suatu Saat Kta Akan Tmukan Cinta Sjati.......
kasih yg kekal abadi adalah kasih dgn NYA...banyak kali hati d lukakan
xpe aku tau die akan jd org yang aku nk kn2
boleh tak kalau saya nak share artikel nie :)
@thankz...botik athia
"ga ada cinta abadi skrang,yg ada hanya cinta fisikly semata,kalw ga karena harta"
nsht di ats mmg sesuai utk mereka yg br lpas ptus cnta...apa pun yg pntng ati kt kn kuat...satu hari kt akn jmp dgn org lbh baik dr yg lpas...
:'(
Br pas putus. Sbb family halang padahal dua2 masih syg.
aku boleh lupakan dia :)
yeah you go girl!!
troskn idop jgn give up...bnyk yg mnanti klau 1 prgi...mybe ad yg lbih baik...
kuat kan semangat..dan bangkit semula...
bkn snng utk mlupakn..
smkin kta c0ba utk mlupaknnya, smkin kerap kta mnggati drynya..
bukan senag utuk melupakan kenangan bersama ..............aku terpaksa readha jika kamu yg inginkan...walau ku merayu kamu tidak ingini...aku pasrah n berserah..krn itu keputusan mu..walaupun aku mencintai mu...insyaalah aku boleh melupakan mu dgn cepat........aminn
aku percaya dan yakin...akan temui seseorang yang lebih baik dari dia sebelum ini....yang tau menghargai cinta...