Berkongsi atau tidak, ada atau tidak, tak menjadi masalah, bukan sebagai janji untuk cemerlang TETAPI sekiranya boleh, wujudkan satu tempat sendiri untuk belajar.
Pada kebiasaannya, beg sekolah akan diletakkan di satu sudut (setiap hari tempat yang sama) itu pun sudah memadai sekiranya tidak dapat menyediakan meja yang lengkap.
Antara perkara yang perlu ada:
* Jadual waktu belajar di rumah - perlu dibuat sendiri supaya anda lebih selesa mematuhi (perlu adil dalam pengurusan masa, seimbang masa belajar dan masa rehat).
* Jadual waktu sekolah - supaya dapat beringat-ingat mengenai tugasan yang perlu dihantar kepada guru.
* Formula penting - tulisan besar dan menarik.
* Graf pencapaian setiap ujian - untuk melihat perkembangan pencapaian setiap mata pelajaran.
* Matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang - supaya sentiasa ingat pada matlamat yang ingin dicapai.
* Kalendar - tanda tarikh peperiksaan supaya sentiasa bersiap sedia.
* Gambar Ibu dan Bapa - sentiasa ingat akan harapan mereka, sentiasa melihat wajah ibu bapa juga boleh memberikan keberkatan kepada seseorang anak.
* Papan notis - untuk rujukan mengingatkan sesuatu.
Pastikan...
* Meja anda sentiasa bersih.
* Buku anda sentiasa tersusun dan kemas.
* Bauan yang menyenangkan.
* Anda selesa berada di meja belajar anda. Tip : Apa yang perlu ada di atas meja belajar?
4 Komen:
suuuuuuuuuuuuuuukaaaaaaaaaaaaaaaa
assalamualaikum... terima kasih dengan ilmu yang kamu kongsikan... :-)
assalamualaikum....bagus saya suka dengan tip2 berikut...terima kasih.......
yg ade kalendar dgn gmbr mak bapak n family je...nk ltak jdual blaja nnti kakak kte poyo lak :3 ahahahaha