Cemburu bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.
Cemburu juga menjadikan sesiapa rasa istimewa. Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah berasa cemburu, takut kekasih diambil orang atau runsing tumpuan kasih sayang beralih arah.
Tidak salah berperasaan cemburu, namun tahap cemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan tidak rimas dan bosan.
Bagaimanakah situasi cemburu yang sesuai dan bagaimana pula cemburu itu akan menakutkan pasangan?
Setiap pasangan bercinta tidak akan suka jika temannya begitu mesra atau memberi tumpuan lebih kepada individu yang rapat dengannya dan cemburu itu memang sesuai. Tetapi jika cemburu kerana pasangan berbaik dengan rakan sekuliah atau sepejabat, itu cemburu tidak bertempat.
Sekiranya anda pasti pasangan anda menghabiskan masa dengan individu lain selepas waktu kerja, cemburu itu kena pada tempatnya tetapi jika anda hanya meneka sedangkan teman anda pulang lewat kerana bekerja, itu cemburu buta.
Cemburu membuat hati penuh prasangka. Banyak andaian tidak tepat dan jika ini sering berlaku, pasangan akan jadi takut untuk berterus terang atau berkongsi cerita. Perhubungan juga jadi huru-hara dengan pertengkaran.
Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya.
Apabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu.
Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu. Bukan saja anda dapat atasi rasa cemburu, malah pasangan akan lebih menyayangi kerana anda memahami.
Seandainya si dia memang menipu, sekurang-kurangnya, anda sudah mempercayainya dan biarlah masa atau keadaan yang menentukan.
Cemburu memang bahaya dalam perhubungan. Berikut petua yang mungkin boleh dijadikan panduan:
* Betulkan semula niat
Pertama, perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat, malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya.
Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah, jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.
* Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.
Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik. Justeru, anda akan mula belajar erti reda.
* Dekatkan pada Maha Pencipta
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta.
Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Cemburu Itu Bahaya

17 Komen:
btol kater kak lin,,cenburu itu umpama garam,,sedikit cemburu itu normal tp klu da lebey ia akn memudarat kn hubungan,,itu lah yg terjadi kpd saya,,hubungan slame 5 tahun putus angkara cemburu sang buah hati,,sedih yg teramat sangat,,bila cemburu menguasai diri,,syak wasangka mula menyemai,,lalu berbenih m'jadi penyakitt yang memusnah kn cinta,,cemburu juga sperti racun yg boley membawa kpda kmudaratan dlm hubngan:(
dulu nk kata aku cemburu, tak lah sangat.. aku lupakan perasaan cemburu, tapi setelah aku ditipu oleh suami ku, aku tersedar dan menjadi seorg yg kuat cemburu..salahke aku???
aku mmg jenis orang yang kuat cemburu..lau ble q mau dia sntiasa dekat pada aku..aku tak boleh dengar dia dengan orang lain.. qku tak tau macam mana cara mengatasi masalah cemburu yang qku hadapi sekarang nie..
aku pon sama : aku xleh dgr dia ngn org lain...
sya pon sama kuat cemburu, mmg xleh dengar si dia dgn org lain lgpon kat luar sna rmai yg lg yg cantik..bkn xpenah nk cube supaya buang prasaan cemburu ini tp bile hati dh syg cepat je prasaan 2 datang...mungkin juga kna amalkn petua di ats (kekasih kita bukan milik kita selamanya)..sebak lak~
org kata cemburu tu tanda sayang ...tp ex dulu x pernah cemburu ckp la ape pum semuanya ok jew bg dia..katanya fikir POSITIF asalkan tetapkan hati xkan kemana..agaknya ada yg dia cemburukan tp dia diamkan aje haha..tp akhirnya berpisah jua..moga dia jumpa dgn wanita yg bolh membahagiakannya..Insya-Allah..tp aku sangat merinduinya..
iea tpi, aq ndri az jga msih ada rasa cemburu ma pacar sendiri.biasanya kata orang kalau cemburu tanda sayang dan perhatian pada pasangan. tetapi d dunia ini mana ada yang tidak rasa cemburu sekali pun dia soleha pasti,rasa cemburu selalu datang, ya alhamdulillah dengan adanya solusi tips cinta saya lebih mengerti kalau apa yang ada dari kita pasti akan di ambil oleh yang maha kuasa termasuk kasih sayang kita terhadap pasangan kita masing2.
emm ape2 pun aku akn blaja untuk xcemburu buta...aku akn tanamkan dlm ati kksih aku bkn mlik aku...
aku pun..kuat cmburu..huhu..~dia bukan milikku (set in my mind)
cmburu mmg wajib . yg m'wjudkn prsaan cmbru ituu krna t'lhat org t'syg kluar dgn pompuan laen .
cemburu itu sememangnya ada pada setiap insan yg bernama bergelar manusia.... tak siapa yg tak punyai perasaan cemburu itu.. akan tetapi hanya diri sendiri lh yg dpt menilai dimana tahap cemburu kita itu... kalau terlalu cemburu susahh la pulak kan...
kenapa pacaran harus ada persaan cmburu >?
cembru itu ssma aja naha sakit ..
harus mendem, dngan senyuman yg penuh luka ..:)
salam...sy begitu kuat cemburu..
walaupn sy lelaki.. tp sy begitu kuat cemburu...
tgk dia mesra dgn lelaki lainpn sy rs sakit ht..
tp,, cemburu itu p'lu dikawal...
jika cemburu t'lalu kuat,, kita akn kehilagan org yg kita sayangi...
jd,, berfikiran rasional lah dlm mengatasi cemburu yg berlebihan.. salam...
saya cemburu dengan mak bf bb dorg rapat sgt.. smpaikn nk tdo pn msih tdo dgn mak.. siap plok2 plk tu.. rs geram plk.. hati ni rs mcm nk mta ptus je ngn bf tu...
kenapa cinta harus didasari dengan kata cemburu ..
awalnya aku cemburu jika dia dekat dengan orang lain dan menyimpan semua nomor cewek tapi tidak terpengaruh karna aku yakin dengan cintanya dia kepadaku ..
saya muz ...
kenapa saya masih lagi xdapat mengawal .. sya xsanggop lagi meyeksakan hatinya lagi.. saya begitu cinta akan dia .. Ya Allah..... kau tenangkanlah hati ku dan dia ..
Tapi kalau cemburu tu melampau sampai kita nak keluar rumah setapak dah kena penerajang itu macam mana pulak? Saya selalu kena pukul disebabkan tak dengar cakap, kluar rumah, nak kerja pun kena maki hamun :( bila nak ditinggalkan rasa sayang. Hubungan dah lama terjaga dan bertahan. Help me :'(