Maafkanlah ibu bapa anda


Share on Tumblr
Maafkanlah ibu bapa anda

Ibu bapa adalah insan yang membawa anda ke dunia ini. Pengalaman dengan mereka sangat pelbagai. Ibu bapa dengan sikap kasih sayang akan membahagiakan anak-anak mereka tetapi tidak semua anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa sedemikian. Namun, anda sebagai anak tiada pilihan selain reda dan dapat menerima ibu bapa anda seadanya. Jika anda tergolong daripada kumpulan yang mempunyai ibu bapa kurang memberikan kasih sayang kepada anda, artikel minggu ini memberikan sedikit tip bagaimana anda boleh memaafkan kelemahan mereka.

1. Ibu Bapa Tidak Menyedari Bila dan Bagaimana Mereka Menyakitkan Hati Anda.

Tidak ada ibu dan bapa yang dengan sengaja ingin menyakitkan hati anak-anak mereka. Perasaan sakit hati merupakan andaian dan persepektif anda terhadap mereka apabila ada beberapa perkara yang berbeza antara anda dengan mereka. Senaraikan perkara yang anda rasa tidak selesa tentang perlakuan mereka terhadap anda. Senarai ini hanyalah merupakan senarai untuk anda membuat refleksi kesilapan yang mungkin mencetuskan situasi itu. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa seseorang anak tidak boleh menyakitkan hati ibu dan bapanya. Jadikanlah itu sebagai panduan terhadap perhubungan anda dengan ibu bapa.

2. Fikirkan Perkara yang Mungkin Anda Telah Menyakitkan Hati Mereka.

Buatkan satu senarai tentang kemungkinan anda juga telah menyakitkan hati mereka secara tidak sengaja atau disengajakan. Mungkin anda tidak mengendahkan kata-katanya, tidak melaksanakan tugas yang diberikan, ketinggian nada suara, jelingan mata anda terhadapnya, tidak mendengar dan memberi perhatian semasa mereka berkata-kata, tidak mengucapkan terima kasih terhadap layanan mereka terhadap anda dan seumpamanya. Anda juga perlu sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mempunyai sikap yang sangat sensitif terhadap sesuatu.

3. Fahami Doa Dan Harapan Mereka Terhadap Anda

Ibu bapa yang bahagia ialah ibu bapa yang melahirkan anda ke dunia ini. Mereka pernah berharap dan berdoa agar anda bahagia, sihat, sejahtera, menjadi orang yang berguna, kaya raya, berakhlak mulia, beriman, baik di dunia dan di akhirat. Pandangan ini diambil daripada temu bual saya dengan 20 ibu bapa yang mempunyai anak. Anda juga seharusnya mempunyai doa dan harapan untuk mereka. Ia lebih baik lagi melalui usaha dan tindakan anda terhadap doa dan harapan mereka. Maksudnya anda perlu menjaga kesihatan anda, menjaga akhlak, berusaha dalam pelajaran dan seumpamanya.

4. Fahami Perasaan dan Pemikiran Ibu dan Bapa Anda

Setiap manusia tidak sama daripada aspek sifat, sikap dan perwatakan. Ibu bapa anda juga demikian. Anda boleh membaca perasaan mereka seperti kesedihan, kegembiraan, kemarahan, kekecewaan dan kesukaan. Perasaan ini akan memberi kefahaman kepada anda untuk menyelami perasaan dan fikiran mereka. Bincangkan juga perasaan anda supaya mereka dapat memahami. Mereka juga ingin tahu hasrat dan harapan anda. Mereka juga perlu tahu bilakah anda berasa sedih, kecewa dan gembira. Mudah-mudahan jurang perasaan dan pemikiran yang terdapat antara anda dengan ibu bapa semakin menipis, akhirnya akan saling memahami serta dapat memaafkan mereka.
Maafkanlah ibu bapa anda

13 Komen:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas nasihat yang diberikan,terharu membaca... teringat pada ibubapa-ibubapa yang diluar sana yang mengabaikan ibu dan ayah dengan alasan mereka mahu bebas...dan tiada masa,alangkah ruginya mereka kalau tak memikirkan apakah mereka mahu nasib mereka sama dengan apa yang telah mereka lakukan... Allah Maha Pengasih dan Penyayang yg boleh bagi dugaan yang teruk malah lebih teruk kpd insan seperti itu,agar dia insaf perbuatan yang telah dilakukan,oleh itu,igt la..

WHAT U GIVE,U GET BACK..

Tanpa Nama berkata...

eh cilap...(ayat di atas)-baris 1 n 2
teringat pada anak-anak diluar sana yang mengabaikan ibu dan ayah........

khairul berkata...

buruk atau baik die tetap ibu bapa kita

Tanpa Nama berkata...

saya sayang mak gan ayah saya...walaupun diorang selalu sakitkan hati saya dan kadang2 x fkirkn prasaan saya..tapi saya sedar diorang x sengaja...sya brsyukur sgt2 dapat ibu bapa macam diorang walaupun diorang x sesempurna ibu bapa yang lain...

Tanpa Nama berkata...

benar-benar menyadarkan sya,,

Tanpa Nama berkata...

memang perjuangan ibu bapak tag bisa tergantikan oleh uang,cz krna perjuangan n kshsynx beliau tag da harga.na n tuls dgn sepenuh hti

Tanpa Nama berkata...

sedih bla baca,saya sebagai seorang anak telah kehilanggan seorg ayah,rasa sdh bla ayah pergi,tpi saya bersyukur kerana msh ada mak disisi kmi...

Tanpa Nama berkata...

hati ini tersentuh dan sedih bl baca artikel ini. skang ni sy tgh berselisih faham dengan mama dan saya juga xfaham ngan sikap ayah. ayah kurang bercakap dan mama plak terlebih ckp dan jg garang...bl saya fikir blk itu la kelebihan dan kekurangan ibu bapa saya.. dan saya bersyukur dengan adanya mereka. tanpa mereka siapa lah saya...mungkin silap saya juga...so tiada apa yang hendak saya maafkan...sebaliknya saya perlu mintak maaf dari mereka.

Tanpa Nama berkata...

sy pernah campak barang kat ayah sy sampai dia nangis..skang ni dia sakit kanser otak..sy nyesal sgt2 :(

Tanpa Nama berkata...

orng harap orng dapat minta maaf kat mak ayah kat iqbal n kat sume orng yang orng sayang...

Tanpa Nama berkata...

saya sudah cuba untuk memaafkan tetapi perkara yang sama masih berlaku, Im try to be the best daughter for them , tetapi kesungguhan saya seperti tak nampak oleh mereka ? saya diasingkan kasih sayang antara saya dan adik , saya juga mahukan kasih sayang seperti adik saya , tapiiiii ??

Tanpa Nama berkata...

berita ini telah menyedarkan saya..

Asrul Ariffin berkata...

Teap2 arie aku mkn aiq mata ngn kata2 drie mlut mak aku....tp aku xdndam..aku juz deam...bla xthan aku msok blik...bkurung sorg2....tp apa bley buat...aku cuma sorg anak...aku arap aku dpt asa bhagea cm org laen gk nty...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.