Bagaimana memulakan langkah pertama dalam membina perhubungan


Share on Tumblr
Memulakan langkah pertama dalam membina perhubungan
Ramai yang malu dan berat mulut akhirnya hampa. Persahabatan merupakan suatu perkara yang sihat jika dilaksanakan dengan niat yang luhur dan murni. Persahabatan boleh mengeratkan perhubungan dan menambah jaringan komunikasi antara pelajar di sekolah.

Pelajar yang ramai kawan biasanya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan menjadi lebih peramah dan mesra. Pelajar yang bersendirian sukar untuk mendapat kenalan baru lantaran kekurangan kemahiran berkomunikasi.

Di sini panduan bagaimana anda boleh memulakan langkah pertama untuk mendapat ramai kawan.

1. Anda perlu bersedia menambah kawan.

Anda perlu setkan pemikiran dan perasaan untuk memula dan menerima persahabatan dengan orang lain. Fikirkan faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada perhubungan itu. Anda perlu bersedia mengorak langkah memulakan perbualan. Persediaan perlu ada daripada aspek emosi, mental dan fizikal.

2. Biasakan diri anda dengan pergaulan

Di rumah atau di sekolah anda boleh melibatkan diri di dalam perbualan dengan orang lain. Anda boleh membantu ibu atau ayah dengan tugasan di rumah. Selain itu, anda digalakkan berbualbual dengan mereka. Jadikan tugasan itu sebagai riadah yang menyeronokkan. Berbual sambil bekerja atau beriadah akan menjadikan diri anda biasa dan selesa untuk berhubung dengan orang lain di sekolah.

3. Bercakap tentang topik yang diminati bersama

Perbualan boleh menjadi rancak apabila topik yang dibualkan menarik minat bersama. Topik yang ringan dan tidak mengancam akan memberikan keselesaan kepada anda dan rakan. Banyak mendengar adalah lebih baik daripada menyampuk. Mengubah topik yang sedang dibincangkan membuatkan rakan berasa terganggu dan tergugat. Kemungkinan komunikasi boleh terhenti.

4. Mendengar

Mendengar merupakan satu keperluan dalam membina perhubungan. Banyakkan mendengar dan kurangkan bercakap atau memotong cakap orang lain merupakan teknik yang sangat berkesan untuk mendapat ramai kenalan. Mendengar bukan sahaja berlaku di telinga tetapi ia juga boleh dilaksanakan melalui pandangan mata, angguk kepala dan seumpamanya.

5. Banyakkan senyuman dan bersetuju dengan perkara yang dibincangkan

Senyuman seseorang boleh menghiburkan hati yang memandang. Terbukti bahawa senyuman boleh menjadi terapi dan penawar duka. Tegurlah orang lain dengan senyuman. Senyuman tidak memerlukan perkataan. Mesej yang disampaikan melalui senyuman tidak pernah salah. Senyuman membawa erti suka, gembira, mesra dan tenang. Anda akan disenangi apabila anda tidak lokek dengan senyuman.

6. Banyakkan menghulur bantuan

Pergaulan akan menjadi lebih mudah jika hati sentiasa ingin membantu orang lain. Anda mungkin mahir di dalam Matematik, kemahiran itu boleh dikongsi dengan rakan lain. Perkongsian ini akan mendatangkan kesan positif dan berpanjangan. Hukum Allah menentukan bahawa perbuatan yang baik dan ikhlas pasti akan menerima pembalasan setimpal. Jika anda sering membantu orang lain, maka orang lain juga tidak lokek membantu anda.

7. Jadikan diri anda istimewa

Ramai pelajar yang tidak nampak kelebihan atau keistimewaan yang ada di dalam diri sendiri. Ramai pelajar yang melihat orang lain lebih hebat dan berbakat. Segala bakat yang ada di dalam diri tidak disedari dan tidak diterokai. Maka kewujudan anda di sekolah atau di dalam kelas seolah-olah tidak diketahui orang lain. Lihatlah kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri anda dan gilap bakat atau kemahiran itu.

8. Jangan terburu-buru.

Ikatan persahabatan merupakan satu proses yang berkembang secara perlahan-lahan. Ia terbina dari permulaan perhubungan, bertegur sapa, kenal mengenal melalui perbualan ringan, lalu membentuk kemesraan dan kepercayaan. Ia memerlukan kesabaran, ketabahan, kejujuran dan keikhlasan. Persahabatan yang lahir daripada proses yang lama dan perlahan ini akan dapat bertahan lama.

Bagaimana memulakan langkah pertama dalam membina perhubungan

4 Komen:

phull thea berkata...

bagussss,,,

Tanpa Nama berkata...

kerenn bngdd sii .. :^_^:

fredd berkata...

info yang bagus. boleh dipraktikkan

Tanpa Nama berkata...

pekataan yng paleng susah nk sebot at owang yng kite syng :
1)sye suke awk
2)sye syng awk
3)sye rindu awk
4)i love u sooo much..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.