Masalah teman lelaki kuat cemburu buta (kaunseling)


Share on Tumblr Teman lelaki cemburu buta

Saya kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah kejuruteraan di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Saya gembira dengan pelajaran saya dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang jurutera. Walaupun pengajiannya ada kala susah, tapi saya tetap berusaha kuat untuk lulus subjek yang diambil. Pensyarah pun banyak membantu saya memahami pelajaran.

Masalahnya sekarang, saya mempunyai teman lelaki yang tiga tahun lebih tua dari saya. Dia menghalang saya menyambung pelajaran kerana cemburu saya akan berkawan atau bercinta dengan orang lain. Dia boleh dianggap alim orangnya.

Saya tidak tahu kalau dia benar-benar seorang yang taat kepada ajaran agama atau hanya berpura-pura saja. Tapi kalau dilihat secara luaran memang segala tingkah lakunya menunjukkan dia ikhlas dalam beribadat. Saya tidak suka lelaki yang pandai berpura-pura. Nampak saja alim seperti ustaz tapi sebenarnya buruk kelakuannya. Saya benci dengan lelaki seperti itu.

Menurut teman lelaki, kalau saya ingin mencari akhirat, berkahwin dengannya adalah jawapan. Katanya lagi, kalau ingin kekayaan atau harta dunia, lupakan dia buat selama-lamanya.

Masalahnya sekarang, saya tidak tahu hendak buat keputusan antara sambung belajar atau berkahwin dengannya pada tahun depan. Saya sangat tertekan. Ini kerana saya merasakan masih terlalu muda untuk berkahwin, namun pada masa sama merasakan memang memerlukan bimbingan seorang lelaki yang baik.

Saya kurang didikan agama, jarang solat dan sebagainya. Saya ingin berubah menjadi wanita yang baik. Lagi pula saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki.

Teman lelaki saya sekarang menerima saya seadanya dan ingin membentuk akhlak serta pengukuhan agama. Niat dia terlalu murni.

Manakala keluarga saya pula tidak menyukainya menyebabkan saya tersepit antara melupakan lelaki baik sepertinya atau meneruskan pengajian dengan dengan akhlak yang buruk. Saya takut untuk berterus-terang dengan keluarga mengenai hasratnya itu kerana keluarga saya hanya mementingkan harta dunia semata-mata.

---------------

Jawapan:

Situasi adik boleh diibaratkan seperti bidalan 'diluah mati emak, ditelan mati bapa'. Adik tersepit di antara kekasih, pelajaran dan keinginan keluarga. Adik sangat sayangkan kekasih dan tidak mahu melupakan dia. Pada waktu sama adik ingin meneruskan pengajian.

Adik bertuah dapat bertemu dengan lelaki yang baik, boleh dikatakan warak, mencintai adik dan dapat menerima adik seadanya (termasuk diri yang sudah ternoda). Ciri - ciri lelaki sebegini tentunya idaman wanita. Dr tidak hairan mengapa adik tidak mahu kehilangannya.

Cinta itu pengorbanan. Justeru, mengapa pula kekasih adik meletakkan syarat dalam perhubungan percintaan ini. Jika kekasih benar-benar mencintai adik, dia perlu berkorban dan membantu orang yang disayang dalam melakukan kebaikan dalam kehidupan iaitu melanjutkan pelajaran.

Menuntut ilmu sangat dituntut. Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi. "Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadat, dan kerjakanlah ibadat tetapi tidak boleh melupakan ilmu" (Hasan Basri)

Menuntut ilmu dalam bidang yang adik hendak ikuti (bidang kejuruteraan) bukanlah bererti mengejar harta dunia semata-mata. Ia juga satu bentuk amal ibadat. Ada hadis mengatakan menuntut ilmu itu suatu kewajipan bagi orang Muslim, lelaki dan perempuan.

Mengenai diri adik yang kurang didikan agama seperti jarang solat, Dr gembira adik inginkan perubahan untuk menjadi wanita yang taat kepada suruhan agama. Perubahan adik perlu ikhlas. Ia bukanlah semata-mata dilakukan kerana kekasih adik tetapi perubahan itu kerana Allah. Jika kekasih adik benar-benar ikhlas dalam percintaan, dia akan membimbing adik untuk menjadi wanita solehah.

Mengenai lelaki berpura-pura saja alim tapi sebenarnya sangat buruk kelakuannya, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja. Tanpa mengira jawatan lelaki itu. Kebetulan yang ada temui adalah 'ustaz'.

Tingkah laku seorang "ustaz" yang adik jumpa itu tidak menggambarkan secara keseluruhan peribadi 'ustaz' lain yang begitu banyak jasanya dalam memberi bimbingan agama. Dr sangat menghormati pekerjaan murni 'ustaz' yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah . Berdakwah ke jalan Allah adalah amat dituntut. Dr harap adik tidak mempunyai persepsi buruk kepada pekerjaan ustaz hanya kerana tingkah laku seorang 'ustaz' yang pernah adik jumpa.

Mengenai keluarga adik pula, tentunya mereka inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Jika adik boleh buktikan boleh berjaya dalam pelajaran, tentunya jalan memujuk keluarga untuk menerima kekasih adik akan menjadi lebih mudah. Doakan juga agar keluarga adik akan terbuka hati untuk tidak lagi hanya mementingkan harta dunia semata-mata.

Mengenai niat untuk berkahwin dengan kekasih adik, jodoh maut ditentukan Tuhan. Kalau ada jodoh, akan bertemu jua. Bak kata pepatah "Asam di darat ikan di laut, dalam belanga bertemu jua". Adik boleh berbincang dengan kekasih dan jelaskan bahawa bimbingan agamanya sangat penting dalam hidup adik.

Pada waktu yang sama, jelaskan adik memerlukan sokongannya untuk berjaya di dalam pelajaran. Lelaki yang ikhlas dalam perhubungan akan cuba memudahkan perjalanan hidup cintanya, bukan menambahkan lagi tekanan. Sama-sama kita doakan Allah memudahkan perjalanan hidup adik.

Oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon
Sumber: Harian Metro Masalah teman lelaki kuat cemburu buta (kaunseling)

3 Komen:

Unknown berkata...

saya kuat cemburu , saya tak bagi kekasih saya kawan dengan kawan saya , sebab takut jadi apa2 :( macam mana saya nak kurangkan sifat cemburu ini? saya sudah lar banyak kali kena permain dengan wanita

cahaya qaseh berkata...

macam mna pulak kalau kekasih saya suka saya tapi saya yang kurang suka dia adakah haruskah saya kekal bersamanya atau cuba mencintainya lebih ..saya rasa cemburu bila si dia rapat dengan kawan perempuan nye dalam masa yang sama saya tidak mahu dia merasa terkongkong apakah yang harus saya lakukan..??
















































Tanpa Nama berkata...

Salam kepada dunia nama saya Dora dari Sepanyol , saya mahu memberi keterangan mengenai kerja-kerja baik Dr Smith, yang telah membantu saya dalam mencapai apa yang saya fikir saya tidak pernah mendapat lagi. Saya mempunyai hubungan tiga tahun dengan seorang lelaki dan saya mempunyai seorang anak untuk dia, saya fikir dia mencintai saya lebih daripada apa-apa di dunia selepas beberapa ketika saya melihat beberapa perubahan kepadanya, perkara-perkara yang saya tidak sedar mula berlaku , jadi saya tahu ada sesuatu yang salah saya cuba sila kepadanya dalam beberapa cara tetapi masih tiada keputusan. Saya mula menyedari bahawa dia telah melihat satu lagi gadis yang cuba untuk membuat dia faham bahawa dia mencintai -Nya lebih baik. Satu hari, saya membaca saksi kes yang sama , bukti seseorang yang Dr smith membantu untuk menyelesaikan masalah yang sama, tetapi saya fikir saya tidak yakin dengan rakan saya, jadi saya menghubungi beliau dan dan kami meneruskan kerja ejaan saya di tiga hari onec dia melalui dengannya semua baik . Kekasih saya menghubungi saya dan dia mengemis seriusly kerana dia mahu saya kembali , Alhamdulillah kini kita masih bersama dan bahagia berkahwin. Dr smith memberitahu saya bahawa dia juga merawat masalah-masalah lain seperti
(1) mahu kembali bekas anda.
( 2) Adakah anda mahu menjadi kaya .
(3) untuk dipromosikan di pejabat anda.
(4) mahu wanita / lelaki untuk menyukai anda.
(5) Ingin kanak-kanak
(7) Penyembuhan bagi apa-apa penyakit
Dalam dia saya jamin ia akan membantu anda dengan cara yang sama dia lakukan kepada saya , hubungi e-mel beliau : smithjamesdsolution@gmail.com
Dan diberkati

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.