Merawat hati luka
Macam mana merawat jiwa yang merana akibat derita putus cinta? Jatuh cinta itu memang mudah tetapi mencari jalan keluar untuk merawat hati yang duka itulah yang parah.
Luka di tangan mudah dirawat tetapi luka di hati boleh membawa padah. Oleh itu, artikel minggu ini diberikan beberapa tip bagaimana untuk merawat hati yang kecewa akibat putus kasih dan cinta.
1. Hadapinya tetapi jangan dilayan.
Ramai remaja yang tidak sanggup untuk melaluinya. Mereka berkurung di dalam bilik sambil berendam air mata. Rutin harian diabaikan; diet tidak dijaga, tidur tidak lagi terurus dan personaliti dan perwatakan berubah daripada seorang yang ceria kepada berduka. Semua ini gara-gara untuk melupa dan melenyapkan perasaan yang sakit. Sebaliknya anda boleh menguruskan diri seperti biasa, jalankan rutin seperti biasa.
Perkara yang perlu anda kendalikan ialah "anda berhak untuk berasa kecewa dan sedih, tetapi pada masa yang sama anda berhak untuk hidup dan bertingkah laku seperti biasa. Lalui perasaan itu dengan tabah, ini akan menjadikan anda seorang yang teguh dan matang.
2. Lepas dan bebaskan diri anda daripada ikatan dan lingkaran derita.
Anda bebas memilih sama ada untuk mengikat diri dengan perasaan derita itu atau membebaskan diri daripada perasaan tersebut. Semuanya ada di dalam pemikiran dan perasaan anda. Tidak ada orang lain yang boleh memaksa untuk berasa bahagia atau berduka.
Perasaan duka ialah perasaan sementara. Jika anda jadikan ia sebagai teman hidup maka kehidupan anda akan merana sepanjang masa tetapi jadikan ia sebagai asam garam dalam kehidupan.
3. Senaraikan kekuatan dan atasi segala kelemahan.
Sebagai manusia biasa, menjadi lumrah kehidupan untuk merasai kegagalan dan kekecewaan. Anda juga berhak berasa bahagia dan ceria.
Cuba senaraikan kekuatan dan kelemahan yang ada di dalam diri. Mesti ada kekuatan yang boleh membawa rasa bahagia dan ceria. Mesti ada kenangan yang manis, sikap positif dan kelebihan yang ada pada diri anda. Kemungkinan anda belum menggunakan kekuatan dan kelebihan secara optimum.
Jika anda melihat kelemahan di dalam diri, cuba fikirkan bagaimana agaknya kelemahan tersebut dapat diatasi. Cuba bandingkan perasaan anda ketika berasa duka dan suka. Pengalaman tersebut boleh memandu dan membantu untuk membuat pilihan yang terbaik. Anda boleh bincangkan ini bersama rakan atau ahli keluarga yang lain.
4. Gambarkan imaginasi yang menyeronokkan.
Mat Jinin memanjat pokok kelapa sebagai kerjaya lalu mengimaginasikan untuk mengahwini puteri raja. Itulah motivasi untuk terus bekerja dan melalui imaginasi itu jugalah dia terjatuh daripada pokok kelapa tersebut. Ini menggambarkan betapa kuatnya imaginasi dapat menguasai perasaan dan perlakuan seseorang itu.
Anda boleh berimaginasi tentang perkara baru di dalam kehidupan seperti perkara yang boleh mendatangkan keceriaan dan kegembiraan. Imaginasi yang tersusun dan berstruktur terbukti mampu boleh membawa perubahan kepada pemikiran, perasaan dan perlakuan manusia.
5. Wujudkan harapan yang positif.
Perkara yang berlaku ialah sejarah. Mengikut sejarah, sejarah yang berlalu tidak dapat diubah. Kepedihan dan kedukaan yang ditinggalkan oleh sesuatu peristiwa di dalam sejarah hanya layak dijadikan sebagai iktibar dan teladan.
Orang yang bijak akan menjadikan peristiwa sejarah silam sama ada pahit atau manis sebagai persediaan untuk membina langkah baru yang lebih positif. Harapan dan keyakinan baru perlu diwujudkan kerana hari ini tidak sama dengan esok dan esok tidak sama dengan semalam.
Setiap hari mempunyai kejadiannya masing-masing dan anda sebagai pemain utama berperanan untuk menjadikan hari esok lebih baik berbanding hari ini dan semalam.
Akhir sekali, jangan lupa untuk bercinta kembali dan cinta yang paling agung ialah cinta kerana Allah.
~ Minda BH
Merawat hati luka putus cinta

27 Komen:
like this>
tpi suzah iyaaa...
glakuin.a...
memeng betul...tetapi jika kita baru saja ditingglkn oleh orang yng bnr2 kta syg,yng kta cintai memang amat sakit,sehinggahkn boleh membuat kita dah x guna hdup di dunia ni lgi.tetapi aku sdar munkin dia bukan diciptkn shidup smati dgn ku..cinta kami x direstui oleh kluarga phak perempuan,mereka x suka kmi brcinta dsebabkn aku bangsa lain.yng bt aku rsa brslh seumur hdup ku..dia dbrhntkn study dari kolej,jdi dia trpksa buat keputusan untuk ptuskn hbngan kmi,ketika itu aku dan keluarga ku da bt prsediaan tuk prgi meminang,adkh kptusn itu btul..aku pun x tau nak kta apa lgi..tetapi sampai skrng,saat ini aku tetap menyintai dia,menyanginya sebagai seorng kekasihku..biar pun dia telah anggap aku sebagai kawan.
MUNGKIN DY BKN JODOH TERBAEK TOK KAMU,PASTI KN HADIR S'SOWNG YANG LEBIH BAEK TOK KAMU?
tp law owg yg kite sayang diambil oleh kaan kita apew perlu buad ?
silap text kawan kita ambek owg yg kita sayang
susah nak terima kenyataan tp pa blh wat jodoh 2 takdir dr tuhan..rasa nak nangis puas2 pun xda guna juga..
mmg payah nk trma..sakit tuhan jer tahu..nk xnk kna trma,lau ada jdoh adalah..
nak luahkan sedikit kisah mudahan2 mnjadi ikhtbar,seakan tidak percaye saye meluahkan perasan ini.
sejak di zamn persokalh seakn mnjdi rutin dan hobi untuk mnmbat hati wanita , selepas hati & madu di miliki saya akn tingal kan begitu sahaja tanpe memikirkan kesn yg mndatang. hingga la di zaman pekerjaan, saya mggunakan kdudukan pekerjaan untuk mnrik minat ramai wanita.jumlah nye entah lah berape ramai, saye x pnh ade prsaan sedih , kasihan bile tingl kan mereke.
hingga pde 1 hari saye brjumpa seorg gadis brkterunan kadazan dusun, wajahnye x cantik,hidung kembang, mate juling air ,mmg bkn jenis wanita kacukan seperti yg saye idam kan. hati saye yg dlu nye ckup kers sehingga kan kmatian saudara rapt air mate saye x pernah mglir,tpi kerana seorg wanita ini saye menagis brhari. saya mnjdi amat pnyayang, mnyangi nye lbih dari dri sendri,pade mase tu, saya amat setia, tidak sekali pon saye mengkianatinye, berbhong dan amat mnjage hatinya dan ikhlas untuk mnjadikan nye istri.
namun hubungn selame 5 tahun yang terjalin putus, saye seakan hilag punca dan arah pde sedikit mase,akibatnye saya hilang pedoman tangan saye menerima beberapa jahitan akibat mlepaskan kmarahan pade bkan tmpat nye,saye menyendiri, dulunye perwatakan yang amat periang mnjadi murung, terperok dlm rumah. mule hasutan timbul untuk mulekan tabiat lame saye merosak kan semua wanita yg saye kenali,tapi alhamdullillah saye dapt tempuhi dengan mndalami ilmu agama.
kini saye sedar ini lah balasn atas dose2 yang saye lakukan, moga ini dpt dijadikan ikhtbar. , dan kini saya hanya memerhati kan setiap tingkah laku dy dari jauh tnpe dy sedar, setiap perkembangan nye.kini saye faham ape itu makne cinta, cinte x semesti nye dimiliki.kini name nye tidak penah lekang dalam doa sujud saya.
betul cinta adalah sesuatu dunia cantik.bila ada tidak sedar .susah untuk melepas cinta yang putus. saya pun baru cinta seorang dan baru juga putus sebab dia minat dengan orang. aku kata biar kamu cinta budak itu je.tapi tahu satu hari dia mesti sedar tentang aku masa itu cuma aku menerima dia. sebab aku cinta sebenar dan sayang. sudah pun cinta 2 tahun masih menunggu maklumat dari dia.
pada zaman sekarang juga tiada cinta sebenar semua tipu.saja main tak apa itu mendapatkan pengenalan danpengalam tentang cinta palsu.so perempuan sekarang perlu berhati sebelum mencari teman yang hebet. fikir sebelum buat contoh tengok sifat ,kerja, semua lah.jangan risau bila orang putus kamu. kita mesti menunjukan hidup baik dengan dia sampai mati dan beri kesedaran anda untuk dia
hai now i ok my life come back ready. he still love me
sya xthu nak buat apa... saya dikinati oleh wanita yg sya naikan, dri perempuan kg yg xtahu apa... bg pljaran. dn jwat jawatan tinggi... 6 thun sya kwn.. tp mlm semalam adalah perkara yg sgt pedih... wanita2 tdo dgn laki lain... punah hrapan, dia lupa spa dri dia sebelum dia berjaya.. than ja tau perasaan sya... tp Allah sygkan sya, n tunjuk sikap wanita2...
hai how are u . saya kembali lagi kan saya kata dia cinta saya je .bukan itu semua tipu. semua hati lelaki sama je kita kena fikir masak masak sebelum membuat tindakan. di dunia ini perempuan terlalu kesian.
kenapa lelaki sekarang sudah berubah. bukan macam dulu.tidak sayang ,fikir hati perempuan .
bye kalau ada masa sila tulis komen anda. kalau nak sama komen sila komen pada pkl 3.30 petang. saya akan tulis komen saya.
sekarang saya sudah marah dengan x boyfriend aku .sdh pun putus dia dan lupa pasal dia. dia tak boleh pakai dan tidak berubah. saya rasa dia paling teruk di dunia. tak apa satu hari dia akan datang dekat aku aku cuma senyum je pada saat itu.
aku berada dlm cinta tiga segi...walau pernah bersama kekasih hati aku...tp dia tetap patah kembali kepada kekasih lama nya..sekarang setelah 7 bulan..dia kembali..bersama masalah yg dihadapinya..aku cuma bantu sedaya upaya aku..kerna aku tlh jatuh dh tidak seperti dulu..walau aku ada rm50..aku berikan pada dia..agar dikurangkan sedikit perit nya..maybe kerna aku trlalu sayang..atau aku trlalu bodoh..aku tau aku yg kedua hadir dlm hidupnya..tp aku ckp bahgia.bersamanya..dan luahan perasaan nya padaku..bahwa cintanya padaku lebih dr kekasih pertamanya..menyedarkan aku..aku tersepit..antar perasaan sendiri , dia dan kebenaran..apa yg ada hanya lah masa dan harapan..tp aku tlah berubah..brmcm2 benda perit aku lalui tanpanya..hngga aku kehilangan segalanya..tp..aku kuatkan diri..cuba bangkit..dr kejatuhan aku..cuma, salahlkah aku merasa luka bla hanya akan dipanggil bila dia tidak bersama kekasihnya..Ya Allah Ya Karim..Kau tunjukkanlah jalan yang benar untuk ku Ya Allah..amin..
anggap ja la xda jodoh,mgkin dia bkn yg terbaik ubtk kita,,Allah nak bg yg lbh sesuai n terbaik untuk kita....
tntang apa yg dah berlaku biarkanla..hnya Allah yg berhak untuk mnghukum, tak usah la nak hukum orglain n nak hukum diri sndiri...tak usah nak sakiti diri sndiri n nak menyakiti orglain...
slagi kita buat kebaikan insyAllah kn beroleh kebaikan driNya....
susah nak fokus pade pelajaran disaat kasih sayang yang utuh semakin rapuh . :( suggestion ?
sya hlg arh tju,x tahu nk bt mcm mana..cinta sy thlg oleh keluarga c dia, sdh sgt,kcewa sgt2x..apa plu syg lakukn?
asaalammualaikum
Saya betul2 cintakan dye.tpi sya yg slh menyamar org laen.bagaimanakah cara kembalikan lelaki yg sya sukai itu.sya pun slh menghina dia.skrg nie sya x thu nk buat ape?
hidup saya tanpa dye menderita
aku bru saja ditinggalkan oleh kekasih yang sgt sy sayang...dy kjm sangt dy selalu meningallkan sy,sy mryu kmbli dtrima tetpi ini dah 3 kali sy dibuat begitu dy xmtg untuk befikir pnjang semoga sy dapat lupakan wanita itu
memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang......jgn terlalu berharap jangan terlalu yakin sbb semua ditentukan oleh allah..jdoh pertemuan smua tu allah yang aturkan...
Sedar aku Kau yang satu, tunjukkan ku jalan kepada Mu, diriMu yang satu, biar mati ku mencuba demi bahagia, biar sakit dilukai dapat ku rasa, biar nadi ku terhenti demi ke syurga, biar selamanya mencari cinta sejati..