Wang hantaran perkahwinan adalah hadiah atau penghargaan suami kepada bakal isteri mengikut kemampuan yang dipersetujui bersama.
Berbeza dengan mahar, ia adalah pemberian wajib suami kepada isterinya disebabkan akad nikah. Bagaimanapun, Islam tidak menetapkan sebarang bentuk mahar yang wajib diberikan.
Ia boleh dalam bentuk nilai wang, cincin, kereta, pekerjaan dan ilmu asalkan memberi manfaat kepada isteri. Rasulullah s.a.w pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya mas kahwin lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat al-Quran?
Lelaki itu menyatakan dia mengingati beberapa surah, kemudian Rasulullah mengahwinkannya dengan menggunakan mas kahwin surah yang diajarkan kepada wanita yang bakal menjadi isterinya itu.
Seorang lelaki itu bertanggungjawab menyediakan mahar sebagai ujian pertama kepadanya sama ada mampu atau tidak memberi nafkah kepada isterinya kelak.
Mahar tidak serupa dengan wang hantaran atau barang hantaran. Zaman sekarang ada pula segelintir keluarga yang menetapkan jumlah wang hantaran sepatutnya diberikan.
Satu ketika dulu, jumlah wang hantaran antara RM2,000 hingga RM3,000 tetapi nilai itu kian meningkat sehingga mencecah RM15,000 atas faktor pendidikan atau kedudukan seseorang wanita itu.
Itu belum dikira kos majlis kenduri, barang sebagai dulang hantaran dan beberapa kos lain. Jelas bukan perkara mudah untuk merealisasikan impian berkahwin.
Mahu atau tidak, setiap orang perlu bersedia dari sudut kewangan. Hukum syarak tidak menggalakkan mahar terlalu tinggi sehingga menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Rata-rata yang baru melangkah ke alam pekerjaan tidak mahu menunggu lama untuk mengakhiri zaman bujang mereka.
Jika mengambil kira jumlah simpanan terkini di dalam akaun, berapa ramai yang mampu menyediakan puluhan ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka.
Perkiraan kasar kos bagi mengadakan majlis perkahwinan sekarang memerlukan seseorang membelanjakan lebih kurang RM20,000, itu belum termasuk duit hantaran yang dinyatakan tadi.
Kos yang semakin tinggi itu menyebabkan ramai pasangan menangguhkan perkahwinan mereka bagi mengumpul wang terlebih dahulu.
Namun, ada yang mengambil jalan singkat membuat pinjaman peribadi daripada institusi kewangan.
Apa yang pasti, tidak salah jika bersikap bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan tetapi mengapa masih terdapat individu menginginkan majlis mereka nampak hebat sehingga memeningkan kepala sendiri?
Tidak dinafikan semua mahu mengabadikan detik berbahagia itu supaya diingati serta diraikan secara besar-besaran.
Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba di kalangan masyarakat untuk mengisytiharkan majlis yang mereka buat perlu dielakkan. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu cukup tinggi.
Pemberian penuh ikhlas pastinya akan membawa kebahagiaan. Bohong sekiranya seorang lelaki itu tidak berasa beban dan tertekan jika pihak perempuan meminta yang bukan-bukan terutama wang hantaran yang tinggi.
Perunding Motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, jika ada perancangan mendirikan rumah tangga, elak berhutang.
"Berhutang memberi bebanan kepada seseorang sehingga menyebabkan mereka tidak bahagia. Buatlah majlis perkahwinan itu sekadar yang termampu.
"Jangan biarkan sifat riak menguasai diri kerana matlamat perkahwinan adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah. Masyarakat kita perlu sedar dan faham asas kerukunan rumah tangga itu datangnya daripada keberkatan," katanya.
Beliau berkata, kesilapan masyarakat kita sekarang ialah mereka terlalu ingin menjaga status sehingga sanggup mengetepikan soal kemampuan yang dimiliki.
"Ada yang sanggup berhutang puluhan ribu ringgit bagi memastikan majlis yang diadakan itu nampak eksklusif. Selepas selesai majlis, terpaksalah mereka melunaskan kembali hutang dalam tempoh yang panjang.
"Majlis kenduri kahwin itu bukannya untuk kita menjalankan perniagaan. Jika ada kemampuan pun, seeloknya bersederhana dan usah membazir.
"Melihat senario masa kini, ramai mengadakan majlis besar-besaran dengan pelbagai hantaran mewah tetapi hubungan tidak kekal lama kerana tiada keberkatan," katanya.
Mohd Zawawi berkata, ibu bapa atau keluarga pihak wanita jangan membebankan bakal menantu dengan permintaan yang tidak mampu mereka sediakan.
"Mereka perlu sentiasa ingat bahawa keberkatan mahar itu datangnya daripada yang murah. Begitu juga halnya dengan wang hantaran, janganlah tetapkan nilai tertentu.
"Jika boleh, serahkan kepada kemampuan yang dimiliki bakal menantu ketika itu. Terimalah mereka seikhlas dan seadanya kerana kehadiran mereka kelak dapat memeriahkan alam rumah tangga," katanya.
Menurutnya, umat Islam perlu meletak keberkatan sebagai perkara utama dalam semua urusan hidup supaya setiap amalan yang dilakukan dikira sebagai ibadat yang mendapat ganjaran pahala atau saham untuk dibawa ke akhirat.
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Nak kahwin jangan sampai teruk berhutang

2 Komen:
betol3,. b'kahwin utk m'halalkn yg haram, dn bkn utk m'nunjuk2,..
x payah letak hantaran tinggi2 ckup senaskah al-quran...hantaran tinggi tp kawin 2,3 tahun cerai...menbazir jer...