Apabila menjadi pilihan kedua si dia


Share on Tumblr
Di suatu hari, kamu terima panggilan daripada seseorang yang sangat dikenali. Percaya atau tidak dia adalah seorang yang paling disayangimu sebelum ini. Hubungan bermula dengan persahabatan membuahkan rasa kasih. Begitupun kamu hanya bertepuk sebelah tangan sedangkan si dia menaruh hati kepada orang lain. Seseorang yang tidak jauh, dari kalangan sahabat handai juga.

Rasa-rasanya si dia menerima isyarat kamu berikan. Dia bukannya tidak tahu rasa kasih ditunjukkan tetapi apakan daya, hatinya sudah diserahkan kepada orang lain. Cinta si dia ternyata bukan untukmu. Lalu kamu mengambil keputusan mengundur diri. Apalah yang tinggal, lebih baik mendoakan sahaja kedua-dua merpati itu hidup aman bahagia.

Kamu bukannya tidak berusaha dan berundur semudah itu. Sudah dilakukan segala-galanya untuk menunjukkan kasih dan sayang. Kalau orang sudah kemaruk cinta, gajah depan mata pun tak nampak. Kuman di seberang laut juga mahunya. Tak kisahlah kerana bagimu itu sudah suratan. Kamu lantas meneruskan kehidupan pada laluan berlainan.

Cuma panggilan daripadanya kali ini lain benar bunyinya. Beberapa kali kamu menyoal, bukan salah nombor kah? Dalam hati apa yang dia hendak sebenarnya? Sudah hampir setengah tahun masa berlalu. Sepanjang tempoh itu kamu berdua tiada langsung berhubungan. Luka dalam hatimu pun semakin sembuh.

"Memang tak salah. I nak bertanyakan khabar you," ujarnya selamba.

"Oh, I sihat. Terima kasihlah," balas kamu bersahaja.

Sejak itu kerap pula dia hadir dalam hidupmu. Kadang-kadang merimaskan dan banyaknya merungsingkan. Lebih-lebih lagi dia terlalu baik tiba-tiba. Sikapnya berbeza sekali, tidak lagi dingin seperti dulu. Si dia jadi lebih bertimbang rasa dan memahami. Paling menakutkan, beberapa isyarat diberikannya itu. Terbalik pula nampaknya. Lalu kamu mengambil keputusan menyiasat. Kamu mula merisik daripada teman-teman, apa sudah jadi?

Rupa-rupanya si dia sedang patah hati kerana tersinggung. Hendak kata putus, tak berani pula teman itu mengulas lanjut. Kamu menerima si dia seadanya, tetapi tidak pula menaruh harapan terlalu tinggi. Takut pisang berbuah dua kali. Nampaknya sudah ada ciri-ciri sebegitu.

Begitupun kamu pasti tak dapat mengelak kembali menaruh hati kepadanya bukan? Beberapa bulan selepas itu, si dia kelihatan sangat berseri-seri. Tanpa menyembunyikan apa-apa dia mengaku sudah kembali bersama kekasihnya.

Kiranya hubungan mereka ada turun naiknya. Ada ketika kamu dilayan seperti individu paling istimewa. Fahamlah kamu hubungan mereka sedang berantakan. Tetapi ada hari-harinya kamu dilayan sebagai sahabat karib dan terpaksa pula mendengar cerita-cerita asmaranya. Lama-kelamaan kamu jadi bingung. Di manakah letaknya diri kamu di matanya? Apatah lagi kedudukan kamu di dalam hatinya.

Cinta Kedua

Jangan dibiarkan sahaja seandainya kamu suarakan masalah tetapi tidak didengar. Dah tak usah nak merungut lagi, bertindaklah sesuatu. Jangan takut atau terlalu akur dengan si dia. Berani-beranilah mengatakan TIDAK pada apa semua mahunya tetapi bagaimana? Berikut beberapa contoh untuk dijadikan tauladan buat kamu:

1. Dia sibuk, kamu buat-buat sibuk
Misalan si dia mula tiada masa buatmu, bawa berbincang. Sekiranya dia sombong masih kekal dengan aktiviti-aktiviti tambahannya (bersama gadis pilihan hatinya). Jangan biarkan dia menang dengan duduk di rumah. Sekiranya rutin kamu menonton atau melakukan aktiviti berdua terhalang oleh alasan kesibukan si dia, pastikan kamu teruskan juga dengan mengajak kawan-kawan atau keluarga. Biar dia tahu waktu kamu juga terisi dan tidak terjejas dengan segala alasan diberikan. Sekiranya dia mahu bertemu kamu, cuba katakan urusan belum selesai. Biar dia tertunggu-tunggu atau batalkan saja pertemuan.

2. Beri ruang untuk diri sendiri
Tunjukkan dia juga bukan keutamaan kamu seperti dia lakukan terhadapmu. Selama ini perkara lain lebih utama daripada dirimu. Jikalau mahu dia lebih menghargai kamu, berilah ruang kepada dirimu dahulu. Utamakan diri sendiri dan barulah kamu mendapat layanan sewajarnya.

3. Jangan terlalu menerima perbuatannya
Percayalah, perbuatan kekasih kamu itu sangat mementingkan diri sendiri. Dia membiarkan kamu mengikut waktunya dan mahu kamu bersedia sentiasa untuk dirinya. Sedangkan keperluanmu tidak sekali-kali dipenuhi. Contohnya, jika kamu sangat memerlukan dirinya, belum tentu dia tampil menemani kamu. Lebih menakutkan, kamu pula terlalu menerima apa sahaja perlakuannya. Padahal dia memberikan alasan sama setiap kali.

4. Atasi penderaan emosi
Tanpa disedari kamu, perlakuan si dia telah mendera emosi kamu. Secara tidak langsung membuat kamu hilang keyakinan diri. Ia memberi kesan pada keseluruhan hidup. Seandainya kamu punya rasa enggan meneruskan kehidupan, kerja kini membosankan, sentiasa gagal berurusan, nah, itulah petanda kehidupan kamu terjejas kerananya. Hakikat sebenarnya kamu yang mendera diri sendiri. Bukannya kamu terikat berada di dalam kepongpong si dia. Kamu masih bebas dan punya kuasa membuat pilihan sendiri. Kamu sahaja yang enggan membebaskan diri.

5. Hormat diri sendiri
Jangan berharap sangat si dia akan menghormatimu. Bagi mengembalikan keyakinan diri, tolong hormat diri sendiri dengan mengutamakan keperluanmu terlebih dahulu. Kalau boleh pastikan orang sekelilingmu tergolong daripada mereka yang memandang tinggi kepada dirimu. Buka mata hati menerima keadaan ini. Dia hanya jadikan kamu pilihan kedua.

6. Belajar berdikari
Seandainya dirasakan sukar membina hidup sendirian, cuba kenangkan kembali kehidupan kamu sebelumnya. Bukannya si dia sentiasa berada di sisi kamu kerana orang di sana lebih diutamakan. Tanpa sedar kamu selama ini hidup berdikari kerana sering diabaikan. Kamu telah diperdaya oleh fikiran kamu yang percaya selama ini kamu bergantung harap kepadanya. Padahal si dia hanya memandang kamu sebelah mata.

Itulah sedikit sebanyak keadaan dalam sedar dan luar sedar mengenai hubungan kamu dan si dia. Memang sukar menerima hakikat sebenar. Tetapi ambil langkah secara perlahan-lahan, keyakinan diri bukan datang dalam sehari dua. Sudah-sudahlah menjadi pilihan kedua si dia. Seandainya kamu adalah kekasih kesayangannya, mengapa perlu kamu memendam rasa sebegini. Seorang kekasih akan membahagiakan kekasihnya. Bukan membuatkan pasangannya jadi serba salah sepertimu. Memendam rasa dengan segala perlakuan sambil lewanya.

Jangan buang masa merebut tempat pertama itu. Kamu juga berhak untuk bahagia seperti orang lain. Balik pada asas kehidupan, cinta kepada Allah lebih afdhal. Dengan itu, kamu pasti dapat mengatasi rasa cinta mendalam kamu terhadapnya.

Sumber: GUA
Link
Apabila menjadi pilihan kedua si dia

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ermmmmm sweet jugak!!!!!

Tanpa Nama berkata...

boleh laa.. sweet lha jgk =)

Tanpa Nama berkata...

selepas baca artikel ini ...bwu aku mula sedar ape beza antara mencari cinta atau dicintai ...walaupun kita cuba dan usaha tok dpatkan cinta si dia tp kalau aty dy bukan utk kita ..seharusnye kita sedar spe dri kita ..dan selamatkn hidup kita dari terus menanti cinta yg bukan milik kita ..percaya la pada takdir yg cinta utk kita ade diluar dsne tnpa kita duga kehadirannya....wasalam....

hatti berkata...

memang aku butuh anget artikel ini....
thanks untuk siapa saja yang menulis ini....

M Fakhrullah Ramli berkata...

aku suke statement no 5

M Fakhrullah Ramli berkata...

Statement no 5 . lebih menarik perhatianku .

Nurul Razmira berkata...

Kadang 2 kita mahu bergurau -
gurau dg kita punyer kekasih kita tapi kita tak tahu macam mana Tapi sebelum kita bergurau dgn si dia kena kenalah fikir dahuluapa ayat yg plg sesuai untuk kita bergurau dgnnya agar kita tdk rasa serba salah pafa dia dan dia pula tdk kecil hati. Fikir - fikirkanlah.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.