Kenali ciri-ciri lelaki pendera


Share on Tumblr
Bagi wanita di luar sana, anda mungkin berdampingan dengan lelaki yang mungkin bakal menjadi seorang pendera ketika di alam rumahtangga. Jom semak ciri-ciri lelaki yang berpotensi menjadi pendera wanita!

1. Terlebih Romantik
Jangan layu bila pasangan terlali kerap melontarkan kata-kata romantis seperti " abang tak boleh hidup tanpa kamu" "abang akan tetap setia sampai selamanya" "cinta abang sentiasa mekar untukmu" sebaliknya cuba hati-hati dan berfikir dengan waras, jangan termakan dengan janji manis yg diucapkan. Perlu diingatkan bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap lembut dan penyayang

2. Terburu-buru dalam hubungan
Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan yang lebih serius. Dia selalu bersemangat untuk melangkah ke tahap selanjutnya seperti bertunang dan segera menikah walaupun sebenarnya baru saja mengenalinya. Jangan terburu-buru mengiakan apa saja ajakanya, sebaliknya cuba siasat untuk mengetahui latar belakangnya sebanyak mungkin supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Penderaan Wanita

3. Cemburu buta
Hati-hati bila pasangan anda terlalu cemburu walaupun anda bersama teman rapat atau saudara sendiri. Dia selalu ingin anda memberi perhatian kepada dirinya sahaja, dia juga minta anda melaporkan apa sahaja kepadanya termasuk ke mana anda pergi, dengan siapa, sampai jam berapa dan apa saja anda lakukan. Sikap cemburu boleh membuatkan orang hilang pertimbangan dan berbuat apa sahaja diluar jangkaan.

4. Terlalu Emosi
Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita tapi sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, panas baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika anda bersamanya juga anda mula merasa tidak bebas dan takut tersalah cakap kerana akan mengundang kemaharan besar pada dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang tidak konsisten.

5. Sering merendah-rendahkan
Sepatutnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan merasa bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda capai, akan tetapi berlainan pula dengan lelaki pendera, mereka suka memperleceh atau merendah-rendahkan anda
hanya kerana pakaian anda tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk diri anda tanpa mengambil kira hati anda, segala kehendaknya harus dituruti kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. diri akan berasa tdk yakin pada diri sendiri.

6. Tidak boleh membantah
Bukan saja kemahuanya harus diikuti, ia juga tidak boleh dibantah kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibantah anda menjadi mangsanya, ketika ini wanita akan berasa takut tapi lelaki pendera ini sangat pandai merayu dan memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikapnya seolah-olah ingin menyatakan bahawa anda juga turut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. jadi mahu tidak mahu anda turut merasa bersalah.

7. Sentiasa menyalahkan
Walaupun dirinya yang melakukan kesalahan tapi sedaya upaya meletakkan kesalahan pada orang lain. Lebih serius jika dia meletakkan kesalahan itu pada diri anda sendiri.

8. Suka memberi hadiah
Semalam dia memarahi anda teruk-teruk, tetapi hari ini dia meminta maaf dan memberi hadiah-hadiah yang anda sukai sehingga anda tdk mampu memarahinya.

9. Mengawal Kewangan
Satu hal lagi, lelaki ini juga selalu mengawal kewangan anda/ isteri. Sekiranya anda bekerja, wang gaji anda mungkin diambil atau dikawal.

Wanita, elakkan diri anda dari menjadi mangsa penderaan!

Kenali ciri-ciri lelaki pendera

16 Komen:

Tanpa Nama berkata...

apa yang saya baca ni mmg ada pada tunang saya tp dia tak pernah memukul saya

Tanpa Nama berkata...

sbernarnya smua ni ada pada tunang sy tapi dia tak pernah pukul sy smpaikan sy x dapat lg hdup dlm penyiksaan dan kekokongan mcm ni...........

Tanpa Nama berkata...

setiap lelaki (dan perempuan) berpoptensi menjadi pendera kepada pasangan masing-masing, baik penderaan fizikal atau pun penderaan emosi..... keadaan dan cara kita bertindak yang menentukan segalanya.

Hidup adalah satu realiti.... menjadi indah apabila difantasikan, namun jika kita terus menetus berfantasi, kehancuran adalah realiti yang menanti...

Tanpa Nama berkata...

semua neh ade pada Ex-BF..kaum hawa tolong jangan terpedaye.. walaupon org macam neh sgt caring..sila berhati-hati

Wanita Melayu berkata...

my bf use to hit me ..and he said sorry..im so in love wit him that i let him do so..what should i do? leave him or stay??? hmm...

Tanpa Nama berkata...

semoga tuhan melindungi ku dri lelaki sebegini..

Tanpa Nama berkata...

Syukur pada tuhan.. suamiku tidak tergolong dlm golongan ini..

Tanpa Nama berkata...

saye bingung dgn ape yg tlh sy bce .. sebab ade baek n buruk yg trdapat ngn bf sye sperti yg tlh sye bce .. mungkin saye tak berape memahami ataw mengenalinye lagi :( emm ..lagi pun saye ngn bf berknalan da dekat 4 tahun dan susah na mengenalinye .. jumpe pon ta pernah cme nmpak gambar n sms koling tu jee emm .. tahun depan na msk 4tahun da hbungan ngn si diee .. tp sye percaya jodoh yg Allah berikan pasti yg terbaek .. Alhamdulillah segalanyee .. doakan sye yee Trima kasih ..

Tanpa Nama berkata...

Jika dia seorang muslim dan menjaga sembahyang 5 waktu nya, walaupun dibelakang kamu atau orang lain, namun sembahyang tetap dijaga, insyaAllah selamat. lebih² lagi jika dia suka sembahyang tahajud.

Tanpa Nama berkata...

dengan kebijaksana yang dianugerahkan kepada kita,harimau dan gajah yang garang pun boleh menjadi jinak, inikan manusia... insyaallah dengan pertolongan dan perlindungan Allah kita akan bahagia dengan pasangan yang kita pilih..

I am a girl berkata...

smua ciri-ciri kt ats memang ada pd bf sy....tp stiap kali bergaduh...ataupun sya buat masalah...dia x pnah marah sy..dan selalu buat co0l..dia jgk bnyk hbskan duit n tnaga...bkorban mcm2....tp bila baca artikel ni sy jadi takut pulak..apa perlu sy bt..:(

Tanpa Nama berkata...

Semoga saya dan wanita2 di luar sna dilindungi dari keganasan lelaki seperti disebut :)

Mady Bee berkata...

Pandainya manusia menilai manusia..maaf mungkin bercangah atau salah..saya sebagai seorang lelaki...saya rasakan apa yg anda tulis ini adalah silap dan salah..ada juga 30% yg betul anda tulis ini..tetapi bagi saya anda silap kaji atau menilai seseorang dgn pandangan mata anda sendiri..kerana lelaki bukan semua begitu..ada yg ada sedikit ciri2 seperti yang anda tulis..tp bukan pendera..maaf yer.."Tiada seorang pun yang boleh menilai manusia selain ALLAH"

Tanpa Nama berkata...

5 nn smbiln je sy xde,,,,tp xde la pukul tnang pom,pompuan pom x,,,rai je lki yg cmbru,sy pomxsuke owg bnth,xjd pndera pom,rmai lki yg trsa ad cri2 ni tp bkn pndra,suami yg baek plop...sbaek nye jgn mnlai

Tanpa Nama berkata...

sumanyer benar belaka..sy pnah mjadi mgsa.skrg dlm proses cerai

dev,blog cicinta berkata...

Apa yg kubaca diatas,itu yg terjadi pada q saat ini
dan kini aku kecewa,teerluka.devi cikarag

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.