Belia sangat istimewa dalam sesebuah struktur masyarakat yang besar kerana golongan ini lahir di antara dua kelemahan iaitu kelemahan zaman kanak-kanak dan zaman tua. Kedua-duanya membutuhkan bimbingan dan pertolongan.
Allah SWT berfirman bermaksud: "Allah yang menciptakan kamu bermula dari keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikan kamu kuat. Selepas itu, ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang di kehendaki-Nya, dan Dialah juga yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa." (Surah Ar-Rum, ayat 54)
Ayat ini menunjukkan antara kedua-dua fasa lemah dalam kehidupan manusia itu ada satu fasa di mana manusia mencapai kekuatan. Fasa inilah yang menempatkan golongan muda belia yang mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental, idealisme, keinginan mencapai sesuatu, aktif, dinamik dan mahukan perubahan.
Pendek kata, zaman belia adalah zaman penuh kegemilangan jika ciri-ciri itu dimanfaatkan dan disalurkan melalui wadah yang betul. Oleh kerana golongan belia ini sangat istimewa, pembinaan dan pembangunan identiti serta jati diri belia menjadi salah satu agenda utama negara dan agama.
Golongan belia adalah golongan yang akan mewarisi tampuk kepemimpinan negara pada masa depan. Golongan kepemimpinan belia inilah yang mencorakkan hala tuju sesebuah negara dan kemajuan agama Islam pada masa akan datang.
Menurut sejarah, golongan belia adalah pendukung dan aktor utama dalam pengembangan dan kegemilangan Islam yang menguasai satu pertiga penduduk dunia. Tokoh besar seperti Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Ashab Al-Kahfi, Saidina Ali dan sahabat Rasulullah lain ialah contoh belia dikisahkan dalam al-Quran.
Islam menggesa golongan belia memainkan peranan sebaik mungkin kerana mereka menggalas tanggungjawab besar. Namun, apa yang membelenggu minda belia sekarang, mereka cenderung menggunakan masa muda dengan perkara sia-sia dan memenuhi agenda kehidupan dengan aktiviti berunsurkan hiburan yang melampau (hedonisme).
Kalimat 'muda hanya sekali' yang diwarisi secara turun-temurun menjadi kata kunci untuk mereka menghalalkan aktiviti tidak berfaedah hatta melanggar syariat agama. Mereka beranggapan masa muda adalah masa bergembira dan melakukan segala-galanya.
Apabila umur masuk 40-an, barulah mereka akan fikir mengenai akhirat, duduk di masjid dan beramal. Itupun bagi mereka yang mempunyai kesedaran, jika tidak mereka akan terus hanyut dengan kehidupan muda walau sudah lanjut usia.
Imam Hasan Al-Banna begitu mengambil berat pembinaan golongan belia dan pemuda dengan menekankan empat kriteria penting yang tersemat dalam diri setiap belia.
Beliau menyebut: "Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didukung, wujudnya keikhlasan dalam mendukungnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat istimewa pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa, pemuda menjadi tonggak kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendukung panjinya."
Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk." (Surah al-Kahfi, ayat 13)
Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Gunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan: sihatmu sebelum datang sakit, lapangmu sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang hari tua, kayamu sebelum datang kemiskinan dan kesempatan masa hidupmu sebelum datang kematian."
Oleh kerana zaman belia adalah zaman paling gemilang dalam kehidupan manusia maka kitalah yang bertanggungjawab melaksanakan misi agung itu.
Harapan kepada belia Islam boleh diungkapkan melalui ucapan Imam Hassan al-Banna: "Kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh yang bercita-cita tinggi. Kita mahukan jiwa yang dapat membayangkan betapa tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya."
Oleh Faridah Mohd Tap
Manfaat Usia Muda Belia

0 Komen: