Cantik Belum Tentu Menarik : Tip Menambat Hati Lelaki


Share on Tumblr
Adakah pada zaman remaja anda sering dimomokkan dengan tanggapan tiada siapa yang akan 'berkenan' dengan anda dan apabila berada di kalangan khalayak, anda berprasangka tiada seorang pun perasan dengan kehadiran anda?

Mungkin juga anda sering berasa keseorangan dan berasa rendah diri disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan lain.

Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan istimewa dengan memiliki wajah yang mempesona.

Namun, sekiranya difikirkan lebih mendalam, mungkin bagus dilahirkan 'kurang sempurna' dari segi penampilan wajah agar tidak terasa riak dengan kecantikan yang dianugerah Tuhan.

Siapa kata insan yang tidak dianugerahkan dengan raut wajah yang kurang sempurna tidak boleh menambat hati orang lain?

Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing.

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu satu perkara yang subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain.

Banyak kajian menunjukkan biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang akan tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu saja yang memikat hati mereka.

Ini dibuktikan apabila ramai pasangan yang berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik tetapi akhirnya bercerai dan sebaliknya berlaku.

Percayalah, biarpun ramai di kalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka, namun mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta.

Rahsia di sebalik kata orang bijak dahulu kala ialah dalam setiap perhubungan, ia bukan bagaimana cara anda kelihatan (kecantikan) tapi bagaimana lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting.

Kecantikan sebenar lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihat sebagai gadis biasa dan tidak glamor.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki:

Cinta

Panduan Menambat Hati Lelaki Pujaan

Beri perhatian penuh

Golongan lelaki sukakan wanita yang sering memberi perhatian penuh kepadanya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberinya keyakinan.

Anda penghibur yang baik

Ramai di kalangan wanita yang kehilangan cinta mereka kerana membawa terlalu banyak akses bagasi beremosi selain ada agenda yang tersembunyi dan perengus. Jadilah individu yang menyenangkan pandangan pasangan anda dan melembutkan jiwanya.

Boleh memasak biarpun sedikit

Memang benar, memikat lelaki menerusi perutnya. Ambil kelas memasak atau bertanyakan kepada ahli keluarga mengenai hidangan masakan kegemarannya.

Boleh masuk dalam semua keadaan

Sekiranya anda boleh menyesuaikan diri dalam setiap kegemarannya, mempunyai bakat dan boleh pula bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakan si dia tanpa masalah, ini lebih bagus. Menjadi seorang rakan kongsi kepada si dia bukannya seperti tunggul yang tiada berfungsi.

Jadi seorang yang 'pandai'

Lelaki sebenarnya sukakan wanita yang cerdik dan pandai menguruskan diri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri dan sering bercakap besar dengan kebolehan anda itu.

Jadi diri anda sendiri dan jangan jadi orang lain ketika bersama golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi dirinya seperti ibunya, adiknya, kawan-kawan dan sebagainya. Sekiranya anda seorang perempuan, jadilah seorang perempuan yang feminin dan bukannya maskulin.

Cari persamaan

Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam.

Hampir dengannya

Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir dengan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya.
Cantik Belum Tentu Menarik : Tip Menambat Hati Lelaki

10 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ok...sy akan try untk menambat hati jejaka yang saya minati tu..i love you so much,saya harap saya dapat menjadi yang tebaik untuk awk.coz saya sayang kat awak plez bagi saya peluang yang kedua sayang.......

Zubaidah berkata...

selalunya,orang cakap,alau tak ada kekasih sekarang,ALLAH akan mengatur jalan cerita cinta yang paling best untuk kita.Betul kan....

adiq chicky cute berkata...

haha...cinta nie tk semestinya lahir dari kecntikan...mlah dari gerak geri kita...kecantikan tue tk penting sngat bg lelaki klau bnar syg dgn kita dn mahu hdup dgn kita..dn dia mesti la terima kita seadanya...:))

jessica berkata...

..sy dgn lelaki pujaan sy 2 bnyk persamaan..tp masalahnya..dia guru sy kt sklh..apa itu mungkin..pelajar bercinta dgn guru..lg pon kami jauh berbeza..cnthya dr segi agama..sy dgn dia dh rapat sgt...dh mcm sepasang kekasih...tp...belum pasti sy dh dpt memikat hati dia atau tidak..erhrmmmm...sy akan cuba tip yg lain..

Tanpa Nama berkata...

ermm walaupun saya dah baca tapi saya xda keyakinan nak bagi taw at lelaki yg saya suka 2 ..

Tanpa Nama berkata...

Ok...saye akan try buat,mcm tu..

Tanpa Nama berkata...

macm mna klau kta mnat kt seseorang la????:(

Shahzura Ismail berkata...

anda mahukan tips kecantikan dan perlangsingan jom blog walking di sini,insyallah boleh membantu
http://beautyfocuslife.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

tips yg baik,tq yer;)

Top Niaga berkata...

terima kasih untuk artikel. sangat2 berguna untuk saya :)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.