Adab dalam menuntut ilmu
1. Ikhlas dalam menuntut ilmu
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat." (Riwayat Ibn Hibban)
2. Sedia berkorban terutama dari segi masa dan harta, malah sanggup menempuh kesulitan sepanjang tempoh menuntut ilmu.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (Riwayat Muslim)
3. Menghormati guru dan rakan yang lain
4. Mengamalkan ilmu dimiliki (khususnya ilmu berkaitan ibadat).
5. Jangan berbangga dengan ilmu dituntut.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan kalangan ulama atau untuk berdebat dengan orang bodoh atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu, maka nerakalah tempatnya." (Riwayat Ibn Hibban)
6. Tidak pernah mengenal jemu.
7. Jangan lupa berdoa kepada Allah, antaranya: "Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang yang sesat."

1 Komen:
ble ka sya minta ajar ilmu untk prampuan