Lelaki Susah Luah Kata Cinta


Share on Tumblr
Lelaki Sukar Luahkan Perasaan Cinta
Berbanding perempuan, ada sesetengah golongan lelaki yang memang dikenali sebagai insan yang sukar untuk meluahkan kata-kata cinta kepada pasangan mereka, selagi mereka bukan lelaki kasanova.

Biarpun bagi wanita apalagi setelah menjadi isteri, luahan kata-kata cinta daripada suami diperlukan untuk menguat atau meyakini kecintaan mereka daripada suami.

Perbezaan yang ketara ini adakalanya tidak difahami oleh isteri menyebabkan mereka gagal untuk memahami apakah suami mereka itu benar-benar menyayangi mereka atau sebaliknya.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang golongan isteri boleh perhatikan daripada sikap suami dan bagaimana mereka melahirkan kecintaan itu biarpun tanpa tiga ucapan kata yang bermakna berkenaan sebagaimana sebahagian ciri-ciri yang dibentangkan di bawah.

1. Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya

2. Dia mungkin keberatan untuk berbelanja barangan yang mewah untuk dirinya namun dia sanggup membelikan barangan berharga untuk anda pada hari yang istimewa

3. Selepas makan malam dia membantu anda membasuh pinggan dan membuang sampah daripada hanya menonton televisyen

4. Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat

5. Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda

6. Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda

7. Dia akan cuba menenangkan anda sekiranya anda rasa bosan dan sanggup membelikan tuala wanita untuk anda sekiranya anda memerlukan

8. Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda melakukan apa yang anda mahu sedangkan dia sendiri bosan dengan aktiviti itu

9. Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda

10. Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu

11. Dia tidak kisah dengan kisah silam anda dan paling penting sekiranya dia ke mana-mana dia mahu anda bersamanya

12. Jika anda sakit, dia akan berada di samping anda

13. Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari


14. Dia sanggup bersama anda memilih baju berjam-jam lamanya di pusat membeli-belah dan rasa risau sekiranya melihat anda tidur awal kerana takut anda sedang sakit

15. Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu

16. Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa sedap

17. Dia selalu memakai jam tangan yang anda belikan biarpun tidak mahal berbanding dengan apa yang dia ada

18. Tidak melupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup anda. Bila anda mengalami kenaikan pangkat atau apa sahaja yang istimewa, dialah insan yang paling gembira melebihi anda

19. Dia tidak pernah memaksa anda melakukan sesuatu yang anda enggan lakukan dan sekiranya anda silap, dia akan memaafkan dan tidak pernah mengungkit kembali

20. Gemar memuji anda dalam kalangan anak-anak dan mengangkat barang-barang berat untuk anda ketika membeli-belah

21. Anda orang pertama yang akan diberitahu sekiranya menerima perkhabaran baik

22. Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang berbalah

23. Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama

24. Sekiranya dia mahu anda mengikut caranya, dia mahu anda berfikir kebaikannya terlebih dahulu

25. Menerima anda seadanya

Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.

Apa yang penting anda memberikannya cinta anda yang mendalam demi mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga anda. Tidak perlu si dia menzahirkan kata-kata cinta selalu sekiranya tidak ikhlas dan jujur dengan apa yang diluahkan.
Lelaki Susah Luah Kata Cinta

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Cerita cinta ini mengingatkan saya pada si dia...sebabnya kerana ciri-ciri dia ada pada yang dipaparkan...Cinta satu kurniaan dari yang esa...jadi orang yang menghargai cinta yang ada depan mata,dia adalah orang yang beruntung...Perempuan bukan senang untuk menyanyangi lelaki yang tidak dikenali..tetapi sekali lelaki itu mengambil berat tentangnya,,,perempuan tersebut akan mudah jatuh hati dan rasa selamat bila bersama lelaki yang disukainya...Bagi saya cinta itu subjektif sebab ada kalanya manusia tidak menunjukkan perasaannya tetapi sering berdamping dengan orang yang mula disukainya...Jadi tidak salah bercinta tapi ada batas-batasnya pula yang harus dijaga bagi seorang perempuan dan laki yang bukan muhrim....Good luck pada yang sudah menemui CINTA SEJATI....

Tanpa Nama berkata...

masih ade lagikan cinta dr llki cmni? untung lah yg dapatllki cmni..semoga bahagia.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.