Tips dan Cara Hilangkan Rasa Gugup


Share on Tumblr
Petua Hilangkan Rasa Gugup

Setiap daripada kita punya perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua.

Kebiasaannya ia datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :

1. Sentiasa Bersedia
Jika anda mempunyai mesyuarat yang penting seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika mesyuarat yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai mesyuarat tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menghadiri mesyuarat adakah disertai dengan pihak atasan yang lain. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.

2. Bertenang 30 Minit Sebelum Berlangsung
Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan ataupun sebarang mesyuarat dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.

Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.




3. Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif
Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.

4. Memberi Lebih Tumpuan
Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai.

Contohnya sedang memikirkan mesyuarat yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula.

Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.
Tips dan Cara Hilangkan Rasa Gugup

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

boleh berikan tip semasa berada di depan kelas bagi membuat presentation tanpa rasa gugup atau takut???

Tanpa Nama berkata...

tip untuk menghilangkan rasa takut semasa berada di depan kelas

Lepak@Ilmu berkata...

saya de masalah....pabila bertemu dgn kwn pompuan..pasti rasa malu...dan x tahu nak ckp ape...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.