Wanita Setia..
Wanita lebih setia berbanding lelaki. Ia bagai sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi wanita paling jarang menduakan atau curang pada pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.
Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.
Kenapa Wanita Lebih Setia Daripada Lelaki?
1. Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.
2. Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.
3. Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.
4. Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).
5. Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.
6. Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.
7. Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.
8. Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.
9. Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.
10. Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih. Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.
Wanita Lebih Setia Daripada Lelaki

7 Komen:
Sadly, number 10 is true. :(
Haha,tak jgak..ade je pempuan yang x setie.dan ade je lelaki yang lebih setie dari pempuan...
macam terbalik je.. patot pompuan tu kat tempat lelaki.
Laki2 emang payah.
Cari jodoh di jodohgue.com
xsmua prempuan kn y setia pda lelaki.
Salah semuanya....
Jgn pk setia seorang ppuan tu sama kategorinya dengan setia seorang lelaki..
klu nak diikutkan..xsure setia tu ada ke x pada ppuan..tp 100% sure ada pada lelaki wlu xsmua,at least lebih 50% lelaki adalah setia..nak bukti???
1.setia ni xmemerlukan peraturan,kekangan,halangan,fitrah
- perempuan nmpak setia sbb fitrahnya,hukumnya,halangannya,kekangannya memaksanya jd setia..klu ppuan gagal..cuma 1 gelaranya...jalang.. tp lelaki allah pn xletak hukum utk setia asal mmpu..tp lebih ramai lelaki yg pilih setia dari pilih lebih dari 1..klu allah xletak hukum kepada ppuan agaknya apa jd???????
2.setia xda syarat..
- ppuan yg bergelar isteri hanya akan setia pada suami yg penuhi syarat asas paling utama iaitu nafkah zahir...makan,pakai & tempat tinggal...klu ni xde,sori la...maybe mak mak kita dulu ada tp ppuan skrg?????? Dan terbukti secara fakta masih ramai suami yg menahan diri demi setia pada isteri yg dah manoupous..
3.setia xkan meletakkan tanggungjawab..
- ppuan akan sentiasa meletakkan tanggungjawab keatasnya pada seorang lelaki.tapi lelaki perlu bertanggungjawab atas diri sendiri..jika ppuan perlu bertanggungjawab atas diri sendiri seperti lelaki,adakah ppuan akan beri kesetiaan yang sama???????
kesimpulannya...bg sy ppuan takde yg setia...yg setia cuma lelaki.ramai ppuan pk sy merepek..tp sebnarnya ramai ppuan yg xpnh meletakkan diri di tempat lelaki sebelum berfikir..dan disebabkan ramai lelaki yg pilih pndekatan memenangkan ppuan,maka ramailah ppuan yg mrasa dirinya betul..dan ramailah yg kecundang dlm kehidupannya bkn kerana xmemahami lelaki tetapi xmemahami diri sendiri..
Ppuan bukan setia...tapi cuma TAAT...dua pkataan yg hampir sma mksudnya jika org xfaham..TAAT hanya berlaku pada seseorang kepada sesorang yg lebih tinggi darjatnya..cth anak kpd ibubapa,isteri pada suami,ppuan kpd wali2nya,ppuan kpd kekasih yg didalam fikirannya bakal menjadi suaminya..
so kpd kaum hawa..sukar memahami sesuatu xsemestinya sesuatu itu sering berubah ubah dan tidak tetap..mgkin kedudukan 'kaki' kita yg sebenarnya sentiasa berubah menyebabkan 'mata' kita memberi visual berlainan pada sesuatu yg ingin kita fahami walaupun hakikatnya ia berada ditempat yg sama..