Petua Jadi Romantik - Tunjukkan Sikap Romantik


Share on Tumblr
TIP JADI ROMANTIK

* Pandang mata si dia setiap kali bercakap

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu menahan godaan lelaki disayangi. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda setiap hari.

* Pakai pakaian sedondon

Biasanya, sesebuah keluarga gemar berpakaian sedondon menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan bila-bila masa saja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup memakai warna senada. Barulah nampak `sweet' bila berjalan bersama.

* Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia

Si lelaki memang berat mulut mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego tinggi melangit. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia sentiasa berbunga-bunga.

* Panggil si dia dengan nama manja dan lembut


Panggillah si dia dengan kata ganti nama romantik seperti sayang, baby atau honey berbanding memanggil menggunakan nama. Ini memberikan gambaran bahawa si dia orang terpenting dalam hidup anda.

* Kirimkan SMS cinta kepada si dia

Ambil masa seketika dan kirimkan SMS cinta kepada si dia. Katakan anda amat menyintai dan menyayangi si dia sepenuh hati anda. Pasti si dia berasa terharu selepas membaca SMS anda itu. Jangan lupa SMS si dia setiap kali sebelum tidur. Biarkan si dia tidur bersama ayat cinta anda.

* Tunjukkan bakat kesenian anda

Sekiranya berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak atau puisi tuliskan sesuatu yang ditujukan khas kepada si dia. Jika berbakat dalam bidang muzik, mainkan alat muzik seperti gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia. Kebanyakan wanita menyukai lelaki berbakat seni. Mereka tampak romantik dalam cara mereka sendiri.
Petua Jadi Romantik - Tunjukkan Sikap Romantik

6 Komen:

Unknown berkata...

hbcfhfchcfhcfdhch

Tanpa Nama berkata...

yeke cam gituu ??

Tanpa Nama berkata...

yeke nie saya nisa his cubalah tips ni menjadi ke tak heh

Tanpa Nama berkata...

perh best giler

Tanpa Nama berkata...

Ye ke? Ego lelaki mcm mana nak kurangkan? Susah betul.sll d abaikan. :(

Tanpa Nama berkata...

kan sweet klu ada sorg laki yg syg giler kat kita dan sanggup buang ego dye dwmi kita

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.