Bercinta tidak bermakna memiliki


Share on Tumblr
Pengongkong Cinta

Bercinta tidak bermakna kamu memilikinya. Ada kalanya kamu harus menghormati dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan rutin hariannya. Jom ketahui lima perkara yang menunjukkan kamu seorang yang suka mengongkong!

1.    “Kalau awak nak keluar, pastikan awak hanya keluar dengan saya sahaja tau!”
Tidak bermakna bila si dia menjadi teman lelaki / teman perempuan, kamu berdua harus menjadi seperti belangkas. Perlu diingatkan, si dia juga ada kehidupannya sendiri apatah lagi bersama kawan-kawannya. Jadi tidak salah jika kamu beri si dia peluang dan ruang untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

2.    “Saya nak password Facebook awak, tak kira awak kena bagi jugak!”

Cinta Remaja
Kata laluan Facebook bukanlah kunci segala kebahagiaan. Tidak bermakna jika si dia tidak memberi kamu kata laluannya, si dia curang di belakang kamu. Si dia berhak untuk membuat keputusan sama ada ingin memberi ataupun sebaliknya. Jadi kamu tidak berhak untuk memaksanya.

3.    “Kalau awak sayang saya, awak kena berpakaian seperti ini!”
Mungkin niat kamu baik untuk mengubah penampilan si dia supaya menjadi lebih cantik dan bergaya, namun ada kalanya sifat paksaan dan desakan kamu itu akan membuatkan si dia kurang selesa bersama kamu sekali gus menimbulkan persepsi yang kurang baik seperti kamu tidak menerima dia seadanya.

4.    “Bukannya saya tak sayang awak, saya cuma tak suka awak berkawan dan bercampur dengan dia orang!”
Memang tugas kamu sebagai pasangan adalah menjaga kehidupan sosialnya tetapi siapalah kamu untuk menghalangnya. Janganlah kerana kamu tidak berapa berkenan dengan rakan-rakannya, kamu memaksa si dia untuk terus menjauhkan diri daripada orang yang kamu benci itu. Mungkin dalam keburukan yang kamu nampak sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya. Jadi, elakkan daripada mendesaknya.

5.    “Kenapa lambat balas SMS saya? Awak buat apa tadi!”
Lambat membalas SMS tidak bermaksud si dia sudah melupakanmu. Kena ingat, mungkin ketika itu si dia sedang sibuk. Elakkan daripada berfikir seperti keanak-anakan dan berilah dia sedikit ruang selain menghormati masanya. Barulah si dia akan berasa selesa untuk bersama kamu.


~ Remaja


Bercinta tidak bermakna memiliki

7 Komen:

Bunda Bayi Modis berkata...

You have prepare Yourself & Your Heart if You find Pacar like this..
Anyway, Cinta ga mesti menghilangkan Hak2 Pasanganmu :)
What a nice Post..
Thanks from Indonesia.

Owner Kue Manado Bogor berkata...

Kami menyebutnya 'Possessive' dan sedikit 'Arogan' :)
Hehe..
Thx for a nice Posts.

Tanpa Nama berkata...

Cinta Tak Berarti Memiliki, Tak Berarti Membatasi & Tak Berarti Mengkebiri :)
Love this Quote...

Unknown berkata...

ilike this post.setuju sgt

chai zhou berkata...

cinta2 jge tp jgn nak lbh2 dari family dia nak jga ak org.stuju sgt admin

muhaimin al_anjaniy berkata...

Cinta pada Allah it yg lbh pnting drpda yg lain. blh kita cintai siap pun tp jgn melebihi cntany pd Allah.
+6287853006722

Tanpa Nama berkata...

fmly pown x mengongkong mcm tu . . . bru couple . . .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.