Adik-beradik bergaduh
Jika si ayah sibuk membela adik perempuan, sudah tentu si abang akan melenting bersuara kononnya pilih kasih. Kemelut dalam keluarga adalah perkara biasa namun jika tidak dibendung, ia boleh melarat sebagaimana kisah sebuah keluarga yang berpecahbelah sebaik ibu dan ayah mereka meninggal dunia
"Aku tak akan memaafkan dosa adik-adik aku dan sampai aku mati pun, mustahil aku lupakan apa yang mereka buat," kata seorang abang bersumpah membuang kesemua adik-adiknya selepas lebih lima tahun bergaduh berebutkan rumah peninggalan orang tua.
Isu ini bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya krisis adik-beradik dalam sesebuah institusi kekeluargaan berlaku tidak kira bangsa dan negara.
Mengikut statistik yang pernah diterbitkan sebuah majalah tempatan, isu pergaduhan adik-beradik berlaku hampir pada semua institusi kekeluargaan dan kebanyakannya berpunca daripada masalah iri hati dan perebutan harta.
Mahkamah sendiri banyak merekodkan kes membabitkan isu keluarga dan masalah berebut harta peninggalan namun kebanyakannya diselesaikan di luar mahkamah mengikut budi bicara ahli keluarga lain.
Kalau ikut persepsi biasa, adik-beradik tiri selalunya akan berdepan perselisihan pendapat. Namun hari ini ia tidak hanya berfokus pada mereka berlainan ibu atau bapa saja sebaliknya adik-beradik kandung sendiri ramai yang berlainan fikiran.
Mengikut Islam, pergaduhan dalam adik-beradik adalah satu dosa. Tidak bercakap lebih tiga hari pun sudah jatuh dosanya apatah lagi bergaduh bertahun-tahun lamanya.
Apakah punca terjadinya konflik adik beradik dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.
Mengikut perangkaan, isu perebutan harta adalah paling utama mengapa berlakunya pergaduhan dalam kalangan adik-beradik. Ketidakpuasan mengenai pembahagian harta menyebabkan pertalian darah menjadi renggang dan mencetuskan permusuhan berpanjangan.
Sama rata
Penyelesaiannya mudah. Di dalam undang-undang, termaktub dengan jelas yang setiap ibu bapa digalakkan membuat wasiat agar pembahagian aset kepada anak-anak atau waris mengikut perundangan dan adil selepas berlakunya kematian.
Namun sebelum membuat wasiat bertulis, sebaik-baiknya pemilik aset berbincang dengan peguam atau pihak yang arif agar pembahagian harta dapat dilaksanakan secara profesional.
Tindakan ini dapat mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati dalam kalangan anak-anak. Kepada remaja, kita harus ingat wang dan harta bukan kunci kebahagiaan, terimalah wasiat dengan hati terbuka.
Kita sepatutnya semai di dalam jiwa yang pertalian saudara lebih penting berbanding harta. Kalau anda yang kurang bernasib baik dengan menerima bahagian pa ling kecil atau mungkin tidak langsung ada, jangan sesekali membenci kerana ia akan menjadi permulaan kepada perpecahan keluarga.
Punca kedua paling banyak direkodkan pula adalah isu pilih kasih. Sikap ibu bapa atau waris yang pilih kasih akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu. Jika ibu bapa bersikap sedemikian, kita usah sesekali mengikut jalan yang sama.
Malah ada ketikanya, ibu dan bapa akan lebih menyayangi seseorang anak mereka dan ia ditunjukkan dengan jelas hingga menyebabkan yang lain terasa hati. Tapi rasanya sebagai anak muda yang jauh lebih motivasi hari ini, anggap itu satu cabaran bagi membuktikan yang anda tidak memerlukan layanan serupa bagi menjadi individu yang baik.
Layan adik beradik sama rata dan jangan sesekali membandingkan adik beradik kerana setiap insan ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan lupa anda terikut dendam hanya kerana kesilapan ibu bapa kita.
Luahkan isi hati kepada ibu bapa jika kita berasa diri terpinggir kerana tidak mustahil yang kebanyakan ibu bapa tidak sedar perasaan anak terguris gara-gara sikap mereka yang pilih kasih.
Jika berlaku perselisihan faham adik beradik, usah disimpan dalam hati. Maafkan kesilapan masing-masing dan cuba menyelami hati saudara kandung kita. Cara ini membuatkan kita lebih memahami dan ikatan adik beradik semakin erat.
Ikatan rapuh
Punca seterusnya yang menjurus kepada perpecahan institusi kekeluargaan adalah isu pentingkan diri sendiri. Walaupun dilahirkan daripada ibu yang sama, namun sikap kita dan adik beradik berlainan sama sekali.
Masing-masing mempunyai personaliti berbeza dan pasti ada yang bersikap mementingkan diri sendiri serta ego. Ia boleh terjadi kepada anak sulung, tengah atau bongsu. Sikap ini umpama gunting dalam lipatan, ia akan memusnahkan keharmonian keluarga jika tiada penyelesaiannya.
Justeru apa yang patut dilakukan bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku? Tali persaudaraan tidak akan putus selama-lamanya, terima dan fahami pertalian istimewa yang terjalin antara kalian.
Untuk hidup bahagia, setiap insan mesti belajar bertolak ansur dan bekerjasama. Tiada manusia di dalam dunia ini boleh hidup sendirian tanpa bantuan orang lain. Kita saling memerlukan dan ada kala kamu diperlukan untuk memberi sumbangan kepada adik.
Pada masa lain kita pula memerlukan bantuan adik, inilah putaran kehidupan walau di mana pun kita berada.
Fikir satu perkara, kita anak generasi muda zaman moden tidak perlu membesarkan sesuatu perkara yang masih boleh diselesaikan dengan cara yang berkesan.
Punca keempatnya pula adalah kerana hubungan kekeluargaan renggang disebabkan kerapuhan ikatan kekeluargaan sekali gus menyebabkan kasih sayang berkurangan dalam kalangan ahlinya terutama apabila berlaku perceraian atau perkahwinan kedua bagi ibu atau bapa.
Sukar bagi anak-anak terutamanya golongan remaja menerima kehadiran adik beradik tiri atau adik beradik kandung yang sudah lama terpisah akibat perpisahan ibu dan bapa.
Apa yang patut kita lakukan? Hidup ini umpama roda, ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita derita. Dugaan akan sentiasa datang menguji kesabaran kita. Lantaran, kita harus bersikap terbuka dan matang menghadapi dugaan yang berlaku dalam keluarga kita sendiri.
Kurang didikan agama
Buang ego dan cuba eratkan kembali hubungan dengan adik beradik. Ingatlah, permusuhan adik beradik tidak mempu nyai faedah dan mendatangkan kerugian semata-mata.
Walaupun rasa benci jelas di wajah, namun percayalah jauh di sudut hati kita tidak boleh menafikan kehadiran darah daging. Pupuk kasih sayang antara kalian, pasti ia akan membuahkan kemanisan.
Punca kelima rasanya paling perlu diberi perhatian iaitu kurangnya didikan agama. Asas didikan agama bukan saja dapat membentuk akhlak mulia, malah menjadi panduan kepada remaja untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Kurang didikan agama akan menyebabkan golongan ini hilang arah dan mudah dipengaruhi anasir negatif seperti kurang sabar, hasad dengki dan sebagainya. Unsur negatif ini menyebabkan remaja sering berselisih faham dengan adik-beradik sehingga berlakunya pergaduhan yang besar.
Malah ada yang sanggup memutuskan ikatan persaudaraan gara-gara terlalu mengikut rasa hati.
Jika ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap aspek agama, kita jangan menjadikan ia sebagai alasan untuk melakukan perbuatan negatif. Cari alternatif seperti belajar mendalami agama di sekolah, universiti atau berguru dengan pengajar bertauliah.
Ilmu agama akan membantu kamu mengurus kehidupan dengan baik dan menjaga kebajikan keluarga. Lantaran, tidak akan berlaku permusuhan saudara.
Termakan hasutan
Hasutan orang ketiga antara punca berlakunya pertelagahan antara adik-beradik. Keluarga kita sememangnya bahagia dan ikatan adik-beradik begitu erat tapi ia menjadi goyah apabila adanya campur tangan atau hasutan pihak ketiga seperti kekasih, saudara mara jauh atau musuh yang dengki dengan kebahagiaan yang dinikmati keluarga kita. Ramai yang tidak sedar mereka termakan hasutan pihak ketiga sehingga sanggup berpantang arang dengan adik-beradik sendiri.
Justeru untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu lebih berhati-hati apabila bergaul dengan orang luar selain keluarga kerana kita tidak tahu niat tersembunyi seseorang itu terutamanya mereka yang baru kita kenali. Jika pihak ketiga cuba memburukkan adik-beradik kita atau melaga-lagakan kita dengan keluarga, jauhkan diri daripada golongan ini. Tindakan paling penting, ceritakan perangai orang ketiga ini kepada adik-beradik serta keluarga agar mereka tahu perk ara sebenar dan tidak terpengaruh dengan hasutannya.
Perlu diingat, hubungan kita adik-beradik kekal sampai ke mati dan jangan sekali kerana sebab kecil kita sanggup membelakangkan mereka apatah lagi menjauhkan diri daripada mereka.
Jika ada masalah, keluarga adalah individu paling berkesan dan tepat untuk kita rujuk.
Oleh Murshid Eunos
Isu pergaduhan adik-beradik, perpecahan institusi kekeluargaan

1 Komen:
Ini buat berubah..