Tip tenang hadapi tekanan
Susah untuk lari daripada tekanan jika penyebabnya berpunca dari mereka yang rapat dengan kita.
Ungkapan yang mengatakan bahawa kita boleh memilih rakan tapi bukannya keluarga sudah cukup menyatakan bahawa segala peristiwa susah dan senang dalam hidup akan sentiasa dikelilingi keluarga, sama ada kita rela atau tidak.
Selain memberikan kestabilan mental dan keseronokan apabila dapat menjalani kehidupan yang baik bersama keluarga, sesetengah ahli keluarga juga boleh menyumbang kepada tekanan diri.
Menurut Pengkaji Psikologi Psych Central, Jane Collingwood, kanakkanak berada di tangga teratas yang memberi paling banyak tekanan dalam keluarga.
Ya, mereka membawa keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga tapi dalam masa juga amat meletihkan. Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata pertama, perubahan mendadak dalam rutin harian serta corak tidur sememangnya mengejutkan lalu memberikan tekanan baru antara pasangan.
Sama ada tinggal di rumah, berkerjaya, berkahwin, bujang, berstatus tunggal, mempunyai seorang atau enam anak, semua ini mempunyai cabarannya tersendiri.
Kekal tenang dan positif setiap masa adalah sesuatu yang sukar direalisasikan, justeru beberapa tip ini mungkin dapat membantu.
* Andai tekanan masih dirasai selepas beberapa hari dan tampak sukar untuk dikendalikan, cuba kurangkan ketegangan itu dengan:
1. Sentiasa ingat bahawa setiap masalah boleh diatasi dan berjaya diatasi oleh ramai keluarga lain sebelum ini.
Minta bantuan mereka yang pernah mengalaminya, sama ada secara bersemuka atau menerusi forum Internet dan cuba gunakan langkah yang mereka lakukan.
2. Susun semula keutamaan diri termasuk amalan atau tabiat positif yang dilakukan sebelum berlakunya perubahan itu. Jangan mengambil tugas atau tanggungjawab yang tidak perlu.
3. Apabila sudah berusaha melakukan yang terbaik, jangan rasa bersalah atau raguragu. Setiap ibu bapa mengalami tekanan dan kada ngka la ia boleh menguasai diri.
4. Menerima sebarang bantuan yang ditawarkan. Jika berkemampuan, mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan seseorang untuk membantu kerja rumah seperti pembersihan, membelibelah atau dobi terutama pada masa sibuk.
5. Mengambil nasihat daripada mereka yang dipercayai atau dapatkan khidmat nasihat khusus jika timbul isu besar.
6. Sediakan sistem fail kalis api dan berkunci terutama untuk dokumen penting.
7. Jaga kesihatan diri. Ambil masa untuk berehat seketika. Diri akan lebih proaktif dan positif selepas berehat.
8. Buat perancangan awal. Cuba sediakan keperluan sehari lebih awal agar dapat memberi lebih masa pada diri sebelum keluar rumah keesokannya.
9. Catatkan senarai dan gunakan kalendar.
Kita tidak mampu menghafal dan mengingati semua perkara.
10. Sentiasa berkomunikasi dengan anak. Ambil masa untuk memahami masalah mereka.
Seimbangkan kerja dan keluarga
Bekerja sambil membesarkan anak bukanlah perkara mudah meskipun menerima bantuan daripada pembantu rumah atau ahli keluarga lain. Kala diri mengalami saat sukar, ingat dan fokus kepada mengapa anda membuat pilihan ini.
Konflik antara kerja dan tanggungjawab pada keluarga sentiasa wujud jadi persiapkan diri sebaik mungkin. Bina rangkaian sokongan menerusi kenalan, mulakan tabung kecemasan dan kumpulkan tenaga diri agar dapat mengharungi masalah yang timbul kelak.
Jangan beri tekanan pada diri sendiri. Rancang awal dan segera dapatkan bantuan apabila diperlukan. Dalam masa sama cari penyelesaian kreatif.
Ibu atau bapa tunggal
Tiada siapa mengatakan menjadi ibu bapa itu mudah tapi ia tidak sesukar apabila menjadi ibu atau bapa tunggal. Salah satu aspek sukar menjadi ibu atau bapa tunggal ini ialah ketiadaan figura dewasa lain dalam rumah bagi menyokong serta membantu perkara yang berlaku dalam keluarga.
Namun banyak cara dapat mengurangkan tekanan yang dirasai itu, di samping ramai yang tidak kisah untuk tampil membantu meringankan bebanan yang ditanggung selama ini.
Idea untuk ibu atau bapa tunggal
* Wujud atau cambahkan beberapa sumber rangkaian sokongan antaranya bertemu dan berkongsi masalah sesama ibu atau bapa tunggal lain. Lebih mudah untuk mengharunginya jika ada beberapa individu yang dapat membantu.
* Pastikan kewangan dalam keadaan memuaskan. Perancangan yang baik bukan hanya dapat mengurangkan tekanan malah mengelakkan daripada masalah bertambah rumit.
* Sentiasa beri perangsang kepada anak dan beritahu mereka mengenai apa yang anda lakukan untuk memastikan mereka hidup dengan lebih baik.
* Bersikap terbuka dengan anak. Anda mungkin menganggap anak masih terlalu kecil untuk diceritakan keadaan sebenar tetapi anakanak sekarang bijak dan ada kalanya mereka boleh memberi cadangan bernas bagi memperbaiki kehidupan anda sekeluarga.
Paling penting jangan memburukkan bekas pasangan atau ahli keluarga lain di depan anakanak.
* Cari masa untuk diri sendiri. Pulihkan semula dalaman diri yang tercalar sebelum ini disebabkan perpisahan dengan pasangan. Sentiasa hargai diri dan tingkatkan keyakinan dengan percaya kepada kemampuan sendiri.
Tekanan daripada saudara-mara
Ramai dalam kalangan kita rasa bersalah jika tidak rasa seronok ketika menghabiskan masa dengan saudara-mara. Ia perkara normal dan sentiasa berlaku kerana kurangnya keserasian sesama sendiri.
Sama seperti kita mencari kualiti baik dalam bersahabat, perkara sama boleh dilakukan apabila bersama sanak-saudara. Walaupun sukar, cari sekurang-kurangnya satu kualiti baik yang ada pada mereka.
Apabila bersama sanak saudara
* Cuba letakkan jangkaan realistik. Jika berasakan akan wujud rasa tidak selesa, jangan rancang untuk bertemu terlalu lama. Tarik nafas dan katakan pada diri ia akan berakhir segera.
* Jika anda menjangkakan kritikan dan soalan yang memberi tekanan (bila ingin berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya), sediakan jawapan munasabah terlebih dulu.
* Andai kecewa atau sedih dengan apa yang dilakukan saudaramara terbabit, beredar seketika dari situ. Hubungi teman rapat dan luahkan perasaan padanya. Atau tidur seketika untuk meredakan ketegangan dalam diri.
Apabila dikunjungi sanak saudara:
* Rancang makanan yang akan disediakan, tempat tidur dan sediakan bajet tambahan untuk masa kecemasan terutama di hari perayaan.
* Jika mereka tawarkan diri membantu memasak atau mencuci pinggan mangkuk, biarkan mereka melakukannya.
* Andai timbul konflik, alihkan ketegangan itu dengan aktiviti fizikal seperti bermain badminton, karaoke dan sebagainya.
~ Harian Metro

0 Komen: