Cerpen Cinta Online - Gadis Merah Jambu


Share on Tumblr Kecacatan yang dimiliki oleh Zara tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupannya. Walaupun kecacatan itu dilihat sebagai satu penghalang dalam kehidupan, ia tidak membuntukan inspirasi dirinya sebagai seorang pereka fesyen yang berjaya.

Idea dan kreativiti yang dimiliki diaplikasikan dalam rekaan gaun-gaun anggun di butik itu. Zara sering menyendiri di bilik kecil di sebuah pejabat yang gah namanya. Namun, kerana kualiti dan bakat dirinya sebagai seorang pereka menjadikan dirinya begitu berharga kepada syarikat Maya Brindal Sdn Bhd di kota Kuala Lumpur.

Berselindung di sebalik selendang putih, Zara menutup pipinya yang berparut kesan cuka getah yang dilemparkan oleh ibunya atas marah yang tidak terhingga kepada bapanya yang curang. Bapanya meninggal dunia kerana kesan asid yang hampir melecur di seluruh tubuhnya.

Zara menjadi yatim piatu apabila hukuman mahkamah menjatuhkan ibunya bersalah dan dihukum mati kerana membunuh dengan niat. Kecelaruan hidup akibat peristiwa tersebut, Mak Su Rina yang bersimpati membawa Zara ke kota gah itu. Menghantarnya ke sekolah menjahit hingga ke peringkat profesional dan sehingga dia bekerja di Maya Brindal Sdn Bhd.


Butik itu dahulunya dimiliki oleh Mak Su Rina namun hutang yang berlambak menjadikan butik milik Mak Su bertukar tangan dengan Aunty Zetty yang penuh dengan tipu helah. Kekecewaan Mak Su Rina bertambah apabila setiap rekaan di butik itu turut menjadi hak mutlak Aunty Zetty.

Keayuan Zara sebenarnya hanya berselindung di atas kecacatan yang dimiliki. Jika dilihat dirinya yang sebenar dia layak malah boleh menandingi model yang selalu mengunjungi butik itu untuk memperagakan gaun rekaannya. Hanya parut di wajah menutup kecantikan yang dimiliki oleh Zara.

Namun Aunty Zetty buta menilai kerana dia hanya melihat kecacatan wajah Zara. Keangkuhan dan sikap bongkak Aunty Zetty mengubah namanya kepada panggilan ‘Jelik’ yang meniti di bibir Aunty Zetty tiap hari. ‘Jelik’ adalah panggilan yang sesuai bagi Zara dan sebagai seorang tukang jahit, katanya. Tidak layak bertemu sesiapa dan Aunty Zetty yang jahat mengaku itu semua adalah idea dan rekaan hasil inspirasinya sebagai tuan punya butik terkenal itu.

Kehalusan dan rekaan yang sentiasa berkembang mengikut trend masa kini menarik minat seorang wartawan iaitu Badri Shah untuk membuka rahsia rekaan yang menjadi bualan pereka-pereka terkenal. Mana tidaknya, butik itu sentiasa menerima kunjungan model, pelakon malah sentiasa menjadi penaja pakaian kepada majalah-majalah terkenal.

Badri mengunjungi butik itu dan diberi kepercayaan oleh Aunty Zetty untuk berada di butik itu untuk tujuan promosi. Yang menjadi kehairanan Badri adalah rekaan yang selalu digahkan oleh Aunty Zetty itu sebenarnya menjadi tanda tanya. Ini diperakui oleh sepupu Badri, Laila yang memenangi hadiah untuk mengikuti kursus di butik itu setelah membeli sehelai gaun eksklusif.

Aunty Zetty hanya muncul sewaktu penyampaian sijil, tidak seperti yang sering digembar-gemburkan Aunty Zetty yang akan mengajar menjahit malah mereka gaun di butik itu.

Namun sepanjang bengkel kursus itu, hanya dilihat wanita berselendang putih yang dipanggil oleh Aunty Zetty, Si Jelik untuk mengajar malah mereka rekaan gaun-gaun yang mengagumkan. Sepanjang bengkel itu, Si Jelik mereka rekaan yang begitu hebat malah hasil jahitannya sama dengan kepunyaan Aunty Zetty.

Yang menjadi tanda tanya adalah setiap kali ada pengunjung yang mengunjungi bengkel itu, Si Jelik akan berlari ke dalam bilik kecil dan Aunty Zetty akan berpura-pura mengajar dan menjahit gaun-gaun itu kepada Laila. Setelah mengikuti kursus itu, Laila memberitahu Badri supaya membongkar rahsia di sebalik Maya Brindal Sdn Bhd.

Kedatangan Badri ke Maya Brindal disambut baik Aunty Zetty apabila Badri memberitahu bahawa promosi yang dibuat untuk Maya Brindal kali ini dibuat secara besar-besaran. Namun di sebalik promosi ini, Badri cuba membongkar rahsia di sebalik kejayaan Maya Brindal. Sewaktu Badri tiba di butik itu, Badri terpandang seorang wanita berbaju kurung ungu dan berselendang putih dan berambut panjang. Malangnya wajahnya tidak kelihatan.

Badri teringat kata-kata Laila yang mengatakan wanita berselendang putih itu adalah Si Jelik. Dia sentiasa ada di butik dan tempatnya di sebuah bilik kecil. Wanita itu hanya akan muncul sekali-sekala di butik itu. Aunty Zetty mengeluarkan koleksi rekaan-rekaannya. Amat mengagumkan kerana semuanya tampak eksklusif.

Namun apabila teringat kata-kata Laila perasaannya menjadi sedikit curiga. Badri membelek-belek koleksi setiap gaun itu. Didapatinya setiap gaun itu tertulis perkataan “Zz” yang menunjukkan ia direka khas bagi seseorang pereka. Namun jika diteliti secara luarannya ia sangat berkait dengan nama Aunty Zetty yang memungkinkan rekaan itu sah miliknya.

Sewaktu Badri membelek setiap koleksi gaun-gaun itu terpandang olehnya seorang wanita membawa sehelai gaun hitam. Badri cuba menegurnya. Wanita itu hanya merenungnya di sebalik selendang putihnya.

Badri terkesima kerana lirikan matanya begitu cantik. Kenapa ia menutupi wajahnya dengan selendang itu? Siapa wanita yang membawa gaun hitam itu?

Sewaktu Badri mahu membuntuti wanita tersebut, tiba-tiba muncul Aunty Zetty. Hasratnya terbantut di situ. Dia menyibukkan dirinya dengan berpura-pura mengambil gambar. Dan dilihat ketika itu, Aunty Zetty berjalan menuju ke lorong belakang di mana wanita berselendang itu pergi. Dengan perlahan-lahan Badri mengekori dan tiba-tiba dia terdengar perbualan Aunty Zetty dengan seseorang.

Mereka seperti berbuat perjanjian hak milik rekaan. Terdengar herdikan kuat Aunty Zetty kepada seseorang yang dipanggil Si Jelik. Di situ Badri terus mengambil kamera dan merekod setiap perbualan mereka. Kini Badri mengetahui kebenaran yang diperkatakan oleh Laila. Badri perlu membongkar rahsia Maya Brindal. Apa kaitan Si Jelik dan Aunty Zetty? Dan apa kaitan “Zz” di setiap rekaan itu?

Petang itu seperti biasa Zara menemui Mak Su Rina. Kali ini kedatangannya diberi sesuatu oleh Mak Su Rina. Sekeping kad yang tertulis sebuah klinik perubatan. Mak Su menyuruh Zara menemui doktor yang tercatat di dalam kad yang diberikan.

Rupa-rupanya Mak Su telah mengaturkan pembedahan kecil untuk merawat kecacatan di pipi Zara. Zara terdiam namun untuk meneruskan hasrat hatinya dan impiannya untuk merampas kembali butik tersebut, dia bersetuju dengan rancangan Mak Su Rina.

Rekaan terakhir gaun hitam telah diserahkan kepada Aunty Zetty awal pagi tadi. Kesemua koleksi rekaannya akan diperagakan oleh model-model terkemuka berikutan promosi besar-besaran untuk tahun ini. Jadi waktu ini, Zara tidak diperlukan di butik itu.

Rancangan bersama Mak Su Rina perlu diteruskan. Mak Su Rina mahukan selepas pembedahan itu, Zara tetap perlu menyorokkan wajahnya dengan selendang dan mekap khas bagi memastikan Aunty Zetty percaya yang dia adalah Si Jelik yang sering diperkatakan.

Seminggu berlalu, pembedahan yang diaturkan berjalan lancar. Zara kembali ke butik bilik kecil miliknya. Malangnya, sewaktu dia tiba di bilik kecil di butik itu, semua koleksi rekaan yang asli telah tiada. Ia telah dicuri oleh seseorang. Setiap rekaan yang dibuat itu mesti telah diambil oleh Aunty Zetty, pada fikirannya.

Ketika itu dia mahu berjumpa dengan Aunty Zetty namun apabila teringat akan rancangannya dengan Mak Su Rina dia membatalkan hasratnya. Rancangannya supaya dia muncul di pentas peragaan pada malam promosi itu dengan gaun rekaannya. Dia mahu melakukan kejutan dengan wajah barunya nanti. Dia mahukan hasil titik peluhnya diketahui umum bukan dieksploitasi oleh Aunty Zetty. Dia mahu membantu Mak Su Rina untuk mendapatkan kembali butiknya yang telah ditipu oleh Aunty Zetty.

Badri menarik nafas lega ketika dia berjaya membawa keluar rekaan milik Si Jelik. Dia cuba membongkar rahsia rekaan itu. Dia menukar setiap nama rakaman yang akan ditayangkan pada malam promosi itu dengan bantuan Laila. Ini akan memberikan kejutan kepada Aunty Zetty. Badri yakin bahawa rekaan itu adalah hak milik Si Jelik. Ini terbukti kerana setiap rekaan yang dibuat oleh pemiliknya disimpan di dalam fail koleksi rekaan “Zz”.

Sewaktu membelek koleksi rekaan itu, sekeping gambar terjatuh dan dilihatnya gambar seorang gadis yang cantik namun ditutupi dengan kecacatan di pipinya. Badri terdiam melihatnya. Adakah wanita itu Si Jelik?

Persiapan untuk malam promosi itu perlu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Namun Badri perlu berjumpa dengan Si Jelik. Dia perlu menolong Si Jelik. Hanya kerana jelingan Si Jelik, Badri jatuh cinta. Jatuh cinta dengan keayuan yang diselindung di sebalik selendang putih itu. Jatuh cinta dengan kesungguhan dan keunikan rekaan Si Jelik.

Seperti yang telah dirancangkan, Badri berharap malam promosi itu akan berjalan lancar. Begitu juga dengan Zara. Malam ini tiada lagi Si Jelik yang sering disebut oleh Aunty Zetty. Yang akan muncul hanya Zara Zaireen.

Petang itu, Aunty Zetty mencari Si Jelik namun hampa. Yang ditemui di bilik Si Jelik hanyalah selendang putih. Aunty Zetty tidak mempedulikan Si Jelik lagi kerana malam ini adalah hari paling bersejarah bagi dia dan Maya Brindal Sdn Bhd. Dia mengunci bilik Si Jelik dan dia tahu Si Jelik tidak akan kembali ke situ untuk menuntut hak rekaannya.

Baginya, Si Jelik sama bodoh seperti Rina. Badri berjalan menuju ke bilik kecil Si Jelik. Namun didapati pintu bilik itu telah dikunci dari luar. Dia cuba mengetuk jika Si Jelik ada di bilik itu namun hampa. Sewaktu dia berjalan keluar dia terdengar tangisan kecil. Dia mendekati wanita tersebut. Badri terkejut apabila wanita itu berpaling ke arahnya. Ada parut wajah yang mengerikan dan wanita itu terus lari meninggalkan Badri.

Malam promosi itu berjalan dengan baik. Acara yang ditunggu adalah model-model terkenal akan memperagakan gaun rekaan daripada Maya Brindal Sdn Bhd. Setiap rekaan begitu hebat dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelbagai pihak. Media membuat liputan meluas ke atas promosi yang dibuat secara besar-besaran itu.

Zara ketika itu telah bersama-sama dengan model-model yang akan memperagakan gaun-gaun tersebut. Zara telah bersiap sedia dengan gaun rekaan yang telah direka khas untuk dirinya dan malam itu.

Di saat model terakhir memperagakan rekaan gaun itu, Zara dengan bersemangat keluar memperagakan rekaannya. Dia mendapat tepukan gemuruh. Aunty Zetty terpinga-pinga. Dia mengetahui bahawa koleksi rekaan pada malam itu terlebih satu. Dan rekaan itu seperti dikenali rekaannya.

Pada waktu yang sama, Badri telah menjalankan rancangannya. Pengumuman rekaan oleh pereka sebenar membuatkan Zara terkesima. Dia berhenti di atas pentas peragaan itu. Pada rakaman visual itu orang ramai melihat rekaan asli yang dibuat oleh Zara. Dan ketika itu juga Badri dan Aunty Zetty terpandang model yang berada di atas pentas itu, lirikan matanya sama dengan Si Jelik. Aunty Zetty terduduk. Dia diserbu oleh pihak media.

Malam itu suasana menjadi kecoh. Zara berlari meninggalkan pentas itu. Baginya ia cukup memberi satu tamparan hebat kepada Aunty Zetty. Malam itu, orang ramai digemparkan dengan rekaan Si Jelik. Mereka mencari pereka sebenar namun gagal.

Badri ketika itu terdiam. Dirinya berfikir, adakah wanita selendang putih itu Si Jelik dan Si Jelik adalah wanita berparut yang mengerikan manakala model yang memakai gaun khas itu “Zz”?

Si Jelik dan “Zz” orang yang sama tapi berbeza? Badri cuba mencari jawapannya. Malam itu, Aunty Zetty ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut berkaitan dengan Maya Brindal Sdn Bhd dan rekaannya.

Pagi itu, Badri datang ke Maya Brindal untuk mengambil semua barang-barang sepanjang dia berada di situ. Sewaktu dia berkemas-kemas, terlihat olehnya wanita berselendang putih menyorong seorang wanita di atas kerusi roda. Dia yakin bahawa wanita itu adalah Si Jelik, “Zz” dan juga model yang menggayakan gaun rekaan khas malam promosi itu.

Namun semuanya masih kabur kerana dia tiada penjelasan untuk itu. Dia berjalan perlahan-lahan dan mendekati wanita itu. Dia menegur mereka berdua. Namun wanita itu mempercepatkan langkahnya meninggalkan Badri.

Tanpa disedari, selendang yang dipakai oleh Si Jelik ditarik oleh Badri. Maka terlihatlah kecacatan pada pipi Zara. Zara hanya terdiam dan meninggalkan Badri yang terpinga-pinga. Badri memerlukan kepastian dan dia pasti itulah Si Jelik pereka Maya Brindal. Dia menahan Zara kembali.

Dia meminta penjelasan siapa pereka sebenar di Maya Brindal Sdn Bhd. Dan dengan berani, Badri mengatakan dia jatuh cinta dengan pandangan pertama Zara walaupun dia tahu Zara adalah Si Jelik dan tidak seperti mana yang diimpikan. Badri menyatakan cintanya bukan pada paras rupa tapi kerana keunikan bakatnya malah dia menerima kekurangan Zara.

Badri bertanyakan kepada Zara siapakah model yang sama seperti wajah Zara. Zara menyatakan bahawa model itu adalah “Zz”, pereka yang sebenarnya. Badri semakin keliru. Waktu itu, Mak Su Rina memberitahu bahawa Badri perlu yakin akan cinta Si Jelik. Kerana cinta Si Jelik akan menjelaskan kesemuanya!

Oleh Nor Farasha Kudhory

Sumber: Mini Novella Harian Metro/ Fair And Lovely: Gadis Merah Jambu Cerpen Cinta Online - Gadis Merah Jambu

17 Komen:

zaraa Y. berkata...

erkkk...ni yang cerita gadis merah jambu kat TV tu kan..sari yanti

juniara berkata...

lbh krg..

jojo berkata...

x best la..

Tanpa Nama berkata...

xbest la...
cam xd ksdhn je

n!d@ berkata...

xbest lar
pengakhiran yg ntoh pe2

alya maisara berkata...

huhuhuhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

cter ape ni..
mn pengakhirannya??
cm xending je..

Tanpa Nama berkata...

wlau ape2pun tetap best..jgn isaw nor farasha khudhory..

Tanpa Nama berkata...

try hardest eaaaa.. nice story, dont be sadddd
=puccacute=

nurulieqa berkata...

nice stories!!!!!!!!!!!!!! penuh dengan suspen. what i want to say is " padan muka dengan aunty zetty tu lah suke aniaya orang.eiiiiiiiiiiiiiiiii geramnya nasib baik cuma watak .kalau betullah ada orang macam tu dah lama kena sepak .menyusahkan hidup orang je!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

dkt tv berapa eh ditayangkan cerita nie?

Tanpa Nama berkata...

kurang menarik

Tanpa Nama berkata...

knapa ending dia xbest???
patutnya smpai umum thu Zz 2 zara, si jelik...

Tanpa Nama berkata...

malas la nak baca sbb ramai yg kata x best....

Tanpa Nama berkata...

awal mcm best tapi last2 buat pening je..memang tak best pun

Unknown berkata...

sory to say,but really2 xfhm ngn cter nie...

Tanpa Nama berkata...

pening ar crita ni

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.