Namun, keadaannya berubah apabila saya berkenalan dengan seorang lelaki. Apa yang berlaku amat memedihkan hati saya.
Rupa-rupanya, dia sudah bertunang. Akibatnya saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan pil tidur. Tapi saya tidak telan banyak.
Kini, saya menyesal atas tindakan itu terutama sekali sikap saya terhadap ibu bapa.
Adakah saya patut meneruskan perhubungan dengan teman lelaki saya itu? Saya juga ingin kembalikan hubungan baik dengan ibu bapa dan jadi remaja baik. Tolonglah Dr.
KAMALIA
Kuala Lumpur
----------------
ADIK, walaupun ‘jatuh cinta’ adalah proses normal bagi remaja, tetapi bagi diri adik, kesannya amat mendalam. Kecurangan teman lelaki sangat memedihkan hingga me nyebabkan adik bertindak cuba membunuh diri.
Kesan lain ialah hubungan adik dengan ibu bapa tidak seharmonis dulu. Adik juga merasakan kini adik bukanlah seorang remaja yang sebaik dulu. Bagaimanapun, adik me nyesal dan ingin berubah untuk menjadi seorang insan yang kuat dan mengembalikan hubungan baik dengan ibu bapa.
Perubahan yang ingin adik lakukan adalah suatu yang positif dan hanya diri sendiri yang dapat mengubahnya. Mungkin juga dengan bantuan dan bimbingan orang yang hampir dan disayangi dalam kehidupan adik. Contohnya seperti rakan dan ibu bapa adik. Tahniah atas keinginan yang positif itu.
Pujangga, Hamka mengatakan bahawa cinta boleh memberi kekuatan kepada insan. Mengikut beliau, ‘cinta bukan me ngajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghem buskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat’.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kegagalan adik mendapat cinta yang jujur menyebabkan adik cuba mem bunuh diri. Begitu juga, adik bertukar menjadi anak yang sudah pandai melawan kata-kata ibu bapa.
Bagaimanapun, biarlah yang sudah berlaku dijadikan se bagai titik hitam yang boleh dijadikan pengajaran untuk adik menjadi insan lebih kuat dan matang.
Bak kata perpatah ‘Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora’. Adik juga kini menyesal atas tindakan itu dan ingin menjadi anak yang baik kepada ibu bapa adik. Tahniah Dr ucapkan atas keinginan untuk berubah ke arah yang lebih positif.
Dr akan lihat satu persatu permasalahan adik. Pertama ialah adik merasakan adik bukanlah seorang remaja yang baik akibat perbuatan adik. Dr berpandangan sikap adik yang menyesali tindakan sebelum ini membuktikan adik adalah remaja yang mempunyai sifat positif.
Keinginan untuk berubah membuktikan adik seorang re maja yang tidak baik.
Kedua, kenapa adik bertindak membunuh diri. Ia mungkin berlaku dari segi corak pemikiran dan emosi yang negatif. Apabila kita tidak berupaya mengawal emosi akibat ke kecewaan atas sikap curang kekasih adik, ia boleh me nyebabkan adik bertindak di luar batasan.
Usia adik yang muda mungkin membataskan pemikiran adik untuk berfikir dengan matang. Bagaimanapun, cinta membuatkan seseorang itu ‘buta hati’.
Islam melarang perbuatan itu. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda: ‘Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati dan jangan pula mendoakan sebelum mati itu datang sendiri. Kerana apabila kamu mati maka berhentilah kamu beramal. Sesungguhnya, bertambah pan jang umur seorang mukmin bertambah pula kebaikan yang diperbuatnya. (Terjemahan Hadis Shahih Muslim).
Jangan putus asa dengan rahmat Allah, hendaklah yakin dan berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas agama.
Ketiga, hubungan adik dengan teman lelaki.
Sikap teman lelaki adik yang sudah bertunang menunjukkan ia bukan perhubungan satu dengan satu. Jika ini corak perhubungan adik dengan teman lelaki, elok adik putuskan hubungan itu
Keputusan ini akan memberi keadilan kepada tunang teman adik itu.
Corak percintaan begini menyukarkan. Sebab itu, cinta perlu diiringi dengan akal. Seorang pujangga berkata ‘Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu eti kanya’.
Mengenai hubungan adik dengan ibu bapa adik. Dr memuji tindakan mahu memperbaiki hubungan itu.
Tentu ibu bapa gembira keinginan adik itu. Sebagai pelajar universiti, adik sepatutnya memberi fokus kepada pengajian adik bukan perkara-perkara tidak berfaedah.
Bersama Dr Sapora Sipon Cuba bunuh diri kerana kekasih
6 Komen:
biasa je 2..bunga bkn sekntum,kmbang bkn seekor.hua98
buat bodoh je..luangkan msa dgn kwn2 bnyak2.pergi shopping
dik nie lumrah kehidupan, sebelum Allah hadiahkan pelangi yang cantik, kite terpaksa harung lebatnya hujan...semoga tabah mengahadapi hidup ya..kuatkan semangat dan cuba sibuk kan diri dengan perkara yang berfaedah..:)
buat bodo jew....
jgn jadi bodo kerana cinta
umm bodoh..nye la...nk bnuh dr psal laki..die xnk ko doe..blah je lh..lg mau wat prngai bdoh...pe hal.