Indeks Cemburu Kaum Lelaki Mengikut Horoskop


Share on Tumblr Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja. Indeks Cemburu Kaum Lelaki Mengikut Horoskop

21 Komen:

Tanpa Nama berkata...

errmmmm...
x bleh pecaya...
obviously boleh bawa kepada syirik...
even kalau bidah pn boleh bawa kepada benda yang x ok, ni lagi lah horoskop yang datang dari ajaran yunani kuno

Tanpa Nama berkata...

kkdg,,betul jugak pe yg horoskop nie ckap..cz pe yg dowg ckap same betul cam diri aku..bukan nak syirik,,tp kebetulan..kita tabole pecaye sgt..

Tanpa Nama berkata...

any were mkn ade btl nya apa yg horoskop ckap....mnknada pd diri kt sndri....tp tk lh caya juga pn ada......?

Tanpa Nama berkata...

owh...yeke????tapi pape pun saye percaye sikap seseorang tu bergantung dengan keadaan family gak..tak semua orang same...

Tanpa Nama berkata...

bf aku pisces..tp xde la thp cemburunye cn2 sekali..kuat merajuk ada la..aku tgk dia jns yang cool jer..xde la smpai merayu2 cn2..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

no komen..hihihihihhi

Tanpa Nama berkata...

ni sekadar rujukan berdasarkan pemerhatian..

Tanpa Nama berkata...

ade btol nye pe yg sy bce nie..
tp syirik la nk pcye..
hurm...
mne 1 nie??
nk caye ke x??
heheh...

Tanpa Nama berkata...

jgn bace klu byk songeh.

KyRaYakuZa berkata...

Wah....mmg btl ramalan nie..
uhuhuhuhu...
Lelaki y jeles kuat nie mmg mnakotkan...
Kalo pompuan xpe..
Ahakss

Tanpa Nama berkata...

ntah la nak percya kew x..
kdang2 kebetulan sma..
so..
tp pa2 pon x bley cya sngat coz ia akn membawa kpada syirik..

Tanpa Nama berkata...

x leh d percayai info ni huhuuh...jauh panggang dr api heheh

sheera berkata...

hahaha betul 2 i sgt setuju tp semua itu gantung ada pd diri kita yang menilai hati n perasan nya sudah jadi fitrah boy dan gurl hee..he bg normal jee ??

dira berkata...

ni kajian scr universal..
so,xyah la cye sgt.stiap org allah jdkan b,beza.
terpulang pd diri stiap insan..
jauhi tilik2 ni..
bruk pdahnye.
salam

Tanpa Nama berkata...

prkare yg dbincgkn ni kdang2 bbtulan jer ...
yg xbtul lngsung pun ade....

Tanpa Nama berkata...

Huhu sebenarnya, benda ni smua syirik ni kalau percaya. Jadi biarlah benda ni jadi sekadar suka-suka.Tapi se elok2nya jangan tgk trus. Knapa perlu kita fokus atau ambil tahu ttg perkara2 remeh ini sdgkan isu yg lebih besar ada..

LaD!eS_PurPle berkata...

ghhhhaaa.......mcm xboleh cyerr jerk???huhuhuhu

kiji berkata...

ada betulnya..mungkin sebab ini kan kajian org..mcm dr fazila khamsa yg buat kajian tu..huhu

Tanpa Nama berkata...

saya tetap sayang awak even awak kuat cemburu . . sebab saya taw stiap kali awak cmburu . . awak sayng kan say sangat2 kan . . thanx awak . . .

~emallurvelle1511890703~

Tanpa Nama berkata...

urmmm xmudah untuk percaya.....

Unknown berkata...

X sngka,laki pon kwt cemburu.Yg pliknya,ble kte tanye bnyk kat dye,dye plak kata kte cemburu.Mne stu ni?????

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.