Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.
~ Penulis asal tidak diketahui. Kredit kepada penulis Ibuku Seorang Pembohong - Kisah Tauladan
40 Komen:
sedihnya......
rindu sgt2 kt mak
sedinya...
mama kta syang mama...
huhuhu...
mak sy pun dah xade...
SO SAD!!
i luv u mum....
(*_*)
hntr cite nie kt niena_5000@yahoo.com
hish sedih tu...gue syg sangat kat mak aku...luv you so much
aku syg sngt mak aku...
xsempt nk balas jasa mak aku.....
kisah penuh kepiluan yg meruntunkan hati sesiapa pun yg membacanya sekaligus memberikan kesedaran hati yg mungkin selama ini ditutupi oleh pembohongan seperti di atas...
hawa pun rindu sgt2 kat mama :'(
cdeynyer cter ni... nangis plak...
windu kt mak... abah... tggu kklong blik...
congrats writer...
i love my late mother,,,she always in my heart forever n ever ,,,,,
sedihnye...ingat kat mak sy..rindu sgat2
sedih sgt2 citer ni..berlinang air mata..
Hargailah ibu kta slagi hayat di kandung bdan...ibu kmi syang sgt2 kat ibu.. we love u so muucchhhh
mak...sayang mak..luv u...
cedihnya............nangis aq.....mak orang saaaaaayyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnggggggggggggg sangat kat mak
IBU..ANGAH RINDU IBU...
='(
aku nak mak aku...
lambatnye nak balik kmpung..
rindu mak.....
huhuhu...mama...i love u...sayang mama..cinta mama..rindu mama...
untung pada sesiapa pernah mrasa ksih syang
seorng ibu,,,
sejak lhir aq xpenah rse mcm yg korg rse..
pkataan 'mak' mmg xpnah aq sebutkan pda org yg sepatutnya aq pgil mak..
pda korg yang msih ad mak..jgn lah korg sia2 kannya..
gile lah punye sedih citer ni..
nanges aku dibuatnye..
tu lah orang cakap..
utamekan lah family kite dulu..
lagi2 r mak ayah kite..
takkan ade lagi dah penganti kat dunie ni..
AQ EMANG DR DLU RPAT NGN AYAH..NGN MK?BIASE2 JEW..BLER DA BIZ SKULA N DOK JAOH BWU AR AQ RPAT NGN MK..DA BIASE MK YG MCAK..HA,DOK LUA SUME BENDE KNE WAT SNDRI..BUT NOW,AQ LBIH HARGAI MAK..MAK LAH SGALE2NYE BG AQ..I LOV U SO MUCH MUM..WNDUNYER..GSER NK LIK JER NOW NEH..HIK2..
mak...ty syg makkkk!!!
ibu...
akak sayang ibu...
ampunkan sgale dosa akak ye...
aku cayang cagt ma aku.
walaupn mulutnyer asyik bising tp tanpa die cape la aku...
i luve u my mum.................
taktau nak kta pew..tp cte nie best...
q syang umi dan aba,,,
klian idola b9i ku,,,
i love u so much,,,
Pembohongan yang indah. Satu pergorbaranan tak ternilaikan. Kita sebagai anak seperti buta tak bertongkat. Tapi mengapa ? Menatap wajah mereka lama..... mulut terkunci
syahdu tol ak bce cite nih..teringat lak ak kat mak ak..rindu n sedey teringat pengorbanan ia kat ak slame nih..tq mum...luv u 4ever
sedeh giler...
nangis smpai tersedu-sedu aku...
sedih sgt2 bile bc ni...terbayg pengorbanan ibuku tercinte yg xknl erti penat...event skt die still kj kers..
i LLLLLOOOOOOVVVVEEEEE U IBU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Al fatihah buat ibu yang tersayang....semoga ibu di tempat kan di kalangan orang yang beriman amin....
saat ak terbaca crita nie..ak terigtkn arwah ibuku yg meniggl pd 24.2.2011..tarikh 2 tak akn ak lupa...ak syg ibu..tp sebelum ibuku menghembuskn nafasnya buat kali terakhir..ak sempat melafazkn ucpan maaf dan nah syg mok..ALLAH terllu baek dgnku..shggekn dye mmberi peluang tuk ak berbuat demikian..seandainya mlm 2 adlh mlm terakhir buatmu ibu..akn aku bahagiakn mu...AL-FATIHAH BUAT IBUKU...semoga ditempatkn bersama2 org yg beriman..amin...
Sedinyeee....sesungguhya ibu sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.Rindunyaa.... kat ibu terutamanya semasa berada brjauhan darinya. Ibu I love you so much.Pengorbananmu tidak dapat ku lupakan.
IBU...engkaulah RATU hati ku...syurga ku dunia dan akhirat...
ya Allah...sedihnye...syukur al-hamdulillah saya msi ada ibu..dan tiap hari seblm g kje saya peluk dan cium ibu.. terima ksih ats pkongsian cicite ni..btambah syg sy dgn ibu.. i love u ibuuuuuuuuuuu....
sO sad ~ mi , adq sygg umi smpi ke syurga.
cerita ni beri pengajaran buat kite sumee....tahniahh writer...baru kini aku sedar
saya baca ini sambil nangis
sumpah
ibu saya gg ada dsmping sya
rindunya
waduhhh,, jadi kangen sama Ibu,,,
Trkejut gak ble tngok tjk dye Ibuku Seorang Pembohong.X mngkinlah srg ibu snggup berbohong.Rupanya lepas baca,watak ibu dalam cite ni adalah wanita yg sngt tabah.Dye sanggup berbohong kepada anak2 sndiri & slalu kata dia mmpu hadapi sume ni.Samalah mcm mak saya.Srg wanita yg tabah & snggup brsusah payah demi keluarga eventhough papa ada menemani.