Sesekali terkenangkan memori indah bersamanya, ia begitu mengusik jiwa sehingga tidak dapat menahan linangan air mata. Jalan terbaik, kamu seharusnya mengimbas kembali detik indah dengan membuka semula album lama mahu pun kiriman mesej terakhir daripadanya.
Langkah sedemikian amat berkesan bagi menggamit semula perasaan rindu kamu terhadapnya, sekali gus hadir perasaan ingin bertemu dengannya.
*** Utus SMS
Teknologi canggih hari ini mampu mengubah segala medium komunikasi manusia yang tiada batasan. Tidak kira menerusi kiriman kad raya mahu pun penghantaran melalui Sistem Pesanan Khidmat Ringkas (SMS), kamu berpeluang merapatkan kembali hubungan yang terputus.
*** Khabar menerusi telefon
Buat pertama kalinya, jika kamu malu untuk bersemuka, kamu mempunyai pilihan kedua dengan menghubunginya menerusi talian telefon.
Pada awal perbicaraan, elak bercerita atau membangkitkan perkara atau punca berlakunya pergaduhan antara kamu berdua. Sikap sebegitu sememangnya boleh menghilangkan mood sahabat kamu tadi. Sebaliknya, dahulukan perbualan dengan pengenalan diri sebelum menjelaskan tujuan menghubunginya.
*** Bingkisan pengganti diri
Tiada kata yang lebih indah selain dikarang sendiri oleh pengirimnya. Sebagai pengganti dirimu, pemberian buah tangan dapat menyatukan hubungan yang sudah lama terpisah. Ia memberi makna yang mendalam terhadap sebuah perhubungan.
*** Buang sikap ego
Bukan mudah untuk kita merapatkan semula persahabatan yang sudah lama terpisah kerana perselisihan faham. Pelbagai perkara bermain di fikiran.
Jadi, kamu perlulah memikirkan jalan terbaik bagaimana membuatkan diri kamu berasa persahabatan itu layak dihidupkan kembali. Justeru, ubahlah sikap ego kamu selama ini agar disenangi semua rakan-rakan di sekeliling.
*** Lahir rasa sayang
Tanpa kasih sayang dan bantuan daripada insan bergelar sahabat, gelaplah dunia persahabatan dalam kehidupan seseorang. Namun, diri sendirilah yang bertanggungjawab mengembalikan semula dunia persahabatan itu dengan melahirkan rasa sayang yang tiada titik noktahnya.
*** Buat kejutan
Bagi menutup perasaan bersalah atau membangkitkan rasa percaya terhadap dirinya, ciptakan satu kejutan tanpa dia sedari. Contohnya, pada petang hujung minggu, luangkan sedikit masa mengunjungi kediamannya, semata-mata untuk membuat kejutan istimewa. Sekali gus bertanya khabar terbaru dirinya.
Yang pasti, buangkan rasa malu dan takut, kerana semua perkara lepas akan berakhir dengan kata-kata, "Awaklah sahabat saya dunia akhirat".
Anda boleh baca lanjut di tip mengekalkan sebuah persahabatan Tip Persahabatan - Mengeratkan Semula Hubungan Persahabatan Yang Lama Terpisah
5 Komen:
kalo hanya satu pihk je nk memulihkan persahabatan semua ni hanya sia2...dia dh x nk kwn dgn i so x pyh sush pyhkn diri nk ertkn kembali tali persahabatan..
yeke?entah la..kalau nak berkawan xkan xboleh..saya pun menghadapi situasi ini..
memang bernaslh....
dpt menimba lbh ilmu....tapi for tip utk kawan sebaye x de ker???