Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apayang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera , jangan dengar orang mengumpat. Petua Fadzilah Kamsah - Mencuci Hati
24 Komen:
aku perlu kuta utk wat sume ni..lwn kata2 jiwa aku yg lemah...sucikan hati..sucikan minda...sucikan diri...bangkitlah jd wanita solehah !!!
assalamualaikum...isyaAllah aku akan amalkan petua2 yg telah disenaraikan oleh datuk fadhilah kamsah..terima kasih Ya Allah...memberikan aku peluang..
bes nyer pETUA NIY... SIMPLE JE KAN. THANZ YER
salam............
ustaz apbla sya dgr ustaz pnye ptua sye rsa sng hati sye.
wasalam............
Alhamdullillah..mudah dan ringkas
Saya akan cuba membina semangat diri saya kembali..
salam...semoga ini dapat memberiku keinsafan
saya mahu sucikan hati saya supaya Nur Ilahi menerangi hati ini..Ya Allah! buka matahatiku...
terima kasih akan apa yang di nasehati pada diri ini moga-moga bermanfaat pada diri ini,karena diri ini lagi mengalami sakit hati di cuekin sama orang yang menolak diri ini serta di hina habis habisan yang begitu malunya diri ini di gituin sama orang yang diri naksir yangdiri cintai.
terima kasih mudah, ringkas, senang dijadikan amalan tp... ingat perkara mudah begini ramai yang terlepas pandang. TQ ya..sama2 lah kita hindarkan yang mudah kita lupa yang sukar kita kejar.. ;) insyaAllah tenang,senang,suci dan bersih hati kita atas keredhaanNYA..aminnnnnn
hmm terima kasih kerana berkongsi info ini.
http://hasrulhassan.blogspot.com
salam , terbuka luas hati ini untuk menundukkan segala keindahanNYA .
saya akan amalkan pertua ini selalu,
aq msih mncari-cari kbenrn,nmun diri ku trlalu lmah tuk ke jln yg bnar...aq msih sring mlakukn kjahatan...aq xfhm mngape aq xmmpu tuk brlwn....
salam...tersentuh seketika membaca petua ini.saya terlalu alpa.inginkan hidup bahagia, tetapi lupa bahawa kebahagiaan itu datangnya drp Allah s.w.t.telah bnyk dosa saya lakukan pd pasangan...saya ingin memperbaiki keadaan, sucikan hati dan bahagia...
salam...jika kita lupakan ALLAH,DIA pasti lupakan kita juga.
tanpa saya sedari banyak dosa2 yang telah saya lakukan terutama sekali pada yang tersayang, semoga petua ini dapat
memberi kesedaran dan keinsafan pada saya....amin
Ya Allah , bimbing aku , tuntun langkahku dan jadikan aku wanita yang soleha . Bersihkan hatiku yang kian kotor ini . Amin Ya Rabbal Alamin ~
ya allah,lindungilah aku daripada kesesatan yang disembunyikan...berikanlah cahaya nur mu ke dalam hatiku dan terangilah jalan yang diredhai oleh mu...
terima kasih serba SEDIKIT dapat jadikan kami lebih yakin dan tawaduk pada maha pencipta takbir2x
mudah2an aku dapat berubah dgn mengamalkan petua nie..
Terima kasih saya akan cuba amalkan
saye share info ni.. tp ade plak yg komen : ade unsur bida'ah..takut!!.. yeke? tp di mana? blh bantu saya?
Terbaik... mohon sharing with others
InsyAllah diberikan ruang & peluang untuk berubah kuat kearah kebaikan