Sukar bagi seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita. Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yang disampaikan.
Percayalah anda akan memperoleh cinta yang sejati walaupun buat kali kedua.
Lazimnya, berat bagi seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta. Apabila cinta yang sudah lama dijalin menemui titik penghujung, sudah pasti memori indah bersama berbekas di dalam ingatan.
Bagi kebanyakan lelaki, keputusan mengakhiri perhubungan dianggap satu ketentuan, manakala kebanyakan wanita mentafsirkannya sebagai penamat kehidupan. Malah, ada antara wanita menganggap diri umpama kotak kosong yang tiada isi dan menunggu masa untuk dibuang.
Namun, kehidupan harus diteruskan dan setiap wanita masih berhak untuk mengecapi nikmat cinta. Berikut adalah tip bagi membantu wanita yang ketika ini berhadapan dengan situasi kekecewaan, namun dalam masa yang sama mengharapkan cinta baru.
Jadi diri sendiri
Sewaktu bertemu jejaka baru yang diminati, anda mungkin terdorong untuk menjadi seseorang yang 'bukan' diri anda yang sebenar. Misalnya, anda berusaha berpenampilan sebaik mungkin. Anda boleh mengambil tindakan itu jika ia memberi kesan yang baik. Tetapi, jika tindakan itu dilihat keterlaluan, mungkin ia akan membuatkan si dia berasa kurang selesa.
Jangan paksa cinta
Menjalin hubungan cinta atas dasar paksaan atau sebaliknya merupakan ekspresi daripada perasaan anda yang terlalu inginkan seseorang hadir dalam hidup.
Sebaiknya, ikuti kemahuan diri dan tonjolkan bakat yang anda miliki. Misalnya, mempunyai kehidupan yang menarik dan melakukan perkara yang membawa anda keluar dari lingkaran rutin harian. Beri masa untuk anda mengenali diri sendiri dan cuba fahami kemahuan yang diimpikan. Jangan menaruh harapan pada seorang jejaka sahaja (memandangkan anda sendiri tidak tahu status perasaannya terhadap anda). Ambil peluang untuk mengenali lebih ramai jejaka untuk elak sejarah lama berulang.
Santai dan tenang
Sebahagian besar lelaki tidak selesa dengan wanita yang bersikap agresif, manja berlebihan, mengongkong dan suka ambil tahu hal orang lain. Belajarlah bersantai dan bertenang dalam apa juga keadaan. Ini kerana, lelaki tidak gemar teman wanitanya memiliki sikap di luar jangkaan. Jika anda melakukan perkara yang bersifat telus, pasti si dia akan menghargainya. Ingat, kebanyakan lelaki akan mencari teman yang boleh membuatkan hatinya tenang.
Perbezaan komunikasi
Sukar bagi seorang lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita. Jangan menyalahkan diri sendiri disebabkan si dia tidak memahami isyarat yang disampaikan. Kesamaran bahasa tubuh seperti senyuman akan membuatkan si dia tidak yakin dengan diri anda sekali gus membuatkan hatinya tertanya-tanya mengenai keikhlasan anda.
Jiwa yang telus
Kata orang, wanita mencari pasangan untuk mengisi kekosongan fikiran dan melengkapkan kehidupan. Berbanding wanita berjiwa kosong, dia hanya mencari teman lelaki semata-mata untuk menggoda, nafsu dan ingin memiliki rasa diperlukan. Lihatlah diri anda dan tanya mengapa anda memerlukan cinta si dia.
Jika anda inginkan satu perhubungan yang selesa, pastikan jiwa dan fikiran berada dalam keadaan yang normal.
Jangan menduakan cinta
Tiada seorangpun yang inginkan dirinya dipermainkan. Jangan melayan perasaan takut bahawa anda akan dipermainkan. Lelaki yang baik akan menghormati teman wanitanya. Jika anda tidak serius dalam percintaan, segera putuskan ikatan cinta. Sebaliknya, jika anda menyenangi dirinya, si dia akan segera menghormati diri anda.
Jaga tingkah laku
Antara perkara penting bagi golongan Adam ialah mereka tidak selesa berada dalam kelompok wanita yang sering menimbulkan masalah.
Mereka juga tidak akan menunggu masa yang lama untuk meninggalkan wanita seperti itu. Jadi, jangan takut untuk membantu si dia meningkatkan harga dirinya. Lelaki sama seperti wanita iaitu sering berasa tidak aman dalam kebanyakan situasi hubungan.
Jika si dia bersama teman atau keluarganya, menunjukkan bahawa anda menghargai dan berasa bangga terhadap dirinya, percayalah anda akan memperoleh cinta yang sejati walaupun buat kali kedua.
Beri pujian
Lelaki yang baik mudah mencari cinta baru. Mereka senang menemui wanita yang memiliki kesempurnaan yang sejati. Mereka akan menghargai pujian yang diberikan. Lebih-lebih lagi daripada teman wanita. Bagaimanapun, jangan melakukannya dengan cara berlebihan. Jika dia belum berminat terhadap anda, jangan terlalu nekad mengharapkan cintanya. Sebaliknya, jadilah diri sendiri.
Hormati diri anda
Jangan ragu-ragu untuk mengatakan 'tidak'. Jangan cuba bertahan walaupun anda tahu anda tidak mampu. Jika anda berasa perlu meninggalkannya, bererti dia bukan lagi teman hidup yang serasi. Tetapi, anda juga tidak boleh berasa ragu untuk mengatakan 'ya'.
Batas hubungan
Jangan menunjukkan diri seolah-olah anda ingin sentiasa dekat dengannya. Ingat, lelaki juga memerlukan ruang untuk dirinya 'bernafas'. Mereka menjadi kurang selesa apabila teman wanita sering mengekori ke mana sahaja mereka berada. Anggaplah mereka juga mempunyai kehidupan peribadi sendiri. - NOOR HASLIZA NUSI Selamat Datang Cinta Baru!
26 Komen:
tuINk . . . tuINk cuKUp baGUs hahaha
tuINk . . . tuINk cuKUp baGUs hahaha
rsanyarrrr lbih baek jngn b'cnta krana CINTA akn mlukakn hti sseOrng............
thanks bwt kt2 loe yy...
eerrrrasanya w mau nembak dia aaajjaa neee....
praying me yaaaaauuccchhhhh...........
bagusssssssssss
tidak salah untuk bercinta lagi supaya kita dapat berbagai-bagai kenangan....
kalau da syg sgt sm dia..susah nk tima org len...xtau salah sapa..da ketentuan ILAHI xdop jodoh....tp mana tahu jumpa lg nanti...urmmmm...jgn berharap...sudah2 laa..let bygone be bygone....
aku pon skrg baru je couple dgn som1 laki ni..ak sayang die tapi ak x nak ngaku pon yg ak syg die..kiteorg just like mber je x nak lebh2..t bile clash tak de lah frust...kan..
BEST SNGT 2X KATA 2X NE....ermmmm...
tenang ati....
aku dah lama tak bercinta.. tapi ada somebody selalu bagi respon & jeling2 time berkumpul utk aktiviti sukan.. aku borak ngan laki lain dia jeles.. kalo aku tgh wat keje.. bertembung mata nampak dia tengah merenung aku.. kalo sudi kata sudi.. huhu
ermm...klu la dia tau,tp xpe lha...aku pun xtau camne aku leh jatuh syg ngan dia...love & miss ue->(mohd afif hakimi). .
tp bknnye senang nk lupakan cinta yang pergi. sakit sangat...
Cinta memang begitu...
kalau dah xde jdoh nk bt camne lg..
trime jelah. khdpn msti dtrskan...
kasih itu suci.
aku dulu pon prnh kcwa..
tpi aku bncg baek2 dgn die n alhmdllah,
skrg dah ok.
mudah"an semuanya benerr dan gakk ada salahnya kita mencari cinta yg baru dan melupakan cinta yg masa lalu gagal..
baikk ato buruknya itu udh bagiann dari hidupp kita...
karena cinta itu sudah ada di tangan kita dari dejak kita lahir...
jgn bagi harapan kat seseorg kalo aty da emg tak leh trima dia ,... hoho .. think about that yeah ! :)
“MANUSIA TIDAK DAPAT MENUAI CINTA SAMPAI DIA MERASAKAN PERPISAHAN YANG MENYEDIHKAN DAN YANG MAMPU MEMBUKA PIKIRANNYA, MERASAKAN KESABARAN YANG PAHIT DAN KESULITAN YANG MENYEDIHKAN…(Your Love)”
cinte mmg pelik dan aneh.. skar nk d gmbrkn, mcm2 kaedah org brcinte.. kdg2 sy sndri tkut utk brcnte tpi sy sdr sy mmrlukn tmpt utk brmnje slain fmly n friendz.. ermm sy dn byk kli ggl dgn cnte tpi skrg sy dh tmui cnta yg btul2 ikhlas dan jujur, wlaupn kte dh byk kli ggl dgn cnte kte kne prcye mybe ad cnte yg sdg tggu kte yg lbih baik drpd sblum nie.. "SELAMAT DATANG CINTA"
cinta itu indah...tp,,,cinta itu yg kn membuat kta berasa sdih dn teluka,,kerana...kdang2x kta tdk dapat mimliki nya,.kadang2x terfikir...alang kh bgs tmpa cinta d dunia ini,,tp...kta akn merasa kosong jka kta hdup tmpa cinta..kerana cinta yg akan merwana kn hdup kta bersama pasagan tersyg...love is btful...
dulu lps ptus cnta pertama aku berserah je..rsa mls nk bercinta lg..sbb aku rsa cinta bt kita sakit hati je bila terputus..tp alhamdulillah..lps 4 thn aku temui cinta lg..dia teman sekelas aku msa sekolah mngh dlu..btl la kta pepatah..the futures not ours to see..cinta mmg indah..
lpa clash dgn yg lme hti aku mcm dah trttp utk llki...tp 1 hari ad seorg hmbe Allah yang tibe2 rapat dgn aku..ak sgt sng brkwn dgnnya sbb ak jadi diri ak yg sbnr..ampai la 1 hri die luahkan isi hati die..tp aku mtk maaf aku xbleh trima..aku suka kt die tp aku tkt nk serahkan hati aku kt dia..
emmm..xleyh copy ke artikel nieyh..i nk..
yeah ! i do love you now ..
let by gone be by gone .
cinta x semestinya indah :)
cinta x semestinye indah
munk cinta xsemua nye indah.yunk indah itu klo ad k'jujuran,ke ikhlasan,kasih syg,yunk paling penting kesetiaan.