Sekurang-kurangnya ada empat alasan mengapa kita mesti menjadi individu yang boleh bermanfaat kepada orang lain.
Pertama, untuk dicintai Allah dan Rasulnya yang menjadi matlamat kehidupan kita di dunia. Siapakah yang lebih baik daripada orang yang dicintai Allah?
Kedua, untuk menjadi landasan kepada individu itu dapat melakukan amal yang terbaik. Kaedah usul fiqh menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasai oleh orang lain akan lebih menerima manfaat berkenaan. Apalagi jika spektrum sumbangannya lebih luas dan menyeluruh yakni pada peringkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara. Sebagai contohnya kita menggali telaga tatkala musim kemarau masyarakat mengalami kesulitan untuk mendapatkan air.
Ketiganya, membuat kebaikan itu besar ganjaran pahalanya. Apatah lagi kebaikan yang dilakukan itu bertahan lama. Sebagai contoh dengan menanam pokok buah-buahan, pahalanya bukan saja diperoleh daripada manusia yang memakannya bahkan juga binatang termasuk burung yang mendapat manfaat daripadanya.
Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa ada niat tersembunyi untuk disanjung dan dipuji manusia lain melainkan kerana Allah semata-mata. Ketika orang lain menilai diri kita sebagai insan yang berjasa kepada manusia lain maka kita memohon kepada Allah untuk meredai amal perbuatan kita dan menggolongkan kita sebagai golongan hambanya yang baik-baik.
Akhlak mulia sememangnya sangat dituntut dalam Islam kerana itu Rasulullah turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori saja bahkan Baginda sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan mendalam.
Rawatlah sebelum terlambat dengan membuang sifat buruk yang ada dalam diri dan menggantikannya dengan sifat baik dan terpuji.
# Petikan artikel oleh Amran Zakaria
4 alasan kenapa kita mesti jadi individu bermanfaat kpd orang lain

5 Komen:
semoga kita menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain,,,
makasi infonya,,sangat memotivasi
waktu yang tepat untuk memulai adalah sekarang,,semoga kita memberiakan banyak manfaat untuk orang lain ia,,,
siapa empunye blog nh????tq so much erk...............
terima kasih. good info
sentiasa ingin melakukan kebaikan terhadap orang lain..^_^.thanx 4 d in4..:) may ALLAH bless u n all of us..