Tip cinta: Nak jadi gadis idaman lelaki?


Share on Tumblr
Ingin Menjadi Gadis Idaman Lelaki?

MISI KAMU SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN, BUKANLAH SEKADAR MEMENANGI HATI SI DIA TETAPI KAMU HARUSLAH PANDAI MENGAMBIL HATI TEMAN-TEMANNYA JUGA. PADA SAAT BEGINILAH KAMU SEBENARNYA DAPAT MEMILIKI HATINYA SECARA MENYELURUH. OLEH ITU KAMU HARUS...

Cinta Remaja

Menjadi lebih fleksibel
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!

Tahu bergurau
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak.

Menjadi lebih aktif
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata, jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja!

Tunjukkan yang kamu prihatin
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

~ Remaja
Tip cinta: Nak jadi gadis idaman lelaki?

12 Komen:

Unknown berkata...

segala-galanya perlu ada jati diri yang sempurna dan asli.tak perlu menjadi diri orang lain.tapi entri yang bagus.sekurang2nya boleh di jadikan panduan bagaimana mahu jadi yang terbaik

Entri Terbaru Saya:
Bagaimana Sebuah Kejayaan Itu Boleh Di Capai

Tanpa Nama berkata...

klaau bole, perbanyakkan lg info kt cnie yea ! love it ! :)

Tanpa Nama berkata...

owhhhhh,great

Tanpa Nama berkata...

Sepertiku....Aku cintakan dye..tapi sidia tidak tahu..

Tanpa Nama berkata...

aku sangat mencintainya dengan seluruh jiwa ragaku...ohhh...
I LOVE YOU SOOOO MUCHHH... <3

teke sape saye..lalala~ berkata...

indah kan bila kite dpt menjaga keperibadian kite dgn baik.
yg penting pgangan kite pd agama kite.

*yg peting kite ikut dan dalami lah agama kita.. hidup kite semue akan menjadi indah..indahnya aturan ALLAH SWT..

mcm soklan ni..just nk share jer...
apa yg perlu seorang wanita lakukan sekiranya kekasihnya memukulnye?.. soalan bengong kan.. sebab, walau kekasihnya membelainya dengan lembut pun wanita WAJIB meninggalkannya!!... SENYUM SELALU

Tanpa Nama berkata...

hemp
pcar qu tue org x susah d tbak siech,, kdang" diia prhtian,. kdang" cuek,,,, ga jls

Tanpa Nama berkata...

Hmm.... Ye ker lelaki x suke pompuan membebel......????? mk sye hari2 membebel.., kemudian sye bertanye kpd ayh sye, x penat ke dengar mk membebel.....?????? Lalu ayh sye menjawab.., itulah daye tarikan mk.... Jad sye musykil disini.... Ape kah benar lelaki tidak suke wanita membebel....?????

Unknown berkata...

Saya kawan dengan dia...and saya suka dia...tp saya x tahu dia dia suka saya atau x...dah lar dia belajar jauh dekat Rusia...sedih...so sy nak try cari boyfriend tapi semua macam x layan sy....

Tanpa Nama berkata...

sy ada kawan ngan dia ...an sya suka ngan dia.tp sy x percaya adakah dia suka sy?

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

klau kita kata kita selamat mlm or rindu mesti di klata eeeeeeeeeeeeeeuuuuuullll huhuhuh malu lh nk ckp

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.