Kita mungkin akan berasa rendah diri, sedih dan kecewa bila terpaksa menghadapi perceraian ibu bapa. Ia pasti meninggalkan kesan emosi dan dugaan perceraian orang tua pasti memeritkan. Di sini ada tip bagi menghadapi perceraian ibu bapa.
Kita Perlu Terima Hakikat
Walau sepahit mana pun, kamu harus menerima hakikat tersebut. Ibu dan ayah kamu sudah dewasa dan mereka telah membuat pilihan mereka sendiri. Sebagai anak, kamu perlu menghormati keputusan mereka. Anggaplah keputusan ini yang terbaik untuk kedua belah pihak dan pastinya ibu serta ayah sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga tapi takdir menentukan segalanya.
Pilih Teman
Biasanya jiwa remaja mudah memberontak kerana kamu tidak dapat menerima kegagalan rumah tangga ibu dan ayah. Jadi amat penting untuk kamu memilih teman yang baik agar mereka dapat memberi sokongan moral dan kamu sendiri tidak terjebak dengan anasir negatif. Ingat! Penglibatan dalam aktiviti tidak sihat seperti lumba haram, dadah dan gejala negatif lain hanya mengundang lebih banyak masalah serta boleh menghancurkan masa depan kamu.
Berfikiran Positif
Walaupun kamu masih remaja, namun kamu dikurniakan akal untuk berfikir. Jangan terlalu mengikut emosi sebaliknya sentiasalah berfikiran positif. Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Lihat dugaan ini dari sudut positif, misalnya kamu bakal menjadi remaja yang lebih matang, berdikari dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
Alih Perhatian
Memang sukar bagi kamu untuk menerima teguran dan nasihat terutamanyadaripada ibu dan ayah memandangkan emosi kamu tidak stabil ketika ini. Usah terlalu memikirkan masalah keluarga, kamu punya masa depan yang cerah jadi berusahalah untuk menjadi insan cemerlang dan hidup bahagia. Apa kata kamu alih perhatian atau fokus kepada perkara yang berfaedah. Contohnya, lepaskan tekanan dengan aktiviti bersukan yang kamu gemari seperti bermain badminton, boling atau melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri.
Luahkan Perasaan
Usah dipendam luka yang bernanah di hati. Luahkan isi hati kamu kepada insan yang dipercayai seperti ahli keluarga atau teman baik. Tindakan ini akan dapat meredakan tekanan yang kamu hadapi. Jika mereka tidak dapat membantu sekalipun, sekurang-kurangnya beban perasaan kamu tidaklah separah dahulu.
Kekalkan Hubungan Baik
Mengertilah bukan mudah bagi ibu dan ayah kamu untuk menghadapi perpisahan. Mereka juga berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan sokongan anak-anak. Lantaran, kamu perlu sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan kekalkan hubungan baik. Perceraian memutuskan ikatan ibu dan ayah tetapi harus diingatkan hubungan kamu dengan mereka akan kekal abadi.
Dapatkan Bantuan
Jika kamu masih berasa amat tertekan,disarankan agar kamu berjumpa dengan kaunselor. Pilihlah kaunselor yang kamu minati dan selesa untuk berkongsi cerita kerana dengan cara ini akan memudahkan bagi kamu untuk menerima kaunseling yang diberikannya nanti.Jangan biarkan perasaan ini memakan diri, okay!
Paling penting, terimalah ia sebagai ujian dari Tuhan dan kita perlu menghadapinya dengan sabar. Dan jangan sesekali kita menderhaka kepada orang tua kerana mereka tetap ibu bapa kita dunia akhirat.
Cara Hadapi Perceraian Ibu Bapa, Tip dan Panduan

2 Komen:
nice blog. it helps a lot. sya slh seorg dr anak yg tlh hlg ayah akibat penceraian. ssah sgt.
saya juga anak yg kehilangan kasih papa setelah mama n papa berpisah..very hard to say..till now masih tak dapat trime hakikat yg mama,saya and 2 of my siblings dihalau keluar dari rumah dan terpaksa menyewa rumah di utara tanahair..mama is my SUPERMAK..love her..pity her semoga mama beroleh kebaikan dan pahala dari musibah penceraian ini..AMIN