Cinta Internet Cinta Siber Bolehkah Dipercayai?


Share on Tumblr
Cinta Siber Kekal atau Tidak?

Cinta siber di kalangan remaja tidak asing lagi kerana pengaruh facebook, twitter, blog dan laman sosial yg lain.

Persoalannya di sini adakah cinta ini boleh kekal? Jika benar si dia itu cinta hati kamu, pasti hubungan kamu akan kekal hingga ke jinjang. Namun jika sebaliknya, kamu sendiri yang tahu akan jawapannya. Jom selongkar apakah ciri-ciri lelaki seperti ini?

Latar Belakang

Untuk pertama kali mengenali si dia, haruslah kamu menyelidik latar belakangnya terlebih dahulu. Jangan pula kamu mengambil langkah terburu-buru dengan menjalinkan hubungan dengannya tanpa mengetahui identiti si dia yang sebenar. Kadangkala perkara ini sangat membahayakan. Bagi kamu yang pertama kali jatuh cinta, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manisnya. Sebolehnya kamu kenali si dia terlebih dahulu dan kemudian barulah kamu menilainya sama ada si dia bersesuaian ataupun tidak dengan kamu.

Mencari Kesalahan

Pada permulaan hubungan semuanya indah belaka tetapi apabila berbulanbulan menjalinkan cinta semuanya tidak kena dan ada sahaja kesalahan yang dicari. Maklumlah cinta seperti ini banyak dugaannya. Malah bukan kamu sahaja perempuan di dalam senarai rakannya tetapi ramai lagi. Bahkan ada di antara rakan-rakan facebook atau Twitter juga di’ayat’ untuk mencuba nasib sama ada si dia ini laku ataupun tidak. Sekiranya berjaya mungkin mereka ini dijadikan kekasih gelapnya untuk dipergunakan. Oleh itu berhati- hatilah!

Tidak Serius

Kamu perlu mengetahui tentang ini, lelaki akan serius bila mana si dia benar-benar menginginkan kamu menjadi teman sehidup sematinya. Namun, bagi mereka yang tidak serius macam-macam alasan yang diberikan kepada kamu setiap kali kamu mengajak si dia datang ke rumah untuk berjumpa ibu bapa kamu atau mengambil kamu di rumah atau apa-apa sahaja. Kadangkala alasan yang diberikan itu tidak masuk dek akal. Alih-alih kamu pula yang terpaksa mengikut rentaknya bagi menjaga perhubungan kamu dan si dia. Jika kamu seorang yang peka, kamu pasti boleh menghidunya dari awal perhubungan lagi.


Menggunakan Kata-Kata Manis

Ternganga seketika saat mendengar kata-kata manis yang hadir dari bibir sang arjuna kamu. Mungkin dari caranya membuatkan kamu teringat-ingat akan dirinya. Kaum lelaki ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan kata-kata manis untuk menambat hati kekasih hatinya. Mungkin dengan cara ini kamu akan lebih terpikat dan menyayangi dirinya sehingga sukar untuk kamu melepaskan si dia pergi daripada hidup kamu. Kata-kata manis yang digunakan kadangkala hanyalah sandaran untuk mendapatkan kamu. Bahaya untuk kamu!

~ Remaja
Cinta Internet Cinta Siber Bolehkah Dipercayai?

10 Komen:

reenapple berkata...

kalao aku.. aku tak percaya,, susah sangat. mungkin buat penyiasatan secara mendalam.. entah.=)

mohd faizalaceh berkata...

saya percaya...dah bertunang pun ngan cinta saya...knal pun kat fb..insyallah akan berkahwin tahun ni juga... :)

cactus_berduri berkata...

aku pun terjebak dimana aku terburu2 dlm menerimanyer...alhamdulilah sib die baik....

Tanpa Nama berkata...

ada yg boleh di percaya kot?! sy pn da 5thn becinta. alhamdulillah, nasib baek x salah pilih. ;)

Tanpa Nama berkata...

,,,,tgh hdapi,,n bru jer start..so,wait n see lh

leezaQanishAZarifDamiaQarisyiaaaaaa berkata...

bulakkkkk

Tanpa Nama berkata...

baru mulakan hubungan xtaw lg mcm mne...so,tgk la mcm mne ye....klu ade jdoh tu ade la....

Tanpa Nama berkata...

Haha... Byk Kali.. And I'm not trust it anymore .

Tanpa Nama berkata...

sy skrang ne pon dah nak nikah di sbabkan cinta Facebook..
smoga hbungan kami brkkalan hngga hujung nywa..aminn...
sy SAYANG awak..

Tanpa Nama berkata...

Susah la nk percaya skrg ni.. Btol ke x dia ade perasaan cinta atau sekadar nk main2 je

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.