1. Bila Datang Bulan
Waktu ini agak kritikal bagi sesetengah pasangan kerana mood si gadis tidak menentu dan mudah naik berang atau merajuk panjang. Jenuh nak pujuk!
2. Bila Masakan Tak Menjadi
Jangan tegur masin, hangit atau tawar. Telan saja dan sebaiknya zip mulut. Tetapi jika kamu puji terlebih-lebih pula, nampak sangat kamu tak ikhlas.
3. Bila Tonton Filem Romantik
Memang naluri wanita mudah menitiskan air mata kala menyaksikan kisah 'happily ever after'. Elak ketawakannya atau beri komen merapu. Nahas tu!
4. Bila Shopping
Adakalanya kamu kena menemaninya ketika si dia berasak dan menyerbu timbunan baju tawaran diskaun 70%. Baik kamu ke tepi atau pergi ke bahagian lain. Tinggalkannya Sendiri
4 Komen:
ada yg benar....terutama ketika dtg bulan....hehehe
saya pula, ketika hormon badan tak stabil & menyebabkan emosi tidak menentu (kuat marah, sensitif & cepat sedih dll) Sebaiknya tak payah pujuk. Tak payah tanya-tanya. Kalau saya merajuk, kemudian ada pula sibuk tanya apa benda yang saya merajuk / marah.. saya akan 'meletup' jadinya. kalau 'Meletup" tak pasal-pasal saya akan melukakan hati org lain, dgn kata-kata yg akan buat saya menyesal kemudiannya.
Sebaiknya tingalkan saya sendiri, biar saya pujuk diri sendiri & bertenang.. sebab saya tahu tu semua gara-gara ganguan emosi akibat perubahan horman dlm badan... ha ha!
stiap kali saya PMS,saya akan 'meletup-letup!'. bf pon dah tau kami akan ada 'monthly war'. kesian dia, teruk kena marah. bila PMS tamat, semua jadi seperti biasa semula ;D
hehe..syukur pula saya tak da masalah if datang bulan nih..tetap mcam biasa.=p