Ahli sejarah itu memberi perumpamaan menempuh hidup ini ibarat memandu kereta dan melihat sejarah pula, seperti melihat cermin sisi.
Jika kita memandu kereta di atas jalan raya sibuk tanpa melihat cermin sisi, pasti kita akan kemalangan.
Begitu juga menempuh kehidupan. Jika tidak melihat atau lebih mengambil iktibar daripada sejarah yang beraku, pasti kita berdepan kegagalan kerana kita mungkin mengulangi kesilapan yan pernah dilakukan sebelumnya.
Bagaimanapun, kata ahli sejarah itu, satu perkara yang paling penting ialah dalam menjalani kehidupan, kita cuma sesekali saja perlu melihat ke sejarah dan bukan sepanjang masa. Jika kita sentiasa memandang sejarah saja, sah kita akan gagal dalam kehidupan.
Sama juga seperti memandu kereta. Jika kita asyik melihat cermin sisi saja dan tidak melihat ke depan, pasti kita akan kemalangan.
~ Petikan Kata Dang Setia Tentang Kisah Silam
1 Komen:
Kerana kisah silam menbuat kan kita takut untuk maju ke hadapan..<'-'>