Kipas Api Cinta


Share on Tumblr Sukar untuk semarakkan rasa sayang kerana kalian baru kenal? Kalau kamu cuba tips berikut, mungkin boleh menjadi.

1. Rangsang Mood
Elak terus berjumpa selepas waktu bekerja. Selain rasa 'kurang bersih', susah nak semarakkan rasa happy bila berjumpanya. Pulang ke rumah dulu. Mandi dan semburkan haruman kegemarannya, kemudian pergi dating. Barulah lebih selesa.

2. Cabar Diri Sendiri
Ingat tak usikan nakal yang kamu suka buat bila bersembang dengan geng lelaki di internet? Apabila teringat ayat serupa sewaktu berdating, apa kata luahkan pada si dia. Mulanya memanglah takut, tetapi keadaan akan berubah lebih relaks.

3. Naikkan Egonya
Minta si dia merancang temujanji dengan aktiviti diminatinya samada bermain tenis, bowling atau golf. Membiarkannya menunjukkan aura dominasi bukan saja seksi, tetapi kamu juga tak perlu susah payah fikir topik perbualan.

4. Kejutan Manja
Bila si dia relaks saja, katakan kamu suka pada lesung pipit atau senyuman, atau matanya. Pasti dia teruja! Kipas Api Cinta

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

jom kipas cinta kalian!

Tanpa Nama berkata...

dah selalu bt dah tapi die bt bodoh jer... huuhuhu mcm takde ape2 yg berlaku.. kite lak malu puji die lebih2

Tanpa Nama berkata...

lelaki mcm blurr je

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.