Menerima Kesilapan


Share on Tumblr KESILAPAN dan KESALAHAN akan membuat kita tak tentu arah! Penyesalan menyerang perasaan, ditambah oleh pelbagai saranan-saranan keliru yang merosak sekali gus boleh membuat seseorang berhenti setelah melakukan kesalahan. Kesimpulan mudah untuk mengatasi hal ini ialah berubah.

Bagaimana caranya?

Akui jika memang bersalah

Ini akan membebaskan mental kita. Mangakui kesalahan akan lebih membuat kita lega dan mampu melihat permasalahan dengan lebih jelas berbanding kita merungut, menyalahkan orang lain, atau menyalahkan keadaan.

Hadapi kesalahan

Kesalahan adalah fitrah, suatu yang lumrah terjadi kepada semua manusia. Oleh itu, kita tidak mungkin menghindarinya. Semakin menghindari semakin terseksa! Hadapilah dan carilah penyelesaiannya. Dengan melarikan diri hanya membuat kita semakin menderita!

Fleksibel dengan informasi baru

Merubah fikiran bukan satu kesalahan andai ia demi kebaikan atau malah lebih baik. Maka jika kita melakukan kesalahan, tidak ada salahnya untuk mengubah fikiran. Jika ada informasi baru yang lebih baik, mengapa harus ditolak?

Terimalah perubahan

Informasi baru boleh mengubah fikiran dan perasaan kita terhadap tindakan kita pada masa lalu. Jika ini terjadi terimalah perubahan itu. Perubahan fikiran dan perasaan akan mengubah hasil yang akan dicapai.

Tidak ada orang yang sempurna, terimalah kesilapan. Dengan menerimanyalah kita mampu melakukan perbaikan. Bagaimana kita dapat melakukan perubahan jika kita tidak merasa bersalah? Menerima Kesilapan

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

menerima kesilapan,bgaimana dengan org yang tak dapat menerima kesilapan kita?tidak ingin memberi peluang untuk menjelaskan segala-galanya?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.