Pengajaran Dari Sebuah Cinta


Share on Tumblr Toshinobu Kubota yang biasanya dipanggil Shinji terpaksa meninggalkan keluarganya utk mencari kehidupan yang lebih baik di Amerika. “Di sini keadaannya amat sukar. Kau adalaah harapan kami” kata si ayah sambil memeluk anak lelakinya itu sambil mengucapkan selamat tinggal.

Shinji menaiki kapal Atlantik yang menawarkan pengangkutan percuma kepada para pemuda yang mahu bekerja sebagai buruh penyodok arang batu sebagai imbalan kos pelayaran selama sebulan. Kalau Shinji menemui emas di pergunungan Colorado, keluarganya akan menyusul. Berbulan lamanya Shinji mengerjakan tanahnya tanpa kenal lelah. Emas yang tidak besar memberinya penghasilan yang tidak seberapa tetapi teratur.

Setiap hari ketika pulang ke pondoknya, Shinji sangat teringin disambut oleh Asaka Matsutoya, gadis yang diam-diam diminatinya di kampung. Sepanjang ingatannya keluarga mereka sudah lama saling mengenali dan sepanjang itulah dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan Asaka. Senyumnya yang menawan membuatnya menjadi puteri keluarga Yoshinori Matsutoya yang paling cantik.

Setiap malam sebelum tidur di kabinnya, Shinji ingin sekali membelai rambut ikal panjang Asaka yang perang kemerah-merahan itu. Akhirnya dia mengirim surat kepada ayahandanya untuk merealisasikan impiannya itu. Kira-kira setahun kemudian, sebuah telegram datang membawa berita. Yoshinori Matsutoya akan mengirimkan puterinya kepada Shinji di Amerika.

Anak perempuannya itu akan bekerjasama dengan Shinji dan membantunya mengembangkan bisnes perlombongan emas. Diharapkan selepas setahun, keluarga masing-masing akan mampu datang ke Amerika untuk menghadiri majlis pernikahan mereka. Hati Shinji sangat bahagia. Dia menghabiskan satu bulan berikutnya untuk mengubahsuai pondoknya menjadi tempat tinggal yang lebih sempurna.

Dia membeli katil sederhana untuk tempat tidurnya di ruang tamu dan menata kamar tidurnya agar sesuai untuk seorang wanita. Langsir dari bekas karung guni diganti dengan kain bermotif bunga dari bekas karung gandum. Di meja sisi tempat tidur, dia meletakkan pasu berisi bunga-bunga kering yang dipetiknya di padang rumput.

Akhirnya, hari yang dinanti telah kunjung tiba. Dengan membawa seikat bunga daisi segar yang baru dipetiknya, di pergi ke stesen keretapi. Asap mengepul dan roda-roda berderit ketika keretapi mendekat lalu berhenti. Shinji melihat setiap jendela, mencari senyum dan rambut ikal Asaka. Jantungnya berdebar kencang penuh harapan sebelum tersentak kemudiannya. Bukan Asaaka, tetapi Yumi Matsutoya, kakaknya yang turun dari keretapi.

Gadis itu berdiri malu-malu di depannya, matanya menunduk. Shinji hanya mampu memandang terpana. Kemudian dengan tangan gementar dihulurkan jambangan bunga itu kepada Yumi. “Selamat datang” katanya perlahan-lahan sambil matanya menatap nanar. Senyum tipis menghiasi wajah Yumi yang tidak cantik.

“Aku senang ketika ayah mengatakan kau ingin aku datang ke sini” kata Yumi.

“Ayuh! Aku akan membawa begmu” kata Shinji dengan senyum terpaksa, bersama-sama mereka menuju kereta kuda.

Sementara Shinji bekerja di lombong, Yumi mencatat semua kegiatan di lombong. Dalam tempoh enam bulan, aset mereka telah meningkat sekali ganda. Masakannya yang lazat dan senyumannya yang tenang menghiasi pondok itu dengan sentuhan ajaib seorang wanita.

“Tetapi bukan wanita ini yang aku inginkan” keluh Shinji di dalam hati, setiap malam sebelum tidur dengan seribu rasa susah hati di ruang tamu.

Setahun lamanya Shinji dan Yumi bekerja, bermain dan tertawa bersama, tetapi tidak pernah ada ungkapan cinta. Pernah sekali Yumi mencium pipi Shinji sebelum masuk ke kamarnya. Pria itu hanya tersenyum canggung. Sejak itu, kelihatannya Yumi hanya mampu berpuas hati dengan jalan-jalan berdua menjelajahi pergunungan atau sekadar berbual di beranda setelah makan malam.

Pada suatu petang di musim bunga, hujan deras menyirami punggung bukit, membuat jalan masuk ke lombong mereka ditenggelami air. Shinji mengisi karung-karung pasir untuk dijadikan benteng. Badannya basah kuyup tetapi usahanya sia-sia. Tiba-tiba Yumi muncul di sampingnya, memegang karung guni yang terbuka. Shinji mencedok dan memasukkan pasir ke dalamnya, kemudian dengan tenaga sekuat lelaki, Yumi melemparkan karung itu ke tepi lalu membuka karung yang lain.

Berjam-jam bekerja dengan kaki terbenam lumpur setinggi lutut, sampai hujan reda. Dengan berpegangan tangan mereka berjalan pulang ke pondok. Sambil menikmati sup panas, Shinji berterima kasih kepada Yumi. “Aku takkan dapat menyelamatkan lombong itu tanpamu”

“Sama-sama” gadis itu menjawab sambil tersenyum tenang seperti biasa, lalu tanpa berkata-kata dia masuk ke kamarnya.

Beberapa hari kemudian, Shinji menerima sepucuk surat yang menyatakan keluarga Matsuyo dan keluarga Kubota akan tiba minggu berikutnya. Meskipun berusaha keras menyembunyikannya, namun jantung Shinji kembali berdebar-debar seperti dahulu kerana akan bertemu lagi dengan Asaka. Ketika Asaka muncul di hujung platformnya, Yumi menoleh kepada Shinji. “Sambutlah dia” katanya. Shinji berasa kaget, “Apa maksudmu?”

“Shinji, sudah lama aku tahu bahawa aku bukan puteri Matsutoya yang kau inginkan. Aku memperhatikan bagaimana kau bercanda dengan Asaka pada pesta bunga nan lalu.”katanya. Dia mengangguk ke arah adiknya yang sedang menuruni tangga kereta. “Aku tahu bahawa dia bukan aku, yang kau inginkan menjadi isterimu..”

“Tapi…” Yumi meletakkan jarinya pada bibir Shinji.
“Syy..” bisiknya “Aku mencintaimu Shinji. Aku selalu mencintaimu. Kerana itu, yang kuinginkan hanya melihatmu bahagia. Sambutlah adikku,” Shinji mengambil tangan Yumi dari wajahnya dan menggenggamnya. Ketika Yumi mendongakkan mukanya, utk pertama kalinya Shinji melihat betapa cantiknya gadis itu.

Dia ingat ketika mereka berjalan-jalan di padang rumput, ingat malam-malam tenang yang mereka nikmati di depan unggun api, ingat ketika Yumi membantunya mengisi karung-karung pasir. Ketika itulah dia menyedari, apa yang sebenarnya selama berbulan-bulan tidak disedarinya.

“Tidak, Yumi. Dikaulah yang kuinginkan”

Shinji merengkuh gadis itu ke dalam pelukannya dan mengucup dahinya dengan cinta yang tiba-tiba membara di dalam dadanya. Keluarga mereka berkerumun dan berseru, “Kami datang untuk menghadiri pernikahan kalian!” Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat yang menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci itu sesungguhnya tidak akan pernah berakhir. Pengajaran Dari Sebuah Cinta

33 Komen:

Ainee Cumi berkata...

OMG!!!it is so so damn touching...
berair mata den bace..
=]]

Tanpa Nama berkata...

so sweet~~
yes, sometimes we r busy catching others w/out realizing wat lies in front of us..

Tanpa Nama berkata...

so sweet...

Tanpa Nama berkata...

uwaaaa...dh anggiSssS...

Tanpa Nama berkata...

Huhuhu..sapa la tulis cerita ni...Thanks ar byk2..saya amt suka!!

Tanpa Nama berkata...

Cinta wujud dengan pengorbanan.

Tanpa Nama berkata...

cinta hdir tnpa d ucp dan cnta hdir tnpa d undang..tpi sbenarnya cnta hdir dri hati...itu la cnta yg sjati..

De' Lady berkata...

kadang kala ape yg ade didpn mata lbh bernilai dr ape yg kite impi kn..dan itulah yg mbuatkn kite lbh mhargai seseorg..
cinta atas dasar hati akn lbh kekal lama..tp cinta atas dasar rupa hnya sementara kerana ia milik yg maha esa..

Nina Aziz berkata...

sweet giler....

touhing la...

Tanpa Nama berkata...

so sweet story....

Tanpa Nama berkata...

setulus mana pon cinta kita pada sseorg....kalu dia bukan jodoh kita ttp bukan jdoh kita........berdoalah agr dapt jodoh yang baik2
pengakhiran cinta yang sedih mgkin ada hikmah yang kita sendiri tidak thu pa yang Allh akn berikan pada kita nanti

adik manis berkata...

bella...conok gak read ctew niy..jiwang gilew..huhuhuuuuuu....apy an asl lau brcinta jew msty last2 kcewa..tapy kate cinte itu indah...CINTA OH CINTA..mcm2 ade......

Tanpa Nama berkata...

i like story

Tanpa Nama berkata...

sooo swittt...
luv dis story..
sometime org yg kte x ingnkan nmun itulah yg terbek tok kte...

Tanpa Nama berkata...

sweet sgt...
aku hrp lepas nie aku pun dpt cinta yg sesuci cinta yumi...

farhan berkata...

sedih gile aku bace citer ni...
uhuhuuuuuu.
tu lah kite sbg manusie.
kadang2 tak sedar ape yang kite da ade lebih baik dari ape yang kite kejar..

Tanpa Nama berkata...

WOW..interesting gler..jgn pndang org sbelah mater jer..

ima berkata...

sangat bes!!;)

Tanpa Nama berkata...

sukar nak jangka kalau bab2 cinta nie... sebab dah ketentuannya..ada jodoh adalh..kalau xde pasrah jela..dont cry2 ok....

power girl berkata...

hurm...cinta indah wlaupun kte x pnah knal ngan owa tue..biasela time bercinta smuenye best2..tapi kite kne ingat x smue percintaan berakhir dengan perkhawinan.so..janganlh terlalu menghrap dengan ssbuah perhbungan.klau dah jdoh xkan kemana.....

Tanpa Nama berkata...

very sweet n touching!!
love it!!

Tanpa Nama berkata...

betul2,kita patut menghargai org berada depan mata kita,bkn menghargai org yg belum tentu lg jd milik kita.........sekali ia menghilang,x akn permah kita akn dapat apa yg kita dapt sebelum ia hilang

Tanpa Nama berkata...

hmm...
bezz2... :)

Ms.F berkata...

OMG!!!touching2..
so,jgn lepaskan apa yang ada didepan mata..
hargai sebaik mungkin kerana tidak pasti sama ada kedua atau ketiga kalinya..

Tanpa Nama berkata...

bes sgt cter n
sdey pown ad
knpew aku tak pnh dapat semua n yang dapat cuma kecewa

Tanpa Nama berkata...

pergh... jiwang gler.. :)

Furiasa Meamor berkata...

jalan cinta tang menarik...
mmg best....

Tanpa Nama berkata...

x paham ler citer ni....

Tanpa Nama berkata...

melihat dia bahagia sudah cukup membahagiakan hati ku..

nur fara'ain berkata...

itew patot hargai owg y dw dpan matew itew . ta perlu pdang ke blkang tok cri y lbh smpurna. .y blkang blom tntu akn wt idop itew bhagia. .

Tanpa Nama berkata...

sedih nyaa :( ..

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkkkk!!! Sumpah aku terharu giler baca cerita nie.. Cerita yang bagus! :')

Unknown berkata...

Ohhh....so sweety sweety pie.Tapi kenapa macam dah klise je cite ni? Anyway,it's still sounded superbly amazing.Akhirnya,sedar juga Shinji betapa Yumi dah banyak habiskan masa dengan dia berbanding Asaka.Kecantikan hanya akan dinilai oleh mata kita sendiri apabila cinta mula memekar.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.