Tidak kira banyak atau sedikit, setiap pasangan kekasih mesti ada perasaan marah, benci, geram dan sakit hati gara-gara tindakan si dia yang tidak mengikut kemahuan hati. Kata orang, marah itu tandanya sayang atau jiwa merindu.
Usikan nakal pasangan kekasih terutama lelaki ibarat melengkapi kemanisan hubungan cinta. Perbuatan usik mengusik itu jugalah bukti kukuhnya cinta yang bersemai di hati. Jangankan pula kerana mengikut perasaan marah, kesalahan kecil membawa kehancuran dalam hubungan.
Sudah menjadi resam lelaki ‘menguasai’ pasangannya. Tidak kiralah dalam apa juga situasi dan keadaan, ego lelaki usah dipertikaikan. Lelaki tidak mudah menyerah kalah, apatah lagi memberi lafaz merayu jauh sekali meminta maaf. Ibarat kata, kromosom XY yang bersifat dominan begitu mempengaruhi sifat semula jadi jejaka neo.
Walaupun begitu, tidak bermakna lelaki tidak boleh mengalah atau bertolak ansur. Sekeras mana naluri kelelakian, pasti di sudut hatinya ada nilai kelembutan. Dalam hati seorang lelaki, perasaan sayang akan tertumpah kepada insan tersayang. Kasih sayang seorang lelaki lebih mahal nilainya andai dia sudah mula bercinta.
Wanita pula, usah terlalu mengikut kata hati hingga mudah membuat keputusan yang akhirnya memakan diri. Andai terlalu sensitif dan mudah melatah dengan perkara yang remeh, akibatnya longgarlah sulaman cinta yang selama ini dipertahankan. Baik lelaki mahupun wanita, seharusnya memberi sedikit ruang buat pasangan untuk berdamai dan mungkin ada ketikanya beralah..
Bukankah masih banyak jalan penyelesaian boleh diambil daripada memilih jalan berpisah. Tidakkah menyesal andai perpisahan akan membuat hidup menjadi sunyi dan menyendiri?
Seperti kata Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISIM) yang juga Kaunselor Profesional, Dr Fadzil Che Din, bagai tidak lengkap sebuah kehidupan tanpa pasangan di sisi. Penting untuk setiap insan mengecapi kebahagiaan dan kasih sayang, sekali gus mengelak daripada hidup bersendirian.
Dr Fadzil berkata, tiada siapa mahu dirinya hidup bersendirian hingga terasa sunyi.
“Jika tidak sibuk di tempat kerja atau melakukan tugas-tugas lain kebanyakan mereka yang pasrah dalam perhubungan lampau memilih untuk mendekatkan diri dengan program keagamaan atau mengambil anak angkat.
“Tindakan ini suatu langkah langkah positif atau setidaknya mampu mengembalikan keceriaan hidup tanpa terbeban dengan perasaan sunyi dan sepi hidup berseorangan,” katanya.
Di sini, Dr Fadzil mengulas cabaran bercinta serta gejala dan kesan psikologi andai tiada teman di sisi.
Jika yang sudah berteman tetapi memilih untuk hidup bersendirian, ada baiknya memikirkannya semula kerana dunia ini sunyi tanpa cinta.
Bersama Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISIM) dan Kaunselor Profesional, Dr Fadzil Che Din
Boleh Dr Fadzil terjemahkan senario lelaki dan wanita yang memilih hidup bersendirian?
Banyak faktor menyebabkan mereka memilih jalan hidup bersendirian. Mungkin faktor pengalaman sebelum ini menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran hingga terleka dengan faktor peningkatan usia. Jika situasi ini terus berlanjutan, ia boleh pula menjadi alasan dalam istilah psikologi sebagai ‘pampasan’ untuk melakukan bidang lain sebagai langkah melupakan permasalahan itu.
Apakah punca yang menyebabkan mereka tiada pasangan hidup?
Faktor gaya hidup antara lain mendorong masyarakat mulai memilih untuk tidak berkahwin awal. Malah, sekarang ini terutama di barat trend berkahwin lewat bagaikan
sudah perkara biasa. Bayangkan jika anda sudah berusia lebih separuh abad tetapi memiliki anak yang masih kecil. Bukankah itu menyukarkan keadaan pada masa depan?
Mungkinkah akan berlaku kesan psikologi andai tidak berkahwin?
Saya boleh katakan hampir tidak berlaku konflik andai tidak berkahwin. Jika kita melihat, mereka yang berkeluarga juga mempunyai konflik seperti orang bujang. Stigma masyarakat sekarang tidak meletakkan seseorang itu harus segera berkahwin. Ia bergantung kepada individu itu sendiri dalam membentuk tanggapan dan pembawaan dirinya sendiri.
Mungkin ada alternatif untuk mengelak daripada berlaku tekanan kerana tiada pasangan di sisi?
Kebiasaannya mereka yang hidup bersendirian memilih menyibukkan diri dengan urusan lain, umpamanya bekerja lebih masa dan memberi tumpuan dalam kerjaya. Selain itu, ada pilihan lain seperti mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan dan memilih mengambil anak angkat atau memelihara anak saudara bagi mengubati kesunyian.
Adakah Dr Fadzil merasakan mereka yang bersendirian terlalu memilih?
Mungkin jika faktor usia dulu boleh diungkapkan sebagai memilih, tetapi apabila sudah satu tahap ia lebih kepada faktor cita rasa yang meletakkan keperluan eksklusif diri individu itu sendiri. Pada satu tahap, masyarakat semakin maju dan terlalu sofistikated sehingga membentuk naluri yang sebegitu.
Nasihat Dr kepada mereka yang masih gagal memilih pasangan hidup?
Baliklah kepada asas iaitu apakah jalan itu yang dipilih. Mungkin faktor agama boleh dijadikan asas untuk kita memikirkan kembali keperluan memiliki zuriat sendiri. Apapun, jika sudah terlambat, tidak perlulah berusaha untuk mencari perhubungan yang tidak mungkin tiba.
Ayuh, gunakan saat ini untuk menggembirakan diri. Jika tidak berpeluang memiliki zuriat, lakukan kebaikan untuk keluarga dan setidaknya mengambil anak angkat ataupun menjaga anak saudara. Apapun, jangan sesekali menjadikan insan lain yang tidak berkahwin sebagai idola untuk dicontohi, sebaliknya melihat dari aspek diri dan situasi diri sendiri.
Bagaimana cara terbaik untuk seorang wanita memikat hati lelaki?
Umum mengetahui lelaki impikan wanita cantik dan memiliki bentuk fizikal menawan. Kriteria itu sebenarnya menjurus kepada senario hari ini. Ada tiga faktor membuat lelaki tertarik kepada wanita iaitu rupa paras, aksesori seperti fesyen, solekan dan kenderaan dimiliki serta kedudukan ekonomi seseorang wanita termasuk kerjayanya. Tiga faktor ini hanya sebagai kriteria tetapi ia berbalik kepada cita rasa seorang lelaki itu sendiri.
Salahkah andai seorang wanita yang memulakan usaha memikat lelaki?
Tidak salah sama sekali. Ini kerana seorang wanita harus memiliki matlamat dan objektif dalam hidupnya bagi memulakan hasrat itu. Wanita pada amnya mencapai tahap kematangan lebih awal iaitu antara usia 13 hingga 16 tahun.
Oleh Fairuz Zaidan Cinta Oh cinta!
4 Komen:
Rasanyer macam mana canggihnye dunia internet yg menjadi teman setia manusia tak dapat tandingi kehadiran manusia itu sendiri....rasanyer manusia sahaja yg boleh isi sesuatu di hati...sekotak computer program hanya mengisi minda dan mata....he..he...rasanyer macam tu buat saya...
tak semua cinta itu indah...cinta akan datang dan pergi sesuka hati..seperti cinta itu tiada harganya lg...
pngenalan aku dgan si dia hnye dlm chating....ttp hbgan kmi akrab shgga lh kmi mnjlinkn hbgan cinta...aku bhgia brsamanya..........dgaan yg kmi lalui m.buatkn kmi kkl shgga ke jinjng plmin hngga lh skrng.....bb,ayg cnta sgt kt bb,,ayg hrp hbgan kte ini kkl abadi...itu lh dunia internet bgitu cnggih.........:)
em....