Tatkala kau bertanya
Apa khabar bang?
Sukmaku terbang melayang
Jauh ke negeri antah-berantah
Tatkala kau bertanya
Abang sihatkah?
Pagiku menjadi indah
Jiwa di amuk
Resah gelisah
Tapi
Apabila pagi ini menjelma
Atmaku dilambung ombak kesah
Tiada apa yang dapat kuhadiah
Pada hari yang bertuah
Hanyalah nasihat dan madah
Bahawa hidup ini bukanlah mudah
Seperti mana yang disyarah
Juga abang ingin bertitah
Bahawa sudah sediakah
Kau bukakan pintu hatimu
Untuk kubawa dan kubimbing
Bahawa sudah relakah
Untuk ikut dan meredah
Bersama abang kita melapah
Dan berkasih pada jalan Allah
Nukilan,
Serunai Faqir Puisi Cinta - Titah Aduka Wahai Puteri
0 Komen: