Dugaan cinta jarak jauh


Share on Tumblr Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.



Dugaan cinta jarak jauh

51 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kau mmg jauh dr ku..talipon tak berjwb .sms tak ada balasan...adakah aku perlu setia lagi

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh??jauh mane?ada smpai ke bulan ke?? 1km?10km?@1000000km?..... knape nk bcinta jarak jauh, fit sgt ke? short distance pon tcungap2 xtkejar.. y dekat d hati pon xsggup luang mase contact 5x shari..ziad bg tip u contact kekasih Maha Pengasih, 24434..

Tanpa Nama berkata...

perit...
tp tatap sabar....

Tanpa Nama berkata...

windu sgt kat dia...tah bilakah kita boleh berjumpa...

Tanpa Nama berkata...

yakin..dan doa lah stiap masa..kesetiaan jadikan ciri watak diri..tdak selamanya bjauhan jua..

xeyraa berkata...

aku mengalami nya..
amt sedih dan perti meraskan..
nak2 bile msg x dbals..
pgglan x d angkt
cm rse ttpu jerpp!

Tanpa Nama berkata...

ak pon skunk stay jauh gak dari dia..tp stiap ari contact alhmdulilah..hope sgt dye setia n rase cm yg ak rase skunk...

Tanpa Nama berkata...

Dah bosan dengan cinta jarak jauh..Lebih2 lagi kalau ia cint terlarang..Mengapa hanya aku saja yang harus ingat padanya??Ah aku sudah bosan dengan hidup begini..

Tanpa Nama berkata...

nape ak sorg je yg rs prasaan ni..
perit rasanya..

Tanpa Nama berkata...

mmbr aku ok jer bercnta jark jauh..skrg alhamdullilah dah kawin pun..semoga bahagia selalu akak doakan amalina tukiman..Amin..

Tanpa Nama berkata...

cinta nun jauh d'sana mmg menyakitkan...
tkot n rsaw menyelubungi diri...
tp..
ttp p'tahankanny...
utu kebaikan b'sme..
setia la ngan psgn anda...

Tanpa Nama berkata...

mmg la jauh tp sejauh mana pun jarak tetap hanya jarak bukan jd pengukur kesetiaan kita pd pasangan kita..ini lah dugaan..klu dekat pun hari2 brgaduh xde guna jugak..

balqis berkata...

cinta jrk jauh bkn halangan untuk anda bsama, sms, tel, email.. kan ada, klu tak berbls, sbr je lah, mngkin masa tu dia sbk ke, tdr ke, ape ke..so sbar je ye..

balqis berkata...

cinta amt perlukan komitment..pengorbanan amt ptg tau, ksh syg msti jujur dan ikhlas, cintailah dgn seadanya..

Tanpa Nama berkata...

cuma nak bkongsi pgalaman..sy sorg plajar di uk n my boyfren is in msia..scra fizikal mmg kami amt2 bjauhan tp jgn jadikan jarak sbgai phalang..n disbbkan ni kami smkin mhargai khadiran msg2..try to take dat percntaan jarak jauh as +ve as psble evntho its hard.. btw doakn kami bkekalan ya..:)

Tanpa Nama berkata...

pcintaan jrk jauh x de masalh ,yg pentingkita percaya dan yakin serta setia terhdp pasangan kita...jarak bukan penghalang...luangkan masa untuk pasangan kita..dan jgn bagi perasaan terabai merasuk hati...

tasneem khalaf berkata...

sudah tidak yakin..even x begitu cinta,tapi apabile ditipu,sakit ye menikam kn??lagikn pulak kalo tulus mencinta..sakit..luke..xkn percaye cinta jarak jauh..itu cume pada anggapan saya..


~fantaszycinta~
cinta hanya mampu difantaszykn..

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh!!! sesetia mane pn kte trhadap die adakah kte yakin die akan setia dgn kte.. bg sy la, bkn sng nk prcaye kan org yg xnampk di mate ni.. org... nothing is impossible!! setia pn, tup tup dpt calling mtk clash.. ape ni.. skitnyer....sabar je laa.. single is better!!

Tanpa Nama berkata...

. . .sbnarnya i2 t'plng kpd dua belah pihak, samada dia setia @ x. . .klu keduax sling memahami ok lah. . .kata katy perry. . .haha. . .tak payah sedih2 bnyak lgi cewek n cowok d sana yg meletup2. . . .

Tanpa Nama berkata...

cnta jarak jwh,sliiiit bgt
pa lg klw no hpe cow qta gag bsa d hub'in
ataw mti tiba2
waaaahhhhhhhh,,,,,,,
bsa hlang akal jd'na

Tanpa Nama berkata...

perkara yg paling sy tkt cz semasa brada dkt,dia tk mcm dulu lagi...

Tanpa Nama berkata...

berubh hny krn org lain...

Tanpa Nama berkata...

Hajrah,6 Maret 2009
Hubungan jarak jauh hanya membuat saya trauma menjalani hubungan dengan seseorang lagi. karena hanya rasa sakit yang saya dapat dan lebih parah lagi yang saya jadikan pacar adalah sepupu sendiri.dan akhirnya hubungan kami saat ini menjadi renggang.setiap saya hubungi dengan tujuan cuma ingin memperbaiki hubungan yang sudah berantakan sebagai kelurga,tapi yang akhirnya yang ada cuma perasan jengkel yang ada dalam hati.mungkin sampai sekarang masih ada perasaan sakit di hati ini.

Tanpa Nama berkata...

CINTE JARK JAUH MMG RUMIT..SO KTE KNE SABAR BNYK..SKP JUJUR N SETIA BNDE Y PALING PNTING.AK PN NGAH ALAMINYE SKRG...KDNG2 MMG SONOK..TP DTG TIME RNDU 2 Y XTHN 2..

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh????? hurrrmmm..........perlukan byk kesabaran n kepercayaan..

Tanpa Nama berkata...

cinta jrak jauh.mmg mguji ksabaran.krinduan..tdk pnah bcinta dgn org yg dkt sdah mjadi kbiasaan bila bpasangan dgn org yg jauh di utara.lau pn kdang2 ati rs cam nak pecah sbb mnanggung rindu.subbahannallah..Yaallah..hany Engkau saja yg tahu..

Tanpa Nama berkata...

aku mengalami cinta jarak jauh...
dalam 3 tahun bercinta hanya 4 kali berjumpa...
tapi cinta y dirasakan semakin mendalam..
saban hari tak pernah pudar antara kami..
namun terlalu banyak halangan dan hasutan supaya aku meninggalkannya..tapi jodoh kami masih kuat
mungkinkah sabah dan kedah bersatu hati????
hanya takdir menetukan

Tanpa Nama berkata...

actualy,i hadapi situasi mcm ni dh 2tahun...tp alhamdulilah...sbab kami hari2 contact..doakn kebahagiaan kami&doakn moga kami d jodohkn...
rindu merupakan watak utama dlm situasi sebegini..tp tenagkn hati,fkirlh +tive sentiasa..insyaallah....kita akn berjaya hadapi dugaan ini...allahuakbar..

daLiaNa berkata...

Ehh..
kite rasa kite pon tgh cinta jarak jauh la..ngee..
tp nape laki tu x nak jumpe kite lg eh?
btul ke dia x ready lg?
btul ke dia de prob?huh..
kdg2 trasa tah2 dia ade awek len kot? takut awek dia tau dia kawan ngn kite ke? heh...
tp x kot..kite sndiri brani mek risiko ni..nak x nak kene la sabar.. tp INGAT.. jgn serahkan sepenuh kepercayaan anda trhdp pasangan anda eh..

Tanpa Nama berkata...

aku pun mengalami pecintaan jarak jauh gak.. wuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. rindunya hanya tuhan aja yg tahu.. camner pun aku ttp percayakan dia n akan setia ngan dia.. iskk.. abg.. miss u lots..

noor_syaz berkata...

ak pn prnh lalui smua ni..tp ternyata kesetiaan ak tidak d hargai lgsg
die menduakan ak nk akhirnya ber2nang tanpe memberi kt pts pad ak...ak anti cinta jarak jauh...serik beb...

:: a R s y A :: berkata...

sy skrg tgh lalui cnta jrk jauh
alhmdulillah bt msa ni kami ok jer..
hope sgt hbgn kmi kekal..
amin..

era berkata...

sy bkl mengalami cinta jarak jauh! ;(
tkotnye!x tau lah,
berserah jew n ready 4 whut will hpen in ours..

yusfarina berkata...

cinta jarak jauh.
walaupun tak sampai 20km.
dulunya dia di belakang umah ku.
sekarang hilang dari mata.
perit tak terkata

Tanpa Nama berkata...

aku kt slatan dia kt utara..
bru 1 kli jmpe,skjp plak 2..
org xkn fhm npe aku trime dia..
nk trgkn pn xtau..
coz cinta n syg x prlukn sbb,hehe..
rse hepi je coz aku tau dia pn rse pe yg aku rse..
yg pnting stia+pcye+sbr..insyaallah..

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh memang susah aku pun sedang hangat bercinta jarak jauh,susah sgt nak faham die sbab kami hanya bejumpa 1x selama 7bulan ni tp setiap hari dan setiap mlam die akan call aku doakan hubungan kami akan kekal

si lelaki berkata...

perghh,, mmg perit lg2 time dpt taw si dia curang...
ape boleh buat curang dpn mate sendiri plak 2...
mcm alasn di beri..
pompuan mmg mcm g ni lah x pernah setia..

honey berkata...

by knp by buat macam nie kt honey..
honey tak sangka kerana honey terlalu mhormati by by tinggalkan honey bergitu saja..honey tahu honey berada jauh dari by tak seperti dulu kita dapat bersua muka setiap hari,tapi honey terpaksa melakukn nya untk masa depan kita bersama..tpi honey akn tetap setia mnunggu by

yaya sayang fir 4 ever berkata...

aku tinggal kelantan, dia tinggal p.pinang....risaulah takut dia curang tapi dia call aku selalu...alhamdulillah.....aku hope dia sayang aku 4 ever.....i love u fir so much 4 ever until die...cinta aku pada dia tak akn berubah....janji sayang.....

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh???..huhh,wat pa nk setia n jujur kat dia,klu dia sndri x mnghargai kesetiaan n kejujuran kta...buang MASA ada lerrrr....

Tanpa Nama berkata...

Aku dah 8 tahun couple dgn girlfriend aku, tp skrang dia kena sambung belajar kat mesir selama 6 tahun, .. aku harap hubungan kami berkekalan, .. amin.

Najihah Yusof berkata...

Saya syg awak :)
Saya sntiase yakin dgn awak :D
Even awak jauh dkat sane,
sye still tggu kat sni :)

Tapi , kalo ati awk da ade pompuan lain,
sye harap awk lepaskn jek la sye :(


I Love You,sayang awak!

aku je . berkata...

takotnya nak jarak jauh dgn bf.
;(

Tanpa Nama berkata...

aku skrg pn tgh almi smua ni ....
perit beb....
ktaorg stu ngeri tp sbb aku kna smbung study trpksalah brjauhan...
mcm2 dh aku lalui..kjap on kjap off..tp aku still syang dia...
mcm2 aku bwt spya dia x lpakn n curang dgan aku lg...aku hrap dia dh brubah..n dia pgg dgan jnji dia...bkan mslah jauh je aku ni mslah beauty n da beast pn ade..antra dua drjat pn ade..hai x tau la dia bleh than ke x...tp pe2 hal pn aku ttap stia dgan dia n hrap dia pn sme...mdah-mdahan sgala dugaan yg ktaorg trpksa lalui ni dpt tmbhkan lg ksih syang antra ktaorg...doakan ye...

rbayanie berkata...

Yani
aku tertarik la bila pasal phrase
"cinta itu komitmen
cinta itu tanggungjawab"

memang betul...
aku akan pikul tanggungjawab ne

Tanpa Nama berkata...

cinta jarak jauh...huhu
xsgka aku akan hadapinya..
perasaan aku berbelah bagi..dia akn ke luar ngara tok smbung study..aku tkot nak biar dy g tp apakan daya dia g sne tok blaja demi mase dpn.
aku arap mmg jodoh aku ngan dia dan ak ngan dia akan dapat mengharungi dugaan nie dgan tabah, sabar dan saling mempercayai satu sama lain...insyaAllah..

Anonymous berkata...

aku mengalami cinta jarak jauh...
dalam 3 tahun bercinta hanya 4 kali berjumpa...
tapi cinta y dirasakan semakin mendalam..
saban hari tak pernah pudar antara kami..
namun terlalu banyak halangan dan hasutan supaya aku meninggalkannya..tapi jodoh kami masih kuat
mungkinkah sabah dan kedah bersatu hati????
hanya takdir menetukan

MOHD MAS AIDIL berkata...

aq sedey sgt bile die x mcg aq....
tp aq hepi sgt bile stiap malam kami berborak...
aq sedey sgt bile borak,asyik benda yg same je....
aq hepi sgt bile die suke ckp dgn aq...
aq sedey sgt bile aq bau buat super saver,7 minit je ckp,die kate die nk tdo....
sedey rasenye....
:(

diebakhai berkata...

cinta jarak jao memang satu ujian ....
sebab aku sendiri melaluinya ...
hati sukar untuk mempercayainya ...
tapi aku selalu berusaha untuk mempercayai nya dan menyedapkan hati dengan mengatakan dia hanya untuk aku ...
dia hanya menyayangi aku ...
hurmm sedih sangat bila rasa dia ada orang lain .. :(

Izni Mazlin berkata...

insya Allah, aku dengan dia tetap bersame, sebab aku sygkan die, die cintakan aku, hehe , 7tahun kapel :)

Tanpa Nama berkata...

saya mengenali dia melalui laman sosial facebook...setelah sekian lama kami menjalin kasih...kami berjanji sehidup semati...tetapi dia mengambil keputusan untuk putus dengan saya atas alasan saya jauh dari dia...walau saya tak dapat terima dengan perpisahan ini...saya berlalu pergi dari hidup dia tanpa sebarang kata...dan saya doakan semoga dia berbahagia dengan pengganti saya...tiada apa yang buat saya bahagia melain melihat dia bahagia dalam hidup dia...mungkin saja dia minta putus dengan saya sebab saya tidak memenuhi ciri2 yang dia impikan dan menjadikan jarak diantara kami alasan untuk dia berpisah dari saya...apa2pun semoga dia berbahagia bersama teman barunya...i miss you

salam dari rantauan

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.