# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.
# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.
# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.
# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
# Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik. Mutiara Kata Hikmah Luqman al-Hakim (2)
1 Komen:
Jauhilah tujuh kebinasaan iaitu syirik, sihir, bunuh diri, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang dan menfitnah wanita mukmin.