Makna Kata Lelaki - Maksud Di Sebalik Ayat Lelaki


Share on Tumblr
Maksud Di Sebalik Ayat Lelaki
Lelaki memang suka bercakap dengan menggunakan ayat yang ‘berbunga-bunga’. Adakalanya ia seakan memuji padahalnya ia memerli, ada juga ayatnya manis sebenarnya pahit. Jom ketahui maksud di sebalik ayat-ayat mereka dalam perhubungan.

1)      KATANYA : “Semalam, keluarga saya ada bertanya pasal awak”
MAKNANYA : Si dia betul-betul serius dengan kamu!

2)      KATANYA : “Kenapalah baru sekarang saya berkenalan dengan awak, kenapalah tidak dari dulu?”
MAKNANYA : Si dia memang mengagumi kamu dan kamu berjaya mencuri hatinya!

3)      KATANYA : “Jangan risau lah, mak I memang macam tuh…”
MAKNANYA : Ada kemungkinan ibunya tidak menyukai kamu.

4)      KATANYA : “Saya ni AGAK single!”
MAKNANYA : Si dia mungkin sudah berpunya tetapi si dia masih tertarik dengan kecantikanmu!

5)      KATANYA : “Jom lepak sama-sama!”
MAKNANYA : Bukan senang untuk si dia mengajak seseorang lepak dengannya, tetapi jika dia mengajak kamu itu bermakna si dia sangat selesa denganmu.



6)      KATANYA : “Jom date, saya jumpa awak kat Restoran terus okay ?”
MAKNANYA : Dia memang tidak berminat dengan kamu kerana si dia tidak bersungguh-sungguh dengan mu!

 7)      KATANYA : “Buat masa ni, saya masih tidak bersedia untuk gantikan tempatnya”
MAKNANYA : Dia benar-benar hanya mahu berkawan dengan mu, jadi jangan memaksanya!

 8)      KATANYA : “You memang seorang kawan yang baik!”
MAKNANYA : Nampaknya harapan kamu untuk menjadi kekasih hatinya sangat tipis! Kerana si dia benar-benar tak akan menjadikan mu pasangan hidupnya!

9)      KATANYA : “Setakat nak lepak dengan kawan-kawan je pun, kenapa mesti nak kena pakai lawa-lawa?”
MAKNANYA : Dia cemburu dan takut kalau-kalau kamu di ngorat oleh orang lain.

10)   KATANYA : “ I need space dalam hubungan kita!”
MAKNANYA : Selamat tinggal pada hubungan kamu dan si dia! Dia benar-benar sudah bosan dengan ikatan antara kamu berdua.

~ Remaja
Makna Kata Lelaki - Maksud Di Sebalik Ayat Lelaki

12 Komen:

Unknown berkata...

Kta2 yg klua dr mlot lelaki sllunye x leh dpcyai..Propa je lbh.

ATIE berkata...

ngee... bole caye ke?hhhhhhhhah

g'ha zulkeflee berkata...

betol kew sume ny ,,

Tanpa Nama berkata...

ad jgk btlnye 2...

lalala berkata...

wahh.... benarkah ayt no. 2 itu..? damn i'm so happy:)

Tanpa Nama berkata...

Ayat no.10... adalah sangat benar....

Tanpa Nama berkata...

no comment ...paham2 je lelaki sekarang ..x semuanya bagus,x semuanya baik .. :)

Tanpa Nama berkata...

betul_betul betul,,lelaki sekarang ni suke memain kan perasaan pompuan

Tanpa Nama berkata...

susah lh nak cari llaki zman skang ne., bkan ble pcaya pon., silap2 jdi skndal ade lahh..

Tanpa Nama berkata...

propa je lelaki neh..byk drama..

elsyasya. berkata...

tak percaya kata2 lelaki nie, baru jumpa je terus suka kat kita lah.. entah2 main2 je..but no 2 tu betul ke tidak.. kalau betul happy jadinye.hehe.

elsyasya. berkata...

tak percaya kata2 lelaki nie, baru jumpa je terus suka kat kita lah.. entah2 main2 je..but no 2 tu betul ke tidak.. kalau betul happy jadinye.hehe.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.