10 Tanda Wanita Menolak Anda


Share on Tumblr Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita.

Apabila sudah mula kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya. Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama “jinak-jinak merpati”. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya. Berikut adalah tanda-tanda gadis yang sebenarnya “menolak” pelawaan anda untuk menjadi pasangan anda. Kalau anda sudah terlihat tanda begini, berhati-hatilah. Jangan terlalu menaruh hati.

1. Dia tidak membalas panggilan anda
Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan mesej dan dia tidak membalasnya.

2. Dia cuba ‘menjodohkan’ anda dengan kawannya
Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Dia akin bersungguh-sungguh memuji orang lain dan menyakinkan anda bahawa anda tersilap memilihnya. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

3. Tiada bahasa tubuh
Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tiada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak pelawaan anda dengan baik
Apabila sudah saying, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

5. Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat
Dari salam perkenalan anda ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.

6. Dia berikan perhatian lebih kepada ‘kawan’ anda.
Dalam satu sesi perjumpaan bersama kawan-kawan, tatkala kawan anda membuat lawak, si dia beria-ria ketawa, seakan memberitahu menyenangi lawak tersebut. Malah setiap kali kawan anda membuka mulut bacteria, si dia Nampak begitu tertarik. Tapi saat anda bercakap, si dia kurang memberikan perhatian malah sering memotong percakapan anda dengan sepantas mungkin.

7. Dia bercakap tentang lelaki lain
Kecuali Brad Pitt yang cukup terkenal dengan ketampanannya, si dia tidak begitu teragak-agak bercerita tentang lelaki lain di hadapan anda setiap kali anda keluar berdua. Si dia akin mengatakan dia begitu tertarik dengan karisma si dia tanpa langsung mempedulikan perasaan anda. Jika inilah hal yang berlaku, faham sajalah siapa anda disisinya. Lebih baik jangan terlalu perasan!

8. Dia sentiasa bawa kawan bersama
Bayangkan situasi anda setiap kali anda mahu mengajaknya keluar, si dia bersetuju dengan pelawaan anda itu. Dia bertemu anda tetapi malangnya dalam pertemuan tersebut, dia turut membawa kawannya bersama. Ini menunjukkan dia bukan jenis mahu menghampakan perasaan anda dan sebab itulah dia bersetuju membawa kawan menemaninya. Anda pula tidak boleh marah-marah sebaliknya perlulah sedar, dia bukannya mahu keluar dengan anda.

9. Si dia tidak memperkenalkan kawan-kawannya
Satu lagi petanda bahawa si dia tidak berminat untuk meneruskan perhubungan dengan anda adalah apabila si dia tidak pernah mahu memperkenalkan siapa kawan baiknya kepada anda. Dia mungkin boleh berbual atau berborak dengan anda tetapi dia tetap menyembunyikan kawan-kawannya dari anda.

10. Dia tolak pelawaan anda keluar
Ini mungkin perkara akhir yang perlu anda ambil perhatian. Setiap kali anda mengajaknya keluar, si dia sengaja memberi pelbagai alasan asalkan tidak keluar dengan anda. Justeru itu, kalau 10 kali anda mengajaknya tetapi cuma sekali dua disambut, itu bermakna dia tidak berminat langsung dengan anda. 10 Tanda Wanita Menolak Anda

21 Komen:

Tanpa Nama berkata...

thanks for the tips!

Tanpa Nama berkata...

aku tinggalkan die trus kalo ia berlaku kat aku ....jgn tepuk sebalah tangan kaum laki heehe

Tanpa Nama berkata...

its really true

Tanpa Nama berkata...

girl friend sya ada dalam tapi bukan semua

Tanpa Nama berkata...

kne wt g2 maa..
bkn pe..
xnk bg hrpn pdnye..
arp2 fhm..
nt kta kte men2 kn prsaan dia..
kn x bgus cm 2..
yyiieeeehhaaa...!!!!

Tanpa Nama berkata...

kdg2 pmpuan sja2 nak tgk ksungguhan lelaki..

Tanpa Nama berkata...

aku selalu bt cm 2.ekeheehehe....

Tanpa Nama berkata...

tp, aku akn terime llki yg dapat betahan dgn perangai aku yg cm 2.... llki selalu x peka, sekali kene tolak pmpuan die terus undur diri.. tp, yg x bestnye pulak.... klu nekad 2.. mendesak sgt.. so, fkir2 le.. nk gk kene ejust....

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ko ni perasan ko lawa kot.sebab tu ko nak lelaki ikut apa yang ko mau..kalau ko betul2 lawa tak pe..kalau tak cantik,perangai lagi tak cantik macam buruk jadinya.Baik ko ubah perangai ko tu..nanti susah ko cari kawan.Perangai orang jenis ni ..baik tinggal dalm hutan je...hehehhe

Tanpa Nama berkata...

kalo dah jdoh tolak ketepi pon..tetap datg tgh semula..

Tanpa Nama berkata...

xsume laki same...pada mata kasar mmg arr...
tapi dlm sapa tau..yang buruk xsmesti buruk..yg baik xsmesti bek punyer!!!
so,lu pikirla sendiri........ade,ade arr...xder..xder arr...

Tanpa Nama berkata...

aku bkan per..yang Hawanyer pon..sama naik jer ngan kaum Adam..zaman skang...xcam dlu..dlu martabat Hawa diatas..martabat Adam dihormati..tapi skang..HANCUSS!!... HANCUR BEB!!Dua2 sama ja eh...hanya sesetengah je yang masih suci...

Tanpa Nama berkata...

"dye tdk mblas pggilan anda". ta smsti yer dye tank jwb. myb dye bz ke? kate, tabule slhkan 100%. btul ta? kate, mst dga alsan yg kukuh dlu?
"dye cuba mjdohkan anda dgn kwnn yer". mne tau dye pdnkan you dgn kwn you, sbb dye jlez ke you rpat nan kwn you? nee ta smsti yer dye tasuke kan you. btul ta? ape nee. pkir la btul2

Tanpa Nama berkata...

ape lagi? simbah je asid kat muke pmpuan tu..setel..hahaha

Tanpa Nama berkata...

aku prnh brpakat ngan kwn aku,nk tgk llaki ni ikhlas x ngan aku,tp mmg terang lg brsuluh yg dia mmg nk prmainkan aku....so,aku xlyn dah dia pas2....pdn muka....skrg ni,dia plak dipermainkan olh kwn aku...hahahahahahaha....pdn btul dgn muka dia 2,puas hati aku.....

Tanpa Nama berkata...

SIM say.....ooi,kalau memang dah orang tak suka,jangan paksa lah. bodoh!

Tanpa Nama berkata...

cinta bkn mcm beli barang..byr duit terus dapat..cinta lahir dari hati dan perasaan...lambat laun klau bersabar akan dapat ganjarannya...mungkin gurl buat mcm 2 coz nak uji cinta kita kaum lelaki kepadanya...so fikirkan la...=)

Tanpa Nama berkata...

jgn bgaduh...

Tanpa Nama berkata...

sedihntya aku bca smua ni..

Unknown berkata...

Semua tips kena pada saya,,
Sedih ,,terasa kecewa sgt,,😥

Unknown berkata...

kissama

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.