Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa ,strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.
Bagi ibu bapa pula,petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.
Rencana ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri,dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.
Pertama, hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.
Kedua, pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda.Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah.Lakukan demi kefahaman.Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.
Ketiga, jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting.Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang,sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah,jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok.Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Keempat, sanggup bekerja keras.Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%,anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik,fakta,rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.
Kelima, mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur.Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR).Jangan lupa,aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham,melukis(melakar),menulis dan mengingat.
Di samping membaca, memahami dan mengingat ifakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan,anda mesti mahir melukis peta,rajah,jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini,di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai.Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus.Misalnya,bagi menguasai mata pelajaran Matematik,anda perlu menguasai topik,rumus,simbol dan pengiraan.
Keenam, sentiasa sihat badan dan cerdas minda.Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak,bersih,segar dan berkhasiat.Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais.Ingat!!Otak yang cerdas,pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria,datang daripada badan yang sihat.Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang.Pastikan anda sihat,cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.
Ketujuh, sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa.Bukan sahaja anda,ibu bapa,sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat,dan turut mendoakan kejayaan anda.
Oleh: Dr Sulaiman Basri 7 Petua Kecemerlangan Pelajar
6 Komen:
bagus!
tip utk plajar u ?
satu cadangan yang bagus untuk para oelajar..nur pun mempunyai kaedah yang sama dalam memantapkan diri menjadi seoorang insan yang berjaya..nur akui nur adalah insan yang lemah tapi dengan berkat kesabaran nur,nur berjaya tempuhi dengan jayanya..
kalau utk student uitm i think macam ni...itupun kalau style aggregate tak tukar...
1) Kalau subject yg suka sakan or suka biasa n credit hr byk.... everytime after class ..malam tu up dates notes kalau perlu n buat ulang kaji topic yg di blejar tadi n masa buat latihan past years qs or topic qs make sure faham n bersungguh....objektifnyer nak score masa exam...jadi buat siang2x senang nak tanya tutor kalau nak paham lebih.... n nanti masa exam nak paham n masa revision later on cepat sikit ingat n cover.....
2) kalau test masuk carry fwd dlm final exam marks then make sure 100% score bcos topic cover sikit....senang ingat....
3)jgn lupa doa tiap2x kali solat..bersihkan diri dari hasad dengki n bongkak...terangkan hati n apa yg di belajar hari tu tak lupa n masa exam boleh jawab semua soalan dgn senang n mudah...n score...
4) exam time jgn nervous...sebab kadang 2x bila kalut nak exam apa belajar lupa...bila dah buat revision just semak2x santai sekadar nak refreshkan...
Selamat mencuba n berjaya....it works for me....i hope works for you too...
doakan ana berjaya ..terima kasin tipsnya
terima kasih