Antara Aku Atau Dia?


Share on Tumblr Kamu meragui hubungan si dia dengan sahabatnya sendiri? Apakah yang harus dilakukan? Mendiamkan diri atau memintanya berterus-terang?

Daripada mengusir sahabat baik kekasih kamu, lebih baik kamu berusaha untuk menjadi temannya juga.


"KAMI cuma sahabat dan tidak lebih daripada itu," jelas Fendi setiap kali Rina berbicara tentang persahabatannya dengan Zana yang diakuinya sebagai kawan baik.

Menurutnya, kekasihnya Rina bukan tergolong di dalam kategori individu yang kuat cemburu buta.

"Saya percaya dengan cinta Fendi tetapi kehadiran Zana dalam hubungan kami membuatkan saya berasa kurang selesa. Saya berasa seolah-olah menjadi orang asing ketika berada di antara mereka," kata pula Rina.

Melihat situasi tersebut, Rina bukanlah seorang yang boleh dikatakan kaki cemburu buta. Hubungan yang dijalinkan selama ini adalah atas dasar saling mempercayai dan ketelusan hati.

"Bukan niat untuk mempersalahkan rakan-rakan wanita Fendi tetapi entah kenapa apabila teringatkan Zana, saya berasa kurang selesa," luah hati Rina.

Pada posisi yang sama, kamu mungkin pernah merasai dilema yang dihadapi Rina bukan? Dan perkara itu jugalah membuatkan kamu berasa serba salah.

Menyuruh dia memilih di antara sahabat dengan kamu, jelas ia bukanlah satu jalan keluar yang bijaksana. Belum tentu pula tuduhan yang kamu lemparkan itu terbukti kebenarannya.

Bagaimana harus diselesaikan? Hendak mengabaikannya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, mungkin kamu tidak sanggup. Untuk sementara waktu, kamu hanya perlu mempertimbangkan kembali hubungan mereka sama ada masih berada di zon yang selamat ataupun dalam potensi yang membahayakan hubungan kamu berdua.

Cuba siasat adakah si dia menunjukkan gejala seperti ini:

*** Bila mereka teman sepejabat, hampir setiap hari mereka menghabiskan waktu bersama. Menikmati makan tengah hari berdua, melakukan tugasan luar bersama, sehingga berani pergi ke tempat yang jauh dari pandangan awam.

Lainlah sekiranya si dia berada bersama teman-teman lain juga. Mungkin kamu dapat menerima situasi sebegitu. Tetapi, hal ini melibatkan mereka berdua sahaja. Hati-hati kerana sesuatu akan berlaku tanpa mereka sedari.

*** Si sahabat karibnya itu memahami setiap inci persoalan dalam hubungan kamu berdua. Bahkan dia lebih kenal setiap pertimbangan dan gelaran diri kamu sendiri. Yang pasti, sahabatnya itu berani mengorek setiap permasalahan dalam hubungan kamu yang bukan urusannya.

*** Mengambil alih posisi kamu. Misalnya, sahabat si dia cuba memberi perhatian yang lebih kepadanya berbanding kamu. Menelefon tanpa mengenal waktu dan tempat atau cuba mengaturkan setiap pergerakan si dia. Paling menonjol apabila pertemuan di antara mereka berlaku hampir setiap hari kerana si dia lebih mementingkan sahabatnya.

*** Si dia kerap berbicara tentang sahabatnya di hadapan kamu dan membanding-bandingkan kamu dengan dia. Kalimat yang seringkali diucapkan, "Zana bukanlah seorang wanita yang mudah mengambil kesempatan terhadap perhubungan kita, dia bukan begitu, dan dia tahu apa yang saya suka".

*** Si sahabat sering mengapi-apikan kamu bahawa dialah yang paling memahami hati pasangan kamu. Dengan bangganya, dia menceritakan sejauh mana keakraban mereka berdua.

Nah, apabila kamu menyedari si dia dan sahabatnya dalam kategori tiga mata di atas, sudah tiba masanya kamu mengambil tindakan yang selanjutnya. Bagaimana?

Ajak bertemu

Apabila si dia dilihat sering menghabiskan waktu bersama, katakan padanya kamu ingin bertemu dengan sahabatnya itu. Jika dia menolak, kamu sebaiknya berwaspada.

Ini kerana, si dia bimbang sesuatu perkara akan timbul di antara mereka. Situasi ini sememangnya perlu dititikberatkan.

Tidak bertanya, curiga jadinya

Jangan terburu-buru melemparkan tuduhan melampau atau buruk sangka apabila melihat keakraban mereka. Lihat pada situasi atau keadaan ketika itu dan cuba mempersoalkannya secara profesional.

Harus diingatkan, apabila kamu bertanya dalam tutur kata yang lembut atau dalam nada seolah-olah ia bukanlah satu persoalan besar, mungkin si dia akan menjelaskannya. Justeru, ketika berbicara, tatap mata dan bahasa tubuhnya, adakah si dia jujur berkata-kata ataupun tidak.

Jangan menyalahkan si sahabat

Walaupun marah atau benci sekalipun, janganlah mengutuk atau membuat tuduhan kepada sahabatnya di hadapan si dia. Nescaya, kamu tidak akan dibela olehnya, malah sebaliknya.

Persoalan ini sebenarnya melibatkan kamu dan si dia. Apakah yang membuatkan hubungan kamu tidak selesa? Apakah yang membuatkan kepercayaan kamu kepadanya kian luntur? Hal ini perlu dicari punca penyebab dan jalan penyelesaian.


Berterus-terang

Bicarakan kegelisahan kamu selama ini terhadapnya. Ketika berbicara, fokus pada permasalahan bagaimana persahabatan mereka mengganggu hubungan kamu berdua.

Katakan saja, 'sekarang kamu berada di sisi saya, jangan asyik menelefon dan bermain mesej sahaja, ini menyebabkan kita tidak mempunyai banyak masa untuk bicara.' Sekiranya, dia bertanyakan adakah kamu mencemburui akan hubungannya dengan sahabat? Katakan dengan tegas, 'Ya, saya memang cemburu.'

Manfaatkan si dia

Daripada memusuhi atau mengusir sahabatnya, lebih baik kamu berusaha menjadi temannya juga. Ambil dari sudut positif. Dengan cara ini, kamu mempunyai kesempatan untuk mengawal pergerakannya dengan si sahabat. Kamu juga berkesempatan mengenal erti persahabatan dalam hidupnya.

~ Kosmo! Antara Aku Atau Dia?

21 Komen:

Tanpa Nama berkata...

boleh tahan artikel ni

Tanpa Nama berkata...

aku pilih dia...heheheh

Tanpa Nama berkata...

DIA lebih tahu siapa yg terbaik tuk kita, bagi jelah kat kawan tu...tak kisah...fewww

rinryn berkata...

klu dia mmg jodoh kta..dia akn bsma kta..smpi akhir nnt..let him be..wat he wanna be..

Tanpa Nama berkata...

payah juga kes ni..

Tanpa Nama berkata...

Pening gak kalo berada dlm situasi nie..tp kne byk bsbr..kalo dh xde jodoh nk wtcmne kn..

Tanpa Nama berkata...

nu kepusou... pura-pura ja kawan tapi dalam hati bercinta

Tanpa Nama berkata...

sakit ati dipermainkan n diperbodohkan lelaki memang semua sama je... tak pernah menghargai perempuan... bila dah boring tinggalkan begitu je............

Tanpa Nama berkata...

JGN CYE NGN KTA2 BOY...DLM DNIA NI XTAUH WJUD K X LG BOY YG JJUR N STIA...SMUA X GNA!SSAH NK CRI BOY YG FEELNGNYP TOL2 NGN KTA..IF DH RPAT GLA NGN KWN GRL CAM2,XMSTAHIL LMA2 NANTI PRASAAN SHBT 2 AKN BRTUKR MNJDI SBGAI YG SPECIAL PLP NANTI.

Tanpa Nama berkata...

boy sama je!! xpenah ckp ngan 1 n x de rasa nk hargai pe yg diaorag de!!

Tanpa Nama berkata...

jodoh kita sepatutnya best fren kita juga... Kalau bf kita ada best fren girl lain.... baikla pikir panjang... 50% kasih sygnya dah pada girl tu, cuma dia tak perasan je lagi.Betul, gua dah rasa..

Tanpa Nama berkata...

berat bt0l kes ni...
ak dah rs...
ak bg guy 2 kt gurl 2...
d0rg dah knl lme...
saling memahami dah...
n guy 2 p0n memg suke kat gurl 2 be4 suke ak...
n d0rg skrg dah c0uple...
after ak clash ngn mamat 2...
h0pe d0rg hepy la...
tp pade sape yg terkena kt situasi ni...
kal0 k0rg bt0l2 syg guy 2...
jgn wt pe yg ak wt...
tkt k0rg yg rugi...
n ak dah rs perit ats keputusn ak 2...
hahaha~...

Tanpa Nama berkata...

walaupun dia ingin memilih 2org dlm hidupnya,aku hanya suruh pilih antara aku atau girl lain..tapi dia pilih girl tu atas sebab tertentu..harap dia bahagia

Tanpa Nama berkata...

MAS'EMIEZA ZAINURFARINA MASNON.I LOVE YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku jatuh cinta pada kawan ku sendiri... walaupun die dah ader buah hati aku tetap sayangkan die aku tetap nak die sentiase dicc.. aku tetap harap die akan jatuh hati pada ku...aku selalu teman die kemana2 bila die perlukan aku aku sentiasa ada. kadang2 kami mcm pasangan yan bercinta walaupun sebenar nya atas dasar kawan jer.. aku betol2 sayangkan die.. kejam kan perasaan nie... rase bersalah sgt.

Tanpa Nama berkata...

klo msalah kya gni aku pernah ngalamin malahan yg jdi shabat cwo aku itu jga shabat deket aku, tapi apa mau dikata mungkin dia jga bkan jdoh aku...
intinya skarang tuh mreka dah jadian trus aku bisa nerimanya ko..., jadi klo ada yg punya masalah kya gini sbaiknya di selesaikan dgn baik2 jgn ada ribut2 toh klo cwo itu lebih milih sahabatnya kan yg malu kita juga...

Tanpa Nama berkata...

kepada sesapa yang menyimpan perasaan kt kwn laki2 dia..plz berterus terang je..n klu dia ngh lepak ngn awek dia..toksah le kaco2..cuba gantikan posisi anda di tempat awek dia..then u will feel the same too..

Tanpa Nama berkata...

Klo gw pasti tu ingin brtmu dgn sahabatnya n gue kan telususri tu makhluk bkan utk dimusuhi tapi diajak temen n tukar pikiran siapa tau dgn berteman dgn dia juga bisa menambah lengket hubungan gw dgn kekasih selanjutnya jalani apa adanya coz hidup ni kan uda ada yg ngatur....jadi EnJOy AJaaaaa...????

Tanpa Nama berkata...

oi jangan suka nak rampas kekasih orang nti kena hukum karma bru korang tau mcm mna sakit bila kekasih dirampas.

tasneem khalaf berkata...

aku cinta S,kawan rapatku yg telah memiliki gf..bgitu juga aku yg telah mempunyai T..S juga mempuanyai ati terhadapku..cinta x bole dipakse..aku x pnh nk mecintai S..aku mempunyai T..tapi akhirye,gf S curang begitu juga bf ku,T..dan setelah lame memendam perasaan,aku dan S,teman baekku,menjadi sepasang kekasih..seronok couple ngn shbt sendiri..sbb dy lebih memahami dan mengerti..juga sentiasa di sisi.. :)
mungkin aku salah..tapi aku x pnh rampas S dr gf die..aku cume memendam perasaan terhadapnye..

~fantaszycinta~
cinta hanya mampu difantaszykn..

Tanpa Nama berkata...

saya pn pnah lalui pkara yang sama...
dulu ktorang 'teman tapi mesra'...
tu pada luaran je, dalam hati x de sape yang tau saya suka sangat2 kat dia...
dia da ada gf, yang cemburu buta...
huhu...
hubungan saya dengan dia pernah terputus selama 6 bulan...
terseksa sangat2...
lps 6 bulan, dia hubungi saya balik...
skarang ni hubungan kami btol2 rahsia...
dia still cintakan gf dia tp dia sayang nak lepaskan saya...
saya pn sama, susah nak lepaskan dia...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.