Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian maupun kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, semiskin manapun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut. Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, yang dapat melukai, memfitnah, bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.
Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi hangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.
Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah. Kita Dilahirkan
3 Komen:
tapi kalau kita terus ber..ber dan memberi...dan si dia pula hanya melihat tanpa sebarang reaksi..lebih baik kita mengundurkan diri, kerana kita akan menyakiti diri sendiri.
Iya! Benar kata muse... Buat apa kita tujukan cinta kita kepada org yg tidak menghargainya, org yg tidak membalas cinta kita??
tapi kalau kita terus ber..ber dan memberi...dan si dia pula hanya melihat tanpa sebarang reaksi..lebih baik kita mengundurkan diri, kerana kita akan menyakiti diri sendiri.