Pujuk Kekasih Cuba Aktiviti Baru


Share on Tumblr Kamu teringin sangat nak hadiri pameran kesenian, teater atau menikmati kopi di kafe yang baru dibuka. Tapi si dia macam tak berminat. Dengar nasihat berikut sebelum mencuba 'mengumpan' buah hatimu.

1. Elak Rasa Serba Salah
Jika dia enggan mengikutmu, menggunakan ayat seperti "Hari tu, saya ikut tengok awak main bola" pasti tak berkesan. Malah dia akan bertambah-tambah tak berminat.

2. Pancing Perhatian
Buktikan padanya mencuba aktiviti atau perkara baru bukan 'jalan sehala'. Contohnya jika dia setuju menemanimu ke teater, kamu rela pergi memancing bersamanya tanpa banyak songeh.

3. Sediakan Teman
Sebenarnya lelaki bimbang mereka cepat bosan ketika melakukan sesuatu yang baru. Ajak kenalan kalian bersama, contohnya ke kafe yang baru dibuka yang mahu kamu pergi. Boleh sembang-sembang sambil rasa hidangan enak. Tentu enjoy!

4. Beri Penghargaan

Selepas si dia korbankan masa, beritahu betapa seronoknya hatimu, menunjukkan kamu menghargainya. Apabila si dia rasa dihargai, barangkali dia tidak akan teragak-agak untuk menemanimu di lain kali. Pujuk Kekasih Cuba Aktiviti Baru

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bf amat liat nak lakukan aktiviti bersamaku.. :(

Tanpa Nama berkata...

pujuk jangN TAK PUJUK...

Tanpa Nama berkata...

kpd kasih
cian awak dpt bf mcm liat mcm tu..
tp xpe.. asalkan dia baik2 saja..
selebihnya pujuklah dia..
kayuh pelan2..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.