Sememangnya bukan mudah bagi seseorang meluahkan hasrat perhubungan yang sudah sekian lama terpendam, apatah lagi sekiranya ingin memutuskannya.
Tanya diri sendiri, inikah perhubungan yang kamu inginkan selama ini? Adakah si dia menerima kamu dengan seikhlas hatinya? Adakah kamu berdua dapat menyelesaikan konflik bersama? Adakah hubungan kamu selama ini berjalan dengan baik? Bagaimana komunikasi antara kamu berdua?
Sekiranya keseluruhan jawapan yang diberikan adalah 'tidak', sudah tiba masanya untuk kamu berundur atau dalam erti kata lain, lebih baik kamu memutuskan saja tali perhubungan dengannya.
Mungkin ada yang berkata perpisahan itu amat menggembirakan tetapi hakikatnya, ia terlalu memeritkan sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan hati dan perasaan.
Harus diingat, kekecewaan dalam bercinta tidak akan berterusan sekiranya kamu bijak menurut kata hati dan bukannya perasaan. Jangan sesekali menyesal dengan pengucapan yang belum dijelaskan atau sudah dilafazkan.
Sekiranya kamu tidak sanggup lagi meneruskan perhubungan ekoran sikap atau kurang persefahaman di antara kamu berdua dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan perpisahan, ikuti beberapa tip di bawah ini.
Tip ini diberi agar kamu tenang melafazkan perpisahan dengan baik, tanpa berlakunya sebarang persengketaan.
Pertimbangkan masa dan keadaanSejak kebelakangan ini, kamu merasakan begitu sukar untuk meluangkan masa atau mencipta sesuatu keadaan dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Adakalanya kamu terpaksa mencipta satu masa yang emosional. Ia adalah perkara penting dan merupakan jalan terbaik untuk kamu memulakan perbincangan.
Kamu juga tidak harus mengelakkan berjumpa dengan si dia, takut nanti kamu pula yang akan ditimpa musibah. Ikuti langkah di bawah ini.
*Tidak salah untuk kamu meluahkan hasrat yang terpendam selama ini, tetapi sikap memahami keadaan yang berlaku ketika ini haruslah diambil kira. Jangan menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa menyedari apa yang dirasai si dia ketika itu. Contohnya, jangan sampaikan niat kamu itu di saat si dia baru saja berhadapan dengan masalah peribadi atau kerja.
*Had perbualan kamu berdua di telefon sebelum memutuskan pertemuan yang terakhir. Jangan sesekali memberikan sebarang maklumat yang menyatakan kamu bersedia berjumpa dan meminta kata putus.
Buat keputusan terbaik atau tepat Biarpun ini adalah perkara yang berat untuk dikatakan, terutama apabila kamu terlalu rapat dengannya atau menyintainya, kamu perlu bijak membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.
Kamu perlu membuat kesimpulan dalam hal berkaitan percintaan ini. Segala keputusan terletak di tangan kamu. Contohnya, kamu seharusnya memikirkan perbezaan persefahaman atau ketidakserasian yang melanda diri kamu.
Tiada seorang wanita pun yang ingin mendengar cintanya diputuskan dek angkara dirinya kurang menarik atau kamu sedang tergila-gilakan sahabatnya.
Kamu seharusnya melakukan keputusan yang positif untuk diri sendiri dan bukannya disebabkan faktor orang ketiga atau sebaliknya. Untuk membantu kamu mencipta keputusan yang terbaik, cuba senaraikan alasan munasabah sebelum kamu berterus-terang dengannya secara matang.
Bicara di antara kamuWalaupun tujuan kamu ini dianggap baik, jangan sampai diketahui umum. Dengan kata lain, cara penyampaian kamu itu seharusnya dilakukan secara peribadi, bukannya di khalayak ramai.
Ini kerana, segala tindakan yang kamu lakukan itu boleh membuatkan dirinya berasa tercabar dan menambahkan lagi keegoannya. Pilihlah tempat yang privasi untuk kamu meluahkan keputusan itu.
Tidak dinafikan, begitu sukar bagi seseorang meluahkan hasrat untuk memutuskan perhubungan yang telah sekian lama dijalin. Oleh itu, kamu juga boleh menyampaikan hasrat ini secara bukan lisan iaitu menerusi surat, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel.
Harus diingat bahawa jangan sampaikan kata putus itu tanpa dia sedari atau di belakangnya. Lebih baik, berterus-terang secara langsung.
Profesional dengan pengucapan Kamu sudah memikirkan untuk memutuskan hubungan dengannya sebelum ini, tetapi segala keputusan yang dinyatakan itu membuatkan si dia berasa bersalah. Ketika itu, kamu seharusnya bijak mengatur langkah dan keadaan sekiranya si dia terkejut dengan keputusan yang kamu lakukan.
Untuk mengelakkan perkara ini berterusan, jangan hubungi si dia sebelum kamu berjumpa dengannya untuk memutuskan perhubungan. Ini akan menyebabkan berlakunya reaksi yang di luar jangkaan.
Fahami personaliti pasangan kamu, sebelum memberi kata putus. Walaupun kesedihan si dia boleh dilihat pada wajahnya, kamu harus bersikap profesional dengan apa yang akan diucapkan.
Jangan mengakhiri perhubungan dengan perbuatan di luar jangkaan seperti bergaduh atau memukul.
Ikuti tip bagaimana untuk menyampaikan mesej secara berkesan:
*Kamu haruslah memahami keadaan si dia ketika itu, walaupun dia memperlihatkan reaksi yang kurang menyakinkan kamu untuk melafazkannya.
*Ucap kata maaf sebaik sahaja kamu menyampaikan keputusan itu kepadanya.
*Lakukan persiapan bagi setiap persoalan dan alasan yang hendak dijelaskan. Perhatikan semula alasan yang disenaraikan sebelum kamu menjelaskan kepadanya.
*Cuba elakkan bahasa tubuh ketika berbicara dengannya.
*Yakin dengan diri sendiri. Jangan sesekali berasa diri gagal untuk menyatakan keputusan.
Pelihara hubungan berdua Ini adalah keputusan yang berat untuk kamu lakukan. Jangan sesekali menjauhi si dia sebaik sahaja kamu memutuskan perhubungan. Pelihara hubungan, biarpun tiada lagi ikatan cinta di antara kamu berdua.
Tidak perlu menelefonnya pada setiap minggu. Tetapi sudah cukup untuk menanyakan khabar pada hari jadinya.
Jangan mengatakan:
*"Mungkin suatu hari, kita akan diketemukan kembali."
*"Sebahagian diri saya hanyalah menyintai dirimu."
*"Saya tidak dapat menyintai orang lain selain dirimu."
*"Okey, berikan saya waktu untuk menerima kamu semula."
Sumber: http://www.lovesagame.com Putus Cara Baik
37 Komen:
selamatkan diri anda....
pernah satu ketika tu saya putuskan hubungan dgn lelaki yg sgt mencintai saya.saya dah buat yg tbaik dan bsunguh sungguh menyakinkan dirinya,tpi saya ttp gagal sehinggah kini.dgn cara apa sekalipun saya tak berjaya memutuskan hubungan ini.kini,saya hanya mampu berdiam diri dan meneruskn shj hubungan bersamanya walaupun saya tak mencintaiya.entah,apa lagi yg harus saya lakukan sekarang?
bercouple dgn org yg tidak d cintai hnyalah menyekse dri sendiri..berterus teranglah dgn si dia jika perlu k...kerna sy penah alaminye..xperlulah kite berpura2 dlm percintaan...cinta yg penuh dgn kepuraan tidak akn mencapai kebahagiaan..percayalah,sy mengatakan mengikut pengalaman...
bercouple dgn org yg tidak d cintai hnyalah menyekse dri sendiri..berterus teranglah dgn si dia jika perlu k...kerna sy penah alaminye..xperlulah kite berpura2 dlm percintaan...cinta yg penuh dgn kepuraan tidak akn mencapai kebahagiaan..percayalah,sy mengatakan mengikut pengalaman...
bercouple dgn org yg tidak d cintai hnyalah menyekse dri sendiri..berterus teranglah dgn si dia jika perlu k...kerna sy penah alaminye..xperlulah kite berpura2 dlm percintaan...cinta yg penuh dgn kepuraan tidak akn mencapai kebahagiaan..percayalah,sy mengatakan mengikut pengalaman...
dulu aku pun mcm tu...aku sedar di antara kami tiada lagik persefahaman..aku semakin tidak memahami sikap cemburunya..aku tertekan..sungguh..sakit aku rasa..1 hari aku minta ptus..dia x mahu..itu bkan 1st..da berkali2 aku cuba putus kan hubgn kami tapi semua x jadi..dalam hati ingin mencuba lagi..akhirnya aku nekad..sungguh..teruk sangat time tu..hingga melibatkan orang tua..aku yakin berpisah jaln terbaik..aku tak kan menoleh lagik..skarang aku bahagia...erm..bagi aku..kita x perlu la jaga hati orang laen..kalo semua tu menyeksa hidup kita sendiri...jan abaikan perasaan sendiri utk kepentingan org laen..that all...kalo rasa diri da tak sehaluan..ambik kata putus..dia terima atau tidak...terpulang..
aku pun pernah jgk tapi buat derk jer....klu da xsuka xkn paksa2 kn.bunga bkn sekuntum kumbang xsekor.gpon bkn dia sorang cntk or ensem dlm dunia nie.ada yg smp nk bunuh diri 2 mmg kje bodo.xde pggn agama.relax la kte da d jodhkn stiap psgan.klu ptus 2 juz jodh kte blm smp ms lg.
problemmm !! sy dgn dia dah dkt 2 tahun.. makin lama kenal baru sy tahu die ni playboy.. gf bersepah2.. sy salah seorg yg kt ofis.. tp sy syg dia sgt.. sy jugak byk ubahkn perangai dia.. dn dia pun syg kn sy walau x tahan sgt ape dia buat.. sy still maafkn dia walau tahu die perangai mcm tuh.. tapi tahun lepas, sy ada baik dgn seorng laki ni.. dia tmpat mengadu prob n last2 kami jd skandal.. kantoi dgn bf sy.. n kami bergado.. smpai bulan 3 ari tuh .. tibe2 die mengaku ada org lain thru sms.. betapa sakitnya tuhan je yg tahu.. die gf kantoi dpn2 sy still maafkn .. ini kesalahan sy x sberapa..yg masih boleh dbaiki hubungan kami...terus cr perempuan lain.. sy da mintak ptus .. tapi die dtg balik merayu2 n nk sy balik .tp dia ade pompuan tuh..smpai skang die xnk bg kata putus.. sy dah mintak putus.. tp dia buat bodo.. serba salah.. sy sygkn dia..tp sy xnk kongsi dia dgn org lain.. cukup la ape yg t'jadi dulu.. sy now mcm gantung x bertali... huhuhu.. ;(
hubungan xdrestui aku terpakse minta putus dgn die...hanya tuhan je yg tau perit nye aku bercinta...aku berdoa agar gurl lain dpt membahagiakan idup nye...amin
cerita aku lak agak berat....tersepit antara dua lelaki,sorang tunang dan sorang lagi kenalan yg aku dah kenal lama....kekadang manangis gak,pkkan masa depan.yg mana satu pilihan terbaik utk hidupku...family tak kisah,selagi belum kahwin.aku berhak wat pilihan yg terbaik utk hidup.
aku mennerima dia sebagai kekasih aku kerana dendam dan kini aku mahu memutusnya..tp bagaimana?
wargh..
Jgn sesekali minta couple klu akhirnya nk putuskan hubungan tu... and jgn sesekali menerima orang tu kalau tak pasti diri tu dapat menerima dia seadanya..
cintaku dan dia dh lama bersemi.. smkn hari aku smkn mengenali dirinya.. tapi kenapa aku dianggap seperti tunggul.. kenapa aku terlalu berusaha utk menjaga hatinya.. sedangkan hati ku cukup teruk dilukai.. aku tak mengerti dgn perasaan ku ini.. kenapa dia tidak menghargai diri ini.. apakah telah pudar cinta itu.. :(
yg mna harus aku pilih...dlm aku mencintai dia...dtg yg lain menjadi penyeri hidup aku yg kedua..yg mna harus ku pilih???yg sblm nie aku dh couple 3 thun...tp aku juga telah jatuh hati dgn scond...aku masih ragu2!!mereka telah bnyk berkorban utk aku...kalu nk ckp pasal duit dh beribu diorg spent utk aku,,,to smua 2 aku xmintk pon....semakin hari semakin syg...semakin xdpt ku lepaskn!!!yg mna harus ku pilih!!!
aku pun ada mslh mcm korang jugak. Aku dgn laki ni dah 3 kali cpl . Sblm ni, die mntk , die jgk yg mnx break. Kali ke3 die mntk cpl , aku tolak, tp die merayu bagai nak rak . Aku ada lah jugak mntk pndpt kat member, dorang kate bg je chan tapi time ni bila die bwt hal , aku la yg kne mntk break. tiap kli aku cpl dgn die , die ske kongkong aku. Tak ksi aku chatting , msg dgn laki. Aku ni dikate kan mmg friendly dgn laki . Tp ble die kongkong aku, aku xthu nk buat ape . blh dikatekan ktorang tiap ari gaduh. Aku mmg naik fed up . Klu blh, skrang ni aku nk mntk break dgn die .Tp aku xthu nk bgthu mcm mne. Hmm, harap korang blh tlg :((
klu laki nk mntak break ngn gurl ssh sgt..
npe eh?siap smpi nk bnuh2 diri..ugut la nk suh fmly dtg jmpe..aihh..payah la cmni..tu br couple dah serabut kepale otak..klu dah jd laki bini cmne la idup ak eh?time die wat salah xpe,ni klu ak wat salah sket..mule la nk ugut telan pil lah ape lah..tertekan!!! aku xde kekuatan lg nk mntk clash..rse mcm nk lari dok afrika selatan selame 3taun je..sure masalah settle!
aku dh lme knl ngn mamat sorang ne,adalah dalam 2 tahun..mle2 aku knl ngn dia,dia mmg baik tp mken lme aku ngn dia mken aku sakit aty..dia slalu mrh2 aku dgn kata2 yg kesat ble dia dpt tau yg aku ade msg ngn laki lain tp aku cme blz msg laki tu skali je,tu pun dia dh mrh..dia mmg sorg yg kuat cemburu,dia x dpt trima ble aku brkwn ngn laki lain..aku xde pape hubungan pun dgn laki lain slain dgn dia..dh puas aku ckp ngn dia tp dia dh x pecayakan aku..skrg ne aku x tau ape nk buat,,aku syg sgt pada dia..aku x tahan dgn kata2 dia tu..kata2 dia tu mmg buat hati aku sakit..aku rse dh x serasi dgn dia,,aku nk putuskn hubungan dgn dia tp aku xde kekuatan untuk buat keputusan...arggghh,,aku trtekan skrg ne....
aku mahu putuskan hubngan dgn bf aku tp aku bingung... dulu dia sgt sygkn aku tp skg dia sdh brani maki hamun aku dgn perkataam "perempuan sial"...
ermmm mcm2 komen dari pembaca... semua org x leh nk lari dlm maslah bercinta ni... malsah aku lak mcm ni... aku couple dlm 4 tahun n last2 aku dapat taw yg dia curang... aku minta putus.. last2 dia pujuk nk ugut aku mcm2.. last2 aku trima dia semula tnpa rela n sehingga kita org bertunang... tp kini baru aku sedar cintanya menyesatkan aku.. aku ditemukan dgn seorang hamba Allah yg telah mmbwa aku kembali ke pngkal jalan.. lpas 2 aku ptuskan pertunanganku wlaupun bukan mudah, namun aku usaha untuk ptskan juga n last aku brjaya... kini. aku berteman dgn hamba Allah tersebut n baru ku sedar bukan mudah untuk mndpatkan yg terbaik dlm hdup ini... namun,, jika aku x disatukan dgn hamba Allah ini aku ttp bersyukur pada Allah krn membuka jlan yg diredhai melalui hamba Allah ini.. yg penting cinta kpd Allah adlah cinta yg hakiki... aku redha akan semua ktentuannya... insyaAllah...
ya TUHAN aq mw ptuz am dia tpi, aq msih syang n cinta am dia ???
TUHAN brikan jalan terbaik bwt aq bwt ptuzin dia jgn bkin dia skit ....
by:iMoEtZZZZ
asalmualaikum.....hurmmm...ada ada satu masalah yang sukar untuk diselesaikan....sy ada seorang teman,kami mle berkawan sejak sy form4...kini apabila sy menjejakan kaki di ipta,sy telah bt kesilapan yng besar...iaitu,mempunyai teman kedua di ipta..x thu plak gurau2an bleh jadi mcm nie...sekarang nie saye ada dua teman...sy x thu mcm mner nk selesaikan msalah nie dengan sebaek2 nye...rase kecewa dan bersalah menebal di hati ini...
berkatalah benar walau ianya perit untuk ditelan.
mungkin ini sulit untuk aku ungkapkan tapi ini harus aku ungkapkan padamu..
maaf jika ini membuat kau membenci aku, mungkun aku bukan yang terbaik untukmu..
aku memang masih cinta kepadamu tapi hubungan kita tidak bisa diteruskan lagi..
aku akan mencoba melupakanmu bagaikan air yang mengalir, bagaikan waktu yang terus berputar..
mungkin ini terlalu sulit bagiku tapi ini harus aku jalani karna hidup itu adalah pilihan..
kuharap kamu mengerti, jangan kau bersedih karna aku..
karna kesedihanmu itu membuat hatiku sulit untuk melupakanmu..
kita sudahi perjalanan yang kita jalani selama ini, karna aku takkan mungkin denganmu..
I LOVE YOU, BUT I CAN'T
cinta amat perit...saya mencintai seorang wanita yg saya percayakan 100%...tetapi segala2 nya hanyalah unkapan cinta yg tiada maksud....saya terlalu mengharapkan nya...dan setiap hari saya pinta si dia untuk bekata jujur...apa yg harus saya lakukan?......cinta saya terlalu dalam amat sukar untuk melupakan semua...saya hanya perlukan kesetian...kini saya masih bersamanya....dan sekarang saya hanya akan bersama tuhan...berdoa selalu,beribadat selalu saya rasa itulah kuncinya...(aufradzi@yahoo.com)facebook thanx
saya da brcinta dengn srg guy nie dkt 3 thn, dye sgt2 baik.. ttp saya rase sy xde prasn sgt pun kt dye.. mse mle2 kapel dlu pun,.. saya rase xde prsan sgt kt dye, sy trima dye sbb dye snggup trima saya, sanggup trima perkara yg sy lakukan d mse silam.. tp skrg sy rasa xblh sgt nk syg sye.. nk ucap prasan syg pun trasa janggal.. tp say xsggup nk mntk pts dgn dye sbb dye sgt2 baik... tp hati saya xde perasan dgn dye.. tlg lah bantu saya ,,.. sya xtaw apa yg patt saya buat.. sy kdg2 kesian dkt dye,, tp perasaan saya terseksa sgt.. sy raya sya xbleh nk truskan lg...
sy rasa kecewa sngt sbb percintaan ini berakhir begini...pada hakikat nya sy yg ingin memutuskn hubngn sy dgn si dia..tapy lain pulak yang jd....dy dh ad pengnti..berita itu sngt memeritkn hati ini....saat ini haty ini hncur ..remuk..berkecai..arghhh..sy ta tahu mcm mna nk luah kn lag terasa amat memilukn perkara yg terjadi ini....sy hnya mmpu berdoa...tman-2 tlg doa kn sy supaya sy akn menjdi diri sy semula...
salam...mslah sya skrg adalah dri sya sndri..sya yg curang,,sya yg beralih arah..disebabkn kmi jauh,kmi jrang berhbung..sya telah berlaku slah padanya..dia seorg yg baik,keluarga kami pon dah merestui hbugan kami..tpi sya yg mmbhongi nya..mmg dulu perasaan sayang tu ada..tpi semnjak sya jauh di rantauan n kdg2 sya sndri tak taw apa yg dbuatnya skrg mmbuatkn sya terjebak dalm cnta tiga segi ni,,yg bole sya katakn,..sya mahukan seseorg yg dpat bimbing sya ke jalan yg dredhai,,iya,,yg baru ni slalu mngingatkan sya ttg ajaran Nya yg kdg2 sya abaikan,,alhamdulillah,,skrg sya memulakan semula apa yg pernah sya pelajari dulu..masalah skrg sya igin berpisah dgan nya,,tpi sya tak taw,,mcm mna cara dan kata2 yg bisa sya ugkapkan tnpa mnyakiti hati nya.. :(
hello..aku juga nak kongsikan masalah..kami xda break tapi dia cuma mw berkawan sahaja,kerana pada mulanya saya ceritakan tentang keluarga saya yang susah..ibu bapa saya uda pun cerai,jadi skrg saya bekrja..but my father still kirim kami duit lah..sesudah saya ceritakan dia..saya fikir dia akan support masalah saya malah dia cakap lebih baik kita jangan berhubungan..dia mahu kawan je..betapa sakitnya hati saya..aku tak boleh paksa sebeb dia memang tak suka dipaksa..tetapi dia kata dia cintakan aku..tapi juga napa mw kawan je..punyalah sakit hati saya..last2saya berkata lebih baik kita jangan berkawan ..sebab saya akan tersakiti melihat org2 yang sedang berusah menyukainya..aku cuma minta tolong dengan teman2 bagaimana cara menambat hati dia semula..aku sayangkan dia...lagi pula sebelah kampung sahaja..
saya nak mintak putus ngan dia..tapi tak tahu nak ckp cAm mana kAt dia..dia memang seorang yg bAik..dan dia memang serIezZ ngan sy..tp, sy langSom taA siEzz ngan die..dr mula kApEl agy cinta sy mMg tak ada langSom uNtuk dia..tapi dia..ya alLah, kuatkanlah hati dia nanti..dan kuatknlh hati ku jugak ya aLlah..
Hi guys i tgh binggung ni...i tersepit pada srg lelaki yg myatakn dia amt mcintai n mygi saya...tp i sgt confius dgn sikap dia...dlu mmglh sa syg dia...tp bkn krna syg tp kerna helahnya nya itu...smpai nk dkat 2 thnk couple ngn dia..mcm2 cara dia bt utk sa kahwini dia...tp sa bribu alasan mnolak krna ragu stlh sa mgetahii dri dia sbnr... kita srg bgaduh...pnah skli dia mggugut utk mjahanamkn hdp i klu mningalkknnya i sgt takut... i tlh kdg2 i kasihan tgk dia...tp syg i pda dia dh tkda...i sllu mdoakn dia utk bjumpa gadis yg jauh baik..tp tk sgka dia tgamak utk mjatuhkn maruah i skiranya i mninggalkn dia ..smpai i tk tau apa perasan i pada dia..i bgitu tkt..syg i pda dia btukar mjadi lain... i hnya ingin srog lelaki yg blh memimpin i ke jalan yg bnr, i tk mgkin mgahwini srog lelaki yg i tk cintai...hal yg dlu adlh satu kesilapan n i sedar smua tu salah...n i tk rasa kita org akn bahagia klu trs hdp dlm dosa wlpn bg dia i byk mgubah hidup dia...dr kaki pmpuan,minum skrg dh okey..syukur pada Tuhan.tp i msh tk boleh..i tkda hati lg utk dia smpailh satu masa ini i tjmpa dgn lelaki yg baik...i jth cinta dgn dia...bgitu juga laki itu...tp i tk boleh mbrithu perasaan ini..stiap hari i dlm ktakutan..sbb ingin lari dr dia..hnya tuhan yg tahu btapa i mygi lelaki itu..kini i serahkn saja takdir ku lps ni...smoga Tuhan mberi ptunjuknya
Aku jugha nihh, udah syg bgtt kyanya si dia bner" mauu setya ..
Yee nggak tau nya dia nggak seriuus and ngjk udahan ..
skitt bgtt ...:'(:'(
xsmpai aty la , nk mnx putus :( msh syg kn dye , tp rse x bleyh jew nk troskn hubungan ni . rse nk ptos ni , bkn sbb ape. . cuma rse dye ni bkn pilihan yg trbaik . dh byk dosa yg d'buat , brsentuhan tgn dgn yg bkn muhrim n dye asyik ajk jumpa jew . kdg2 aty ni ade jgk rse nk jmpe , tp sye tolak ats kebaikan utk diri sndry n dye supaya xtros mlakukn dosa . klau x jmpe , mle la dye nk merajok . emm. . mcm ne ni , tp dye mmg cnte prtama sye . sye nk cari laky yg bleyh m'bimbing sye menuju ke syurga Allah. . :'(
Lebih baik dicintai, dripda mencintai tapi hakikatnya org tu tidak mncintai kite..
Dea ade perempuan lain, dan dea taktahu yang saye tahu dea mempunyai perempuan lain. Saye mintak putus. Tapi dea tetap taknak tinggal kan saye. Dea ungkap cinta, sayang, sedang kan dea ade scandal. Macam ii dea buat untuk saye supaye saye tak tinggal kan dea, dea jumpa abang dan mak saye memohon supaye saye tak tinggalkan dea. Em tapi saye nak tinggal kan dea. Saye penat :( saye buntu :'/
slam ... sye bingung skrg ne .. sye syg dye , dn ktewg dh terlanjur bercinta ... tpi sye lebh selesa na brkwan ngan dye ..so , ape yg ptut sye ckap pde dye .?? pleaz ? help me ?????.
Erm...sy S...da 4 thn....sy da byk kali minta putus ngn dia....tp stiap kali minta putus dia akn buat smthing spt minum racun n sbgainya....sy da buntu...xtau nak wat ape...sy mcm da xde prsaan da....baru2 ni dia ajak sy nikah tp sy kata sy nk blajar lg...selamat...mslhnye t sy da abes blaja mcm mne...huhu...ape alasan y sy nk bg...CAN U HELP ME?? Or bg pndpt spy sy boleh bpisah dgn dia..:(
macam saya sudah betunang hampir setahun.tunang sy memang baik sangat.tapi die terlalu pentingkan kerja die,staff die,customer die lbih dari sye.kami banyak kali bergaduh sebab perkara yang sama.tapi die tidak pernah peduli.saya pernah cakap saya sedih sebab staff die kerja die customer die lebih penting drpd sy.banyak kali sya cakap.tapi alasan dia sme kerja tu penting untuk mse depan.saya faham tu tapi kenapa die sampai pernah batalkan nak jumpa saya sebab customer dia ajak main futsal last minute.padahal die da janji dengan saya beberapa hari sebelum tu nak keluar dengan saya.saya da takde persefahaman dengan dia.saya da tak boleh nak faham die die cakap.and satu hari saya contact dengan kawan sekolah saya dulu.dia baik sangat dengan saya.saya tak bagitahu die saya dah tunang sebab saya nak kawan je dengan dia.tapi makin lama saya rasa macam sayang kat dia.tunang saya susah luangkan masa untuk saya jarang wassep saya call apatah lagi.kawan saya ni yang selalu contact sy ade waktu saya tengah sedih tengah sunyi.saya dah rasa sayang kat kawan saya tu dia pon sayang saya.saya tak tahu nak buat keputusan macam mana.dekat mata family saya tunang tu baik sangat kalau kami bergaduh family akan backup tunang.saya rasa macam da susah nak teruskan hubungan ni.saya perlukan nasihat ape yang perlu saya buat sekarang.macam mana saya nak cakap kat family n dia yg saya nak putus?tolong bagi pendapat?saya buntu