Mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah


Share on Tumblr Nabi Muhammad SAW: "Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah." (riwayat Ahmad)

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, cari dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta sebenar.


Berpasangan dan cinta adalah naluri manakala nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, pasti diburu penyesalan sepanjang hayat.

Cinta adalah sebahagian fitrah manusia. Orang yang tiada perasaan cinta adalah tidak normal, namun ramai juga menderita kerana cinta.

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Apabila kita membetulkan niat, kita mestilah menjadikan diri kita solehah supaya orang yang soleh akan ditemukan Allah.

Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jadi penentunya. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh baik menurut Islam. Mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah

2 Komen:

amalina berkata...

terbaekkkkk

omdading berkata...

yap, benar sekali ukhti, cinta itu fitrah manusia ^_-

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.